Dah bersedia untuk berkurung lebih lama?
Dah bersedia untuk berkurung lebih lama? | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Sehingga ke hari ini, masih
belum ada tanda tanda yang covid ini akan selesai. Dari hari ke hari, kadar
pertambahan kes semakin meningkat. Langsung tidak menunjukkan penurunan. Malah,
baru baru ini, viral berita mengenai rancangan untuk melakukan Perintah kawalan
Pergerakan yang lebih ketat, mungkin lebih ketat daripada PKP 1.0 yang
berlansung tahun lepas.
Apa pun,
persoalan sekarang, sejauh mana rakyat Malaysia mampu bertahan? Daripada cerita
yang diviralkan, ekonomi akan di tutup sepenuhnya jika PKP yang lebih ketat di
adakan. Ini sememangnya akan beri kesan yang sangat besar kepada semua peniaga.
Di kawasan
tempat tinggal aku, dah banyak yang tutup kedai sewaktu PKP awal dulu. Sampai
ke hari ini, banyak kedai yang kosong. Dan jika benar seperti apa yang
dikongsikan di laman sosial, aku rasa, lebih banyak kedai yang akan kosong
selepas ini.
Banyak sebenarnya
yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan ni. Yang berkerja makan gaji,
dapat gaji penuh, overtime pula tiada. Yang dapat gaji separuh pun ada, yang
diberhentikan kerja pun ada. Banyak yang aku lihat sekarang, ramai dah mula
beralih arah kepada pekerjaan penghantar makanan.
Semuanya kerana
satu, ingin terus “survive” dalam keadaan wabak dan ekonomi yang tidak menentu
ini. Cuba bayangkan jika 1 hari nanti, benar benar ekonomi Malaysia di tutup? Apa
akan jadi kepada hampir semua rakyat Malaysia?
Apakah mereka
akan benar benar berkurung di rumah atau sebaliknya?
Apa yang
merisaukan aku adalah, mereka yang terkesan dan di tambah lagi dengan keadaan
yang memaksa mereka untuk berkurung di rumah. Pasti sesuatu yang tak ingin
berlaku akan berlaku. Ada perut yang perlu di jaga dan diberi makan. Ada hutang
yang perlu di langsaikan. Semua ini akan beri kesan yang sangat besar kepada
ramai orang.
Apa pun,
itu bukan alasan untuk kita tidak melakukan apa-apa. Wabak ini pasti tetap ada
dalam masyarakat kita. Mahu tidak mahu, kita perlu terus hidup di dalam keadaan
sekarang. Aku percaya, negara kita pasti akan Berjaya. Ini boleh dilihat
daripada kadar sembuh yang tinggi.
Semoga kita
Berjaya keluar daripada masalah ini dan kembali kepada kehidupan normal seperti
biasa. Kita pasti Berjaya!
0 Comments