Mana yang lebih baik di antara MRTT dan MLTT | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru baru ini aku ada
buat refinance rumah. Percubaan kali pertama untuk buat refinance rumah gagal
dek kerana pendapatan aku tergangu oleh wabak covid19. Kemudian, percubaan kali
kedua,alhamdulilah Berjaya dan kini menunggu proses untuk pemindahan bank. Tapi
bukan itu yang aku nak kongsikan kali ini, tetapi apakah Perbezaan di antara MRTT dan MLTT?
Baik. Setiap kali kita beli rumah, samada kita tahu atau
tidak, bank akan tawarkan kita MRTT. Apakah
maksud MRTT itu? Ianya adalah Mortgage
Reducing Term Takaful. Ianya adalah perlindungan takaful bagi tempoh
pembiayaan rumah.
Dan tahukah anda, setiap kali kita submit loan untuk beli
rumah, bank biasanya atau pasti akan cadangkan kita untuk ambil MRTT ini. Nak tahu
kenapa? Kenalah lanjutkan bacaan korang.
Baik. Untuk MLTT pula, ianya membawa maksud Mortgage Level Term Takaful. Ianya juga
sebenarnya sama dengan MRTT tadi, memberi perlindungan takaful bagi tempoh
pembiayaan rumah. Namun apakah Perbezaan
di antara MRTT dan MLTT ini?
Baik. Macam ini, dalam kata mudah faham, jika kita ambil
MRTT, perlindungan takaful akan berkurangan mengikut tempoh pembiayaan rumah. Maksudnya
jika buat pinjaman selama 35 tahun dan dah bayar 20 tahun, perlindungan takaful
juga akan berkurangan.
Berbeza dengan MLTT, perlindungan takaful kekal sepanjang
tempoh pembiayaan tersebut. Makna kata, buat pinjaman selama 35 tahun, dah
bayar selama 20 tahun, perlindungan takaful tetap sama.
Masih kurang faham?
Aku beri contoh lagi supaya semua faham ya. Hehehe.
Perbezaan di antara MRTT dan MLTT.
MRTT ini Cuma akan cover lebihan hutang sahaja. Contoh,
korang buat pinjaman selama 35 tahun. Kemudian dah bayar pinjaman selama 20
tahun. Dan berlaku kematian. Baki pinjaman ada lagi RM100,000. Maka bank akan
cover RM100,000 ini sahaja.
Untung? Bertuah? Sebab bank dah bayarkan baki pinjaman? Waris
tak perlu pening kepala nak bayar bulanan? Ya! Memang beruntung dan tak pening
kepala. Tapi nanti dulu, jom tengok apa yang korang bakal dapat kalau ambil
MLTT.
Untuk MLTT, ambil contoh pinjaman perumahan adalah sebanyak RM300,000.
Dan peminjam dah bayar untuk beberapa tahun kemudian meninggal dunia. Baki pinjaman
perumahan ketika itu ambil contoh RM100,000.
Kalau korang ambil MRTT, bank akan bayar lebihan RM100,000
tersebut. Berbeza dengan MLTT, waris akan dapat pampasan RM300,000. Bayar duit
lebihan pinjaman perumahan sebanyak RM100,000. Dan waris akan ada lebihan
kewangan dalam tangan sebanyak RM200,000.
Mudah faham. Berlaku kematian, ambil MRTT, waris akan dapat
rumah. Dan jika ambil MLTT, waris akan dapat rumah serta lebihan wang.
Namun, ada Pro & contranya juga pelan perlindungan ini. Sebagai
contoh, MRTT boleh di masukkan ke dalam loan perumahan (tak perlu bayar setiap
bulan). Ianya juga boleh dikatakan murah. Namun bagi kes refinance rumah, ianya
akan terbatal. Dan seperti yang aku kongsikan di awal tadi, waris hanya akan
terima rumah sahaja jika berlaku kematian kepada peminjam.
Berbeza dengan MLTT. Ianya sedikit mahal dan bayaran pula
secara ansuran setiap bulan. Namun, polisi tidak terbatal jika kita refinance
rumah dan ianya boleh dipindah milik. Dan yang lebih penting, ianya adalah
berdasarkan jumlah pinjaman dan waris akan dapat rumah serta lebihan wang jika
berlaku kematian kepada peminjam.
Jadi, sekarang, korang dah faham kan Perbezaan di antara MRTT dan MLTT?
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pelan takaful kedua-dua
ini, korang kenalah cari agent yang berdekatan korang. Aku belum jadi agent
lagi, nanti dah sah sebagai agent, korang bolehlah Tanya dengan aku ya. Hehehe.
0 Comments