Cara setting wire transfer akaun adsense terus ke dalam akaun bank | MrEjoy

Cara setting wire transfer akaun adsense terus ke dalam akaun bank

 Cara setting wire transfer akaun adsense terus ke dalam akaun bank

Cara setting wire transfer akaun adsense terus ke dalam akaun bank | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi mereka yang dah ada akaun adsense dan akaun mereka dah capai 100usd, pasti tercari-cari, macamana nak setting wire transfer. Cara ini adalah cara paling mudah untuk transfer duit daripada akaun adsense terus ke dalam akaun bank kita. Yang sebenarnya ada 3 cara yang boleh kita gunakan tapi aku Cuma nak kongsikan Cara setting wire transfer akaun adsense terus ke dalam akaun bank kita!

Baik, sebelum itu, aku kongsikan 3 cara yang boleh kita gunakan untuk pindahkan duit daripada akaun adsense kepada akaun bank kita. 3 cara itu adalah:

#1. Menggunakan cek

Kalau kita pilih nak guna cek. Kita perlu isikan maklumat alamat kita di dalam akaun adsense dan pihak google akan hantar cek tersebut ke alamat yang diberi. Dan apabila korang pilih untuk guna cek, kena faham la ye, masa yang diambil untuk korang terima cek adalah lebih kurang 2 minggu. Lama kan?

#2. Menggunakan western union

Cara yang kedua pula adalah dengan menggunakan western union. Cara kedua pula, korang tengok bank yang korang nak guna tu. Samada dia ada perkhidmatan ini ataupun tidak. Tapi jika nak dibandingkan dengan cara pertama tadi, cara kedua ni lebih pantas. Cumanya, ha! Banyak kerja sikitlah!

Kena proses di pejabat pos, kemudian kena isi borang, kemudian buat urusan di bank, banyak kan kerja!

#3. Menggunakan wire transfer

Baik! Di antara 2 cara di atas, cara ini adalah cara yang paling mudah! Wire transfer. Sebab apa dia mudah? Sebabnya bayaran ini terus masuk ke dalam akaun bank kita tanpa perlu isi borang segala bagai. Lebih cepat, lebih mudah dan lebih kaya! Wahahahaha.

Orait, macamana nak setting wire transfer ni? Sila ikut cara-cara di bawah:

Cara setting wire transfer akaun adsense terus ke dalam akaun bank

  • Pertama sekali, log in akaun Google adsense korang
  • Kemudian klik bahagian Payment dan klik pada bahagian How you get paid
  • Kemudian klik pada bahagian Add payment Method dan pilih Bank Transfer to Bank Account
  • Kemudian isikan semua detail.

Cara setting wire transfer akaun adsense terus ke dalam akaun bank

Cara setting wire transfer akaun adsense terus ke dalam akaun bank

Cara setting wire transfer akaun adsense terus ke dalam akaun bank


Name of bank Account : Masukkan nama penuh

Bank Name : Nama bank korang

SWIFT-BIC : Masukkan code bank korang. Ini code antarabangsa ya. Cara nak tahu code tu, korang klik link ini : https://www.theswiftcodes.com/

Account number : masukkan no akaun korang

Re-type account number : korang isikan sekali lagi no akaun korang. Pastikan jangan salah ye

Akhir sekali, tick pada Set As primary payment method dan save.

Dah settle Cara setting wire transfer akaun adsense terus ke dalam akaun bank! mudah kan? sekarang korang cuma perlu tunggu duit masuk ke dalam akaun korang sahaja. Tapi nanti bila dah dapat duit, jangan lupa bayar zakat ya! see ya!

Share:

0 comments