Kenali perangkap iblis yang tidak suka melihat suami isteri bahagia dan cara mengelaknya | MrEjoy

Kenali perangkap iblis yang tidak suka melihat suami isteri bahagia dan cara mengelaknya

 

Kenali perangkap iblis yang tidak suka melihat suami isteri bahagia dan cara mengelaknya

Kenali perangkap iblis yang tidak suka melihat suami isteri bahagia dan cara mengelaknya | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seringkali, dalam kebahagian rumah tangga, pasti aka nada masanya berlaku pergolakan. Suami isteri bertengkar, bermasam muka malah tidak mahu menegur sapa. Semua rasa serba tak kena, walhal sebelum itu, rasa sangat bahagia. Tinggal sekejap pun rasa lama.

Boleh jadi pasangan kita kerap nak marah tanpa ada sebab. Boleh jadi juga kerap berprasangka buruk kepada pasangan kita. Isu yang kecil boleh merebak menjadi besar. Tengok muka pasangan pun tiba tiba rasa meluat. Ini semua boleh jadi disebabkan oleh gangguan jin/syaitan. Yang menghasut, yang bernama “Dasim”.

Apa yang perlu tahu mengenai Dasim

  • Dasim adalah iblis yang tidak suka suami isteri dan keluarga yang aman damai dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.
  • Biasanya dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan dengan membuat suami isteri bertelagah sampai bermusuh musuhan sehingga tiada lagi rasa sefahaman.
  • Dasim juga suka membuatkan hati pasangan sentiasa tidak tenang atau mudah terasa hati. Dia akan buatkan pasangan suami isteri sentiasa berperang mulut,mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras. Ini akan menyebabkan rumah tangga menjadi suram dan tidak tenteram.
  • Dasim juga suka menghasut terutamanya pada wanita yang datang bulan,baru lepas bersalin atau sedang mengandung, ini antara sebab kenapa golongan ini sering mengalami emosi yang tidak menentu.
  • Dasim juga sangat jahat! Dia akan hasut pasangan sehingga sanggup buat apa sahaja untuk puaskan hati yang sedang marah. Dan akhirnya rumah tangga hancur lebur!

6 tip/cara untuk elak diri daripada hasutan Dasim.

  • Bila tengah marah, perbanyakkan istifar dan mengucap kalimah syahadah. Tarik nafas dalam dalam dan cari tempat yang tenang dalam rumah. Marah itu sifatnya api. Jadi redakan ia dengan air. Ambil wuduk dan solat sunat 2 rakaat.
  • Bila ada salah faham,cepat-cepat mohon maaf pada pasangan. Jangan biarkan lama lama. Ini akan hilangkan rasa buruk sangka dan rasa marah yang menebal dalam hati.
  • Sentiasa amalkan makan dan solat Jemaah bersama-sama
  • Sentiasa perhatikan bilik-bilik yang kosong di dalam rumah. Jangan biarkan ianya terlalu lama kosong. Lebih-lebih lagi bilik yang ada tilam dan katil. Sentiasa masuk dan buka pintu bilik (jangan biarkan ianya tertutup) supaya bila azan/suara mengaji boleh di dengar sampai ke bilik yang kosong.
  • Sentiasa beri salam ketika masuk kedalam rumah,walaupun tiada orang di dalam rumah. Rumah yang tidak diberikan salam akan memudahkan dasim melakukan kerja hasutan di dalam rumah kita.
  • Kerap baca Yassin di dalam rumah atau lebih baik lagi baca al-quran. Jika pasangan suami isteri tidak “cukup masa” untuk melakukannya, boleh sahaja pasang ayat al quran di dalam rumah.

Iblis atau syaitan tidak akan pernah tenang melihat rumah tangga yang bahagia. Mereka sentiasa mahukan rumahtangga yang dibina hancur dan akan melakukan apa sahaja sehingga berlaku penceraian. Semoga kita semua dilindungi Allah serta rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

Share:

0 comments