Cerita sebenar “Daging Harimau Menangis”
Cerita sebenar “Daging
Harimau Menangis” | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya isu daging
harimau menangis ni dah reda kan? Jadinya adalah sedikit ruang untuk aku
menulis dekat blog mrejoy.com ni, ehehe. Agak panas juga isu daging harimau
menangis ini yang dikatakan telah dipaternkan. Maksud patern itu, orang lain
langsung tak boleh guna nama itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Apa pun, isu ini telah selesaikan. Alhamdulilah syukur. Bukan
apa, nama ini dah berzaman orang guna dan bukanlah baru baru ini muncul menu
daging harimau menangis ini. Dah berzaman. Dan daripada pembacaan aku, ada
kedai makan yang guna nama ini untuk kedai mereka.
Dan yang lebih utama, menu ini bukan sahaja ada di negara
kita malah di negara jiran juga ada menu ini. Ini menunjukkan menu daging
harimau menangis bukanlah baru. Dah berzaman orang kata.
Sejarah nama daging
harimau menangis.
Sedikit dan secara ringkas mengenai sejarah nama daging harimau menangis. Dikatakan ada 1 bahagian pada
daging lembu yang agak susah untuk di makan harimau. Dan dek kerana susah
sangat nak makan bahagian itu, maka menangislah sang harimau. Ini cerita yang
aku baca ya dan banyak dikongsikan di laman sosial.
Dan apakah bahagian itu? Ahha!Ianya adalah bahagian
tenderloin. Tak tahu dekat bahagian mana? Boleh tengok gambar di bawah.
Kalau orang luar, dia sebut tenderloin lah. Kalau kita,
dekat pasar, cakap sahaja nak beli daging batang pinang. Tahu daging batang
pinang? Ha, itulah daging harimau menangis. Hahaha.
Kalau sebut daging batang pinang ini, tahulah harganya pun
sedikit mahal kan? Kalau masak pun tahu dah memang special menu dia. Mungkin pasal
itu lah harimau pun menangis bila tak dapat makan kan? Hahahahha.
Apa pun, isu ini dah selesai dan ceritanya, isu patern nama daging harimau menangis ini
telah pun di batalkan. Alhamdulilah. Bolehlah terus meniaga macam biasa. Tak perlulah
nak tukar nama daging harimau teriak atau daging harimau sedih. Hahahaha.
0 Comments