Lakukan 15 perkara ini selama 40 hari dan rasakan perubahan dasyat pada diri
Lakukan 15 perkara ini selama 40 hari dan
rasakan perubahan dasyat pada diri | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah,masih lagi
diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik oleh yang maha esa. Baik! Tak mahu
ulas panjang, aku nak kongsikan 15 perkara yang boleh atau perlu kita buat
setiap hari selama 40 hari bagi merasakan perubahan dasyat yang bakal berlaku
pada diri kita, insyaAllah.
Yang sebenarnya,
kita boleh sahaja pilih untuk buat atau tidak. Tapi bagi diri aku, aku sukakan
perkara seperti ini, kerana apa? Ianya adalah makanan jiwa untuk aku. Cuba kita
sama sama lihat, makanan yang kita ambil setiap hari adalah makanan untuk tubuh
badan kita. Bacaan yang kita baca setiap hari adalah makanan untuk minda kita. Dan
apa pula makanan untuk jiwa kita?
Apa pun,
ianya sekadar usaha. Buat kerana keikhlasan diri dan jangan mengharapkan
apa-apa balasan ya. Sama juga dengan doa kita setiap hari. Pernah dengar? selesai
sahaja kita berdoa pada Allah, terus lupakan dan hidup seperti biasa. Banyak sebenarnya
hikmah dalam setiap yang berlaku. insyaAllah.
Baik, ayuh
lanjutkan bacaan mengenai 15 perkara yang perlu dilakukan selama 40 hari bagi
merasakan perubahan dasyat pada diri kita.
#1. Solat 5
waktu jangan tinggal.
#2. Solat tahajud
2 atau 4 rakaat.
#3. Mandi sebelum
subuh.
#4. Solat sunat
subuh.
#5. Solat subuh.
#6. Baca al
quran sebelum terbit matahari (seeloknya baca surah Al waqiah selepas selesai
solat subuh)
#7. Sedekah
subuh
#8. Solat dhuha
2 atau 4 rakaat
#9. Berpuasa
pada hari isnin dan khamis
#10. Baca surah
al mulk setiap malam
#11. Baca 2
ayat terakhir al baqarah
#12. Baca surah
Al kahfi setiap hari jumaat
#13. Sebelum
tidur, maafkan semua kesalahan orang pada kita.
#14. Istighfar
setiap hari 100x
#15. Berzikir
Subhanallah 33x, Alhamdulilah 33x, Allahuakbar 33x, dan berselawat ke atas
nabi.
Bagi selawat,
jika mampu, baca 1000x setiap hari. Aku sendiri pernah mengalami pengalaman
yang luar biasa selepas amalkan selawat 1000x setiap hari hanya dalam seminggu
sahaja. Tapi biasalah manusia, awal memang rajin, lama lama akan berkurang
semangat untuk cukupkan selawat 1000x itu.
Tapi kata
ustaz, kita perlu perbanyakkan selawat ke atas nabi. Paling kurang dalam erti
kata maksud perbanyakkan itu adalah sebanyak 300x.
Mudah sahaja
nak dapatkan 300x selawat sehari tu. Contoh macam aku, perjalanan dari tempat
kerja ambil masa sedikit. Jadi sepanjang perjalanan itu, boleh berselawat
sebanyak 100x. kemudian di tempat kerja, ambil masa untuk berselawat lagi 100x.
kemudian balik kerja, berselawat lagi 100x. jadi cukup selawat sebanyak 300x
sehari.
Namun, jika
mampu, lebihkan lagi dan cukupkan 1000x selawat nabi. Dan lebih baik jika di
tambah lagi dengan Istighfar sebanyak 1000x. Pada awalnya memang agak “sukar”. Namun
percayalah, jika di buat selamat 40 hari berturut-turut, terasa sayang dan
kurang sahaja jika tak genapkan jumlah ini.
Oklah,
selamat mencuba dan rasai sendiri perubahan dasyat tersebut ya! insyaAllah.
0 Comments