Manusia paling kaya di dunia terkini
Manusia paling kaya
di dunia terkini | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih
diberikan kesihatan yang baik untuk terus menulis di blog mrejoy.com. Baik,
siapakah manusia paling kaya di dunia?
Sebenarnya aku tak berapa nak ambil tahu sangat siapa manusia terkaya ni, tapi
bila dapat tahu, elon musk kini adalah manusia paling kaya di dunia selepas
jeff bezos, rasa macam seronok pula nak ambil tahu.
Status manusia paling kaya di dunia baru sahaja “dirampas” 2
hari lepas, iaitu hari khamis. Kisahnya selepas saham Tesla mendadak naik dan
buat pertama kalinya ianya dinilai pada harga USD700 Bilion.
Apa yang lebih menarik adalah awal tahun 2020 hari tu, kekayaan
elon lebih kurang USD27 Bilion sahaja dan dia tak masuk pun dalam senarai 50
orang terkaya di dunia. Kebiasaannya, jika seseorang berada di tempat pertama
atau kata mudah, dia manusia paling kaya di dunia, manusia kedua terkaya di
dunia boleh jadi “saingan” pada yang pertama ni tadi.
Tapi Elon musk boleh dikatakan mencipta sejarah juga dengan “tiba-tiba”
menjadi manusia paling kaya di dunia. Dan menariknya saham tesla naik mendadak sekitar
USD170 Bilion dalam masa setahun sahaja.
Selain tertarik dekat status manusia terkaya di dunia buat
ketika ini, aku juga tertarik dengan respon yang diberikan elon selepas
mendapat tahu berita ini. Dia seakan tak mahu ambil pusing dan Cuma beritahu,
ayuh! Teruskanlah bekerja! Ahahah.
Benarlah kata orang, mereka yang berada di puncak ini, tidak
memandang kepada duit semata-mata tetapi melihat kepada impak yang mereka mampu
berikan kepada orang lain. Selain daripada, berapa ramai lagi yang mereka boleh
tolong.
Dalam pada itu, elon pernah memberitahu yang dia akan buat 1
ekspedisi ke mars. Dengan status sebagai manusia terkaya di dunia kini, apakah
semua ini akan direalisasi kan? Kita tunggu dan lihat sahaja kerana elon musk
pastinya bukan sekadar cakap kosong sahaja kan?
Apa pun, kita sebagai hamba Allah yang maha esa dan kuasa
lagi maha kaya, pasti mampu menjadi lebih daripada itu. Caranya? Bangun awal
pagi, mandi dan solat sunat subuh. Kerana 2
rakaat solat sunat subuh adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya.
0 Comments