Botol kaca di Malaysia lebih “berhantu” dari Dybbuk box
Botol kaca di Malaysia lebih “berhantu” dari
Dybbuk box |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang ini memang tengah kecoh pasal
Dybbuk Box ni kan? Aku sebenarnya pun tak pasti apakah benda itu. Mula macam
malas nak ambil tahu. Tetapi di sebabkan ramai kawan-kawan yang kongsikan
mengenai Dybbuk box yang dikatakan berhantu ini, aku pun terpaksalah ambil tahu
sekejap.
Baik!
Dybbuk box ini dikatakan mula di jual di Ebay. Dikatakan sesiapa yang membuka
kotak ini akan mengalami pengalaman yang menyeramkan dan akan di ganggu oleh “penghuni”
kotak tersebut. Dan al kisahnya, ada youtuber terkenal yang dah beli Dybbuk box
ini dan buat video Unbox. Dan beliau tak perlu tunggu lama pun untuk “disapa”
oleh penghuni kotak tersebut.
Persoalannya
sekarang, adakah benar Dybbuk ini benar benar berhantu?
Daripada bacaan
aku, pencipta Dybbuk ini dah tampil dan beritahu perkara sebenar. Katanya,
kotak ini sengaja di tokok tambah dengan cerita misteri bagi menambahkan elemen
seram dan ngeri. Dan yang paling menarik adalah, fungsi sebenar kotak ini
adalah untuk menyimpan minuman keras! Ha?
Dan dia
sendiri terkejut bila dapat tahu ada penjual yang menjual Dybbuk box ni dekat
ebay. Dan sekarang ramai yang mempersoalkan samada kotak ini benar benar
berhantu atau ianya sekadar menjadi “content” video sahaja.
Namun,
dalam pada ramai yang berbicara mengenai kotak ini yang tak tahu samada
berhantu atau tidak, aku lebih mempercayai “botol kaca” yang ada di Malaysia.
Rasanya umum
pun dah tahu kan apa yang aku cuba nak cerita ni. Benda ini bukan sekadar omong
kosong malah benar-benar berlaku. Botol kaca yang di tutup dan di ikat dengan
kain merah atau kuning. Boleh kata kerap jumpa di laut seringkali menjadi mimpi
ngeri buat mereka yang jumpa dan buka.
Ianya seringkali
digunakan dalam perubatan tradisional untuk membuang saka atau makhluk halus. Jadi,
daripada korang percaya pasal Dybbuk box ini, adalah lebih baik aku cadangkan
korang beli botol kaca ini. Kemudian rasai sendiri lor seram tak seram.
Amacam?
0 Comments