Ikan laga mati sebab kena Velvet (penyakit ikan laga)
Ikan laga mati sebab kena Velvet (penyakit ikan
laga) |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Termasuk semalam, dah 3 ekor ikan laga
atau betta aku mati. Daripada pembelajaran aku dengan breeder betta Malaysia, musim hujan di antara waktu yang paling
dirisaukan para breeder kerana waktu ini ikan mudah terkena penyakit. Punca ikan laga mati sewaktu musim
hujan di antaranya adalah di sebabkan penyakit velvet!
Ciri ciri ikan laga atau betta yang sakit.
Baik. Kita boleh
melihat pelbagai ciri ciri ikan laga yang sakit dengan mudah. Ikan boleh
diselamatkan jika pemiliknya bertindak awal dengan melakukan rawatan awal. Diantara
tanda-tandanya adalah:
- Kurang bergerak dan nampak lemah
- Kurang selera makan. Ini boleh di lihat ketika beri makan. Kalau sebelum ini, waktu beri makan, ianya selalu habis, tapi kali ini, ianya terbiar sahaja.
- Biasanya akan berada pada bahagian bawah akuarium/balang
- Sentiasa terapung di atas air
Kita juga
boleh melihat pada bahagian fizikal ikan, dan ini Ciri-ciri fizikal ikan laga yang sakit.
- Sisik nampak keluar (lebih kurang macam bentuk duri)
- Ada tompok putih pada badan ikan
- Warna jadi pudar
- Ekor nampak layu dan reput
- Bawah perut membesar dan buat
- Mata nampak terkeluar
- Nampak seperti cacing melekat pada badan ikan
Ciri ciri ikan laga yang dijangkiti penyakit velvet
Dalam kes
aku ini, ikan laga aku terkena penyakit velvet. Dan macamana nak tahu ikan yang
terkena penyakit ini adalah dengan melihat:
- Ikan jadi lemah. Kita ketuk ketuk balang ikan pun dia senyap sahaja
- Badan ikan laga nampak putih. Yang sebenarnya itu adalah parasit.
- Ikan laga tak nak makan.
Cara merawat penyakit velvet ikan laga
Baik. Dalam
kes aku, aku terlewat merawat ikan yang terkena velvet dek kerana kekangan
masa. Dengan kerja harian lagi, jadinya biasa waktu hujung minggu sahaja aku
dapat beri sepenuh perhatian kepada ikan laga aku.
- Untuk ikan yang terkena velvet, pemilik perlu :
- Kerap tukar air
- Letakkan garam biru (ini berfungsi untuk membunuh parasit yang ada pada badan ikan)
- Elakkan terdedah dengan cahaya (ini akan menyebabkan parasit lebih cepat membiak)
- Masukkan daun ketapang atau pati ketapang.
Dalam banyak kes ikan laga mati, jika rawatan awal di beri, peratus untuk ikan laga hidup adalah tinggi. Namun, jika lewat, dalam masa 2-3 hari, ikan laga pasti akan mati. Apa pun, pemilik ikan laga pastinya perlu lebih peka kepada keadaan ikan mereka sekiranya mereka tidak mahu, ikan laga mereka terus terus mati.
0 Comments