Cerita sebenar isu tular pendapatan rider Foodpanda RM18,000!
Cerita sebenar isu tular pendapatan rider
Foodpanda RM18,000!
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang ini sedang tular gambar income
rider foodpanda. Pendapatan terkumpul sebanyak 2 bulan berjumlah RM18,000 itu
sememangnya menjawab banyak persoalan mengenai berapa sebenarnya income rider foodpanda ini. Namun, banyak
juga persoalan mengenai adakah ianya benar atau sekadar “usikan” sahaja. Dan ini
adalah Cerita sebenar isu tular
pendapatan rider Foodpanda RM18,000!
Baik. Aku ada
beberapa rakan yang bekerja sebagai penghantar makanan ini. Ada yang bekerja
sebagai rider foodpanda, ada yang bekerja sebagai rider grabfood. Pelbagai. Daripada
survey aku dengan mereka, pendapatan tersebut “normal” dan masuk akal, jika
rider tersebut berada di hot zone dan dia kayuh habis! Maksudnya betul betul
pulun (tidak kira masa dan penat).
Di antara
sebab bagaimana rider ini boleh menjana income sebanyak 5 angka ini adalah:
- Dia “cover” lokasi yang tak banyak fast food. Contoh, kalau dalam kawasan itu banyak fast food, waktu menunggu rider akan sedikit lama. Berbanding kalau dia dapat order dari kedai makan biasa, waktu menunggu jadi singkat dan banyak tugasan lain yang boleh “dikejar” rider ini.
- Keduanya, macam di awal tadi, rider ini pukul habis. Mungkin dia keluar pagi, lewat malam baru habis. Esok lusa pun sama. Bekerja tanpa erti penat mahupun rehat. Biasanya rider seperti ini ada target mereka. Mungkin nak nikah ke, mungkin nak cari duit untuk perubatan ke. Pelbagai dan Biasanya macam inilah.
- Ketiga, tak banyak saingan rider. Boleh jadi dalam kawasan itu tak banyak lagi rider penghantar makanan. Dan dari situ banyak job untuk beliau. Namun, ini aku pun tak pasti sebab dekat kawasan tempat tinggal aku pun, dah banyak ternampak rider foodpanda. Ini menunjukkan ianya semakin meluas sekarang.
Apa pun,
boleh aku katakan, pendapatan rider ini boleh dikatakan besar juga. Sebab purata
pendapatan mereka sebulan di antara RM3000 hingga RM4000 sebulan. Ini tak pukul
habis, kalau mereka tak ambil rehat, boleh jadi lebih daripada ini.
Dan yang
sebetulnya, apa sahaja yang kita buat, jika betul betul berusaha, pasti ada
ganjarannya. Yang penting usaha tanpa jemu. Tak kisahlah apa sahaja kerja kita.
Orait! bila habis menulis ini, terasa macam nak join je jadi rider foodpanda
ni. Hehehe.
0 Comments