Dah periksa status permohonan i-sinar KWSP?
Dah periksa status permohonan i-sinar KWSP? | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Hari ini di antara mungkin hari yang di tunggu ramai pencarum
kwsp. Manakan tidak, ramai yang menunggu status
permohonan isinar kwsp samada lulus atau tidak. Mungkin ada yang menunggu
detik masuknya tarikh 04/01/2021 hanya untuk tahu keputusan. Dan alhamdulilah,
permohonan wife aku untuk keluarkan duit
akaun 1 kwsp sebanyak RM10,000 telah pun di luluskan.
Walaubagaimana
pun, kalau tengok dekat laman sosial facebook, boleh kata ramai juga yang tidak
lulus. Di antara jawapan daripada kwsp adalah, pemohon tidak layak bagi
pengeluaran bawah kategori 1 dan masih berpeluang untuk meneruskan permohonan
bagi kategori 2.
Bagi
pemohonan kategori 2 untuk pengeluaran sebanyak RM10,000 daripada akaun 1, ahli
yang layak adalah:
Mereka yang terkesan atau mengalami pengurangan keseluruhan sebanyak 30% dan keatas (ini termasuk bayaran elaun dan elaun lebih masa (ot)) bermula 1 mac 2020.
Dan bagi
kategori 2, kena ada dokumen sokongan yang menunjukkan ada pengurangan
tersebut. Berbeza dengan kategori 1 yang mana tidak perlu apa apa dokumen.
Daripada
banyak komen yang aku baca, kwsp seperti tidak mahu ada langsung pengeluaran
daripada akaun 1. Kerana seperti yang sedia maklum, simpanan kwsp adalah
simpanan hari tua. Namun, dalam keadaan “terdesak” seperti ini, pengeluaran ini
adalah sesuatu yang sangat penting.
Pengeluaran
sebanyak RM10,000 ini bukanlah sesuatu yang memberi kesan kepada simpanan hari
tua. Ini adalah kerana, ianya pasti akan bertambah kerana permohon masih
bekerja contohnya seperti aku.
Jika umur
sekarang 30 tahun, maknanya pencarum akan bekerja sehingga umur 55 tahun (
syarat bagi pengeluaran duit akaun 1 kwsp). Dalam tempoh tersebut, pastinya
pengeluaran yang dibuat telah di ganti atau bertambah semula.
Apa pun,
masih ramai yang akan memohon pengeluaran isinar bagi kategori 2 dan di harap
agar semuanya lulus. Mereka yang bergaji besar seperti mudahnya lulus dan
mereka yang bergaji kecil seperti sukar untuk lulus.
Bagi mereka
yang ingin memohon pengeluaran isinar dan mengetahui status permohonan boleh
klik link ini :
0 Comments