Kenali siapa Lelaki viral Berjaya jual 10,000 sambal dalam masa 54 minit sahaja | MrEjoy

Kenali siapa Lelaki viral Berjaya jual 10,000 sambal dalam masa 54 minit sahaja

 

sambal nyet khairulaming

Kenali siapa Lelaki viral Berjaya jual 10,000 sambal dalam masa 54 minit sahaja | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah dengar nama Khairulaming? Siapa Khairulaming ni? Kenapa tiba tiba dia boleh jadi viral? Sejujurnya, aku sendiri pun tak kenal siapa dia. Tetapi bila terbaca kisah dia Berjaya jual sambal Nyet sebanyak 10,000 botol hanya dalam masa 54 minit sahaja, dan itu sesuatu perkara yang aku perlu ambil tahu, hehehe. Jom kenali dengan lebih dekat siapa Khairulaming ni.

Biodata dan latar belakang

  • Baik, nama khairulaming ni Cuma nama glamour sahaja. Dan nama sebenar dia adalah khairul amin kamarulzaman. Ok la tu, tak jauh pun dengan nama komersial dia. Hehe.
  • Lahir di Kota Bahru Kelantan dan berumur 28 tahun
  • Khairulaming ini merupakan selebriti masakan di media sosial dan kalau tengok dekat IQ dia (@khairulaming) sehingga hari ini dah ada 2.8 juta followers. Ramai tu!

Apa yang menariknya tentang khairulaming?

  • Walaupun dia Berjaya jual 10,000 botol sambal nyet, hakikatnya dia tiada langsung pendidikan secara formal dalam bidang kulinari.
  • Dia di ikuti ramai kerana disifatkan sebagai unik dan lain daripada yang lain kerana menerapkan unsur drama dan komedi dalam setiap videonya.
  • Dia sememangnya meminati bidang masakan dan gemar menonton program masakan untuk mencuba resepi resepi yang mudah dan sedap.
  • Selain daripada membuat video mengenai masakan, beliau juga aktif dalam penghasilan video pendek,video perkahwinan,serta muzik video. Dan setiap dari videonya sering mendapat tontonan yang tinggi.
  • Dan video mengenai 30 video masakan untuk 30 hari puasa merupakan video yang paling dinantikan setiap tahun oleh followers nya. Khairulaming start buat video ini bermula tahun 2018.
  • Dan seperti yang aku beritahu tadi, walaupun khairulaming ini dikatakan seorang yang “pandai masak,ada juga resepinya yang tidak menjadi kerana beliau bukanlah seorang chef dan tidak ada pendidikan khusus mengenai bidang masakan.
  • 3 perkara yang mengambarkan setiap masakan khairulaming ini adalah : mudah! Sedap! Dan menyelerakan!
  • Satu yang aku suka mengenai dia ini adalah, dia ambil resepi daripada internet kemudian dia sesuaikan dengan barang yang ada dekat dapur dia. Kiranya tak remeh la kita nak ikut memasak pun kan?

Apa pun, khairulaming ni memang ada gaya dia yang tersendiri. Ada trademark dia la senang kata. Tak rugi pun korang follow dia dan kalau boleh, jom support dia dengan beli Sambal Nyet pedas berapi tu! Okey! Jumpa lagi. See ya!

Share:

0 comments