Sektor automotif dibenarkan kembali beroperasi sepanjang musim PKP
Sektor automotif
dibenarkan kembali beroperasi sepanjang musim PKP | Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Pada awalnya, Perintah kawalan pergerakan 2.0 (PKP2.0) di umumkan,
sektor automotif di antara sektor yang dikatakan dibenarkan beroperasi. Jadinya
banyaklah kilang kilang automotif kekal beroperasi. Namun, “kebenaran” ini di Tarik
balik sehari selepas pengumuman pkp oleh PM. Dan kini, kerajaan Malaysia telah
membenarkan kembali sektor ini beroperasi. Apakah ianya benar benar penting
kepada sektor ekonomi Malaysia?
Jika di Tanya pada aku, aku akan jawab ya! Walaupun terdapat
segelintir yang boleh aku katakan mengecam keputusan kerajaan membenarkan
sektor automotif beroperasi semula. Ini adalah kerana, pada pendapat aku, ini
sangat penting kepada sektor ekonomi kerana:
#1. Pekerja masih ada
kerja.
Cuba bayangkan kalau terlalu lama kilang tidak beroperasi. Kilang
tak ada keuntungan dan boleh jadi ramai pekerja akan hilang pekerjaan. Bila tak
ada kerja, tak gaji. Tak boleh nak bayar hutang. Tak boleh nak sara hidup. Ini akan
menjadikan keadaan lebih teruk. Jadinya ini sangat penting kepada ekonomi
pekerja itu sendiri.
Banyak sebenarnya peniagaan yang telah ditutup akibat
daripada berlakunya PKP ini. Keuntungan tak boleh dijana. Ramai juga yang telah
hilang pekerjaan. Jadi, kita tak mahu lebih ramai yang hilang pekerjaan.
Jadi, sejujurnya, aku bersetuju dengan keputusan kerajaan
membenarkan kembali industri automotif ini beroperasi semula.
#2. Menjana ekonomi Malaysia.
Point kedua aku pula, bila kilang keluarkan kereta, rakyat Malaysia
ada pilihan untuk membeli. Ada urusan jual beli di situ. Ada produk, ada
pembeli. Kalau kilang tidak beroperasi, kita tak ada produk. Yang ada hanya
wang. Jadinya, bila berlaku urusan jual beli, ekonomi itu akan segar.
Banyak sebenarnya industri lain yang dibuka sepanjang musim
PKP ini. Semuanya dengan tujuan yang sama iaitu ingin merancakkan kembali
ekonomi negara. Bila ada produk, pasti ada urusan jual beli.
#3. Kerajaan juga dapat
income.
Ini juga penting pada aku. Kerajaan juga akan dapat
pendapatan apabila sektor ini beroperasi semula. Sesebuah syarikat tidak akan
mampu bertahan lama jika tidak beroperasi untuk tempoh masa yang lama. Banyak sebenarnya
syarikat besar yang telah di tutup. Jadi, pendapatan kerajaan telah berkurang
di situ.
Kita tak mahu lebih banyak syarikat yang tutup. Bukan sahaja
memberi impak kepada kerajaan, malah pekerja juga pastinya akan terkesan.
Apa pun, keputusan kerajaan dengan membenarkan sektor
automotif dibuka sepanjang musim PKP pastinya di sambut baik oleh semua. Pastinya
ramai pekerja menarik nafas lega kerana masih boleh bekerja dan ada gaji. Namun,
harus juga di ingatkan, wabak covid masih lagi ada dan rasanya sampai bila bila
pun akan ada.
Kita sama sama berdoa agar semuanya akan kembali normal dan
kita akan hidup seperti biasa kembali, insyaAllah, aminn.
0 Comments