Kisah orang miskin yang diberikan kekayaan berpanjangan oleh Allah
Kisah orang miskin yang diberikan kekayaan
berpanjangan oleh Allah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kisah ini berlaku pada zaman
nabi musa. Tapi boleh dijadikan iktibar buat kita semua di dalam mencari
kekayaan dan keredhaan Allah. Yang sebenarnya, perkara seperti ini boleh di
amalkan oleh kita semua. Ingat, kejarlah akhirat, maka dunia akan mengejarmu.
Pada zaman
nabi musa, ada sepasang suami isteri yang hidup dalam penuh kemiskinan. Namun,
mereka tabah menghadapinya dengan penuh kesabaran. Suatu ketika, sewaktu mereka
berehat, sang isteri bertanya pada si suami:
“Wahai suamiku,
bukankah Musa adalah seorang nabi yang boleh berbicara secara terus dengan
Allah?”
Benar kata
si suami,
Sang isteri
menyambung,
“kenapa
kita tidak pergi sahaja kepada nya untuk mengadukan keadaan dan nasib kita yang
penuh dengan kemiskinan dan meminta agar ia berbicara kepada Allah, agar
dikurniakan kepada kita kekayaan”
Akhirnya mereka
berjumpa Nabi Musa dan Nabi Musa bermunajat kepada Allah bagi menyampaikan niat
keluarga ini.
Allah SWT
berfirman kepada musa:
“Wahai
musa, katakanlah kepada mereka,aku akan memberikan kepada mereka kekayaan,
tetapi kekayaan itu aku berikan hanya untuk setahun, dan setelah sampai masanya
nanti, aku akan kembalikan mereka menjadi orang miskin semula”
Lalu Nabi
Musa menyampaikan kepada mereka Allah telah mangabulkan permintaan mereka
dengan syarat kekayaan itu hanya satu tahun lamanya.
Mereka menerima
khabar tersebut dengan penuh kebahagian dan kegembiraan. Beberapa hari
kemudian, datanglah rezeki yang melimpah ruah dan dari jalan yang tidak
diketahui puncanya. Dan mereka pun menjadi orang yang terkaya waktu itu.
Lalu sang
isteri berkata kepada suaminya,
“wahai
suamiku,selama setahun ini kita akan memberi makan kepada orang miskin dan
menyantuni anak anak yatim selagi mana kita diberikan kesempatan sebelum
kehidupan kita kembali menjadi miskin”
Sang suami
menjawab: baiklah, kita akan menggunakan harta ini untuk membantu orang-orang
yang memerlukannya”
Kemudian mereka
membantu orang yang memerlukan, membina tempat persinggahan untuk para
musafir,serta menyediakan makan percuma kepada mereka yang memerlukan.
Dan setelah
satu tahun berlalu, pasangan ini tetap sibuk memberikan bantuan kepada mereka
yang memerlukan sampai mereka lupa tempoh setahun untuk mereka telahpun berlalu.
Mereka terus terusan menjadi kaya raya.
Lalu nabi
musa menjadi hairan dan bertanyakan kepada Allah:
“Ya rabb,
bukankah engkau berjanji,memberikan mereka kekayaan hanya untuk setahun sahaja.
Kemudian setelah itu,engkau akan kembalikan mereka kepada kemiskinan semula?”
Allah SWT
pun berfirman,
“Wahai musa,aku telah membuka satu pintu rezeki
kepada mereka, tetapi mereka membuka beberapa pintu rezeki lagi kepada hamba
hambaku. Maka, aku akan kurniakan lebih lama kekayaan itu kepada mereka”
Nabi Musa
menjawab:
Maha suci
engkau Ya Allah, betapa maha mulia urusanmu dan maha tinggi kedudukan mu.
0 Comments