Betta Malaysia : Hellboy classic & Modern
Betta Malaysia : Hellboy classic & Modern | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Kali ini nak bercerita sedikit tentang betta. Nampaknya penerimaan
betta atau ikan laga semakin tinggi di Malaysia. Buktinya, telah banyak kedai
kedai ikan betta atau ikan laga wujud. Ini 1 perkara yang baik kerana ianya
sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan kepada semua. Baik! Kalau sebelum
ini, aku ada bercerita mengenai minat aku kepada betta jenis multicolour, tapi
kali ini aku nak bercerita pula tentang betta jenis hellboy.
Kalau sebelum
ini, aku lebih suka dengan betta multicolour disebabkan kecantikan warna nya,
tapi sekarang, mata aku lebih suka melihat betta hellboy disebabkan “garang”
warnanya! Hellboy ini ikutkan ada 2 jenis, betta hellboy classic dan betta
hellboy modern.
Untuk betta
hellboy classic, warnanya Cuma ada 2 iaitu merah dan hitam. Dan untuk jenis
yang modern, ada tambahan warna iaitu warna biru. Boleh lihat perbezaan yang
jelas di bawah:
Betta hellboy classic
Dan baru
baru ini, aku ada terlihat, betta hellboy yellow pula. Menarik juga kan warna
ini:
Boleh
dikatakan, betta hellboy ini juga punya peminat yang ramai. Al kisahnya
macamana aku boleh terjebak untuk minat jenis ini adalah kerana isteri aku. Ya!
Suka sangat dia tengok warna merah terang berderang tu!
Dah dia
minat, kenalah aku beli seekor betta hellboy ini. Dah beli seekor, makin kita
tenung, makin kita tengok, eh! Jadi minat pula dengan jenis ini. Jadinya,
memang bertambah tambahlah koleksi betta hellboy ni. Hahaha.
Buat masa
sekarang, aku Cuma merancang untuk simpan sebagai koleksi sahaja. Mungkin 1
hari nanti, aku akan cuba untuk breed pula. Beli dengan breeder lain dengan
kita breed sendiri banyak perbezaan dia.
Salah satunya
adalah, kita beli dari kecil. Beri makan dan beri perhatian kepada pembesaran
mereka. Bila kita tengok dari fry sampailah jadi induk, kepuasan dia tu lain
macam. Apa pun, bila sampai masanya nanti, aku ceritakan pula process aku breed
betta hellboy ini ya.
0 Comments