5 tips Buat duit dengan blog 2021 dengan cara paling ampuh
5 tips Buat duit dengan blog 2021 dengan cara
paling ampuh |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih sihat dan diberikan
kesempatan untuk menulis di blog
mrejoy.com. Baik, rasanya semua dah tahu, yang kita boleh buat duit dengan
blog. Dah banyak penulisan mengenainya di kongsikan di google mahupun media
sosial. Cuma kali ini, aku ingin kongsikan beberapa idea mengenai 5 tips Buat duit dengan blog 2021 dengan
cara paling ampuh.
Sebenarnya,
ramai dah tahu yang blog boleh berikan kita duit. Ada yang jadikan blog sebagai
pendapatan sampingan dan ada juga yang menjadikan blog sebagai pendapatan
tetap. Tapi tak semua yang tahu, buat
duit dengan blog ini tidaklah semudah yang di sangka. Bukan kata buat blog
kemudian tulis, kemudian masuk duit tiap bulan, tidak semudah itu kawan kawan.
Penulisan di
blog juga ada cara dan tekniknya. Bila 2 perkara ini di buat dengan betul, barulah
blog kita benar benar memberikan
pendapatan yang lumayan kepada kita. Baik, aku kongsikan beberapa tips mengenai
5 tips Buat duit dengan blog 2021 dengan
cara paling ampuh buat perkongsian semua. insyaAllah, selepas ini, kita
boleh sama sama jana income dengan blog.
5 tips Buat duit dengan blog 2021 dengan cara paling ampuh
#1. Perlu ada blog
Perkara
pertama sebelum buat duit dengan blog, mestilah kena ada blog. Boleh guna
blogspot atau wordpress. Kalau aku, aku suka guna blogspot. Sebab mudah. Tapi ada
kelebihan dan kelemahan bagi setiap keduanya ya! Bab perbezaan di antara
blogspot dan wordpress, korang boleh buat carian di google ya. Apa pun, Tepuk dada
Tanya selera. Hehe.
#2. Perlu ada domain sendiri.
Dulu aku tak
ada domain sendiri. Pakai yang percuma sahaja. Tapi atas nasihat beberapa
rakan, aku guna domain sendiri iaitu mrejoy.com. Sebenarnya, ianya juga akan
beri kesan kepada income blog kita nanti. Dan antara lainnya juga adalah,
dengan adanya domain sendiri juga, kita
#3. Perlu ada adsense.
Ini rahsia buat duit dengan blog. Kena ada
adsense. Ada banyak lagi cara buat duit seperti review produk atau review
lokasi percutian, namun, buat duit dengan adsense adalah perkara paling utama
buat kebanyakkan blogger.
Namun, nak
dapatkan adsense bagi akaun kita juga bukanlah sesuatu yang mudah. Ada banyak
syarat yang dikenakan. Namun, usaha kena adalah kan. Bila dah usaha, pasti
dapat. insyaAllah.
#4. Content blog.
Bila dah
ada adsense, penulisan di blog mestilah berkualti dan di cari. Maksud kualiti,
penulisan mesti dengan cara yang betul dan bukannya caca merba. Kata lain,
penulisan yang susah nak faham. Biasanya, bahasa moden ni agak susah nak faham.
Macam bahasa wechat? Aduh!
Kemudian penulisan
yang dicari. Tulis tips atau petua. Biasa orang akan cari di blog. Atau tulis
pasal drama atau filem, pun orang cari. Boleh juga tulis situasi semasa contoh
seperti covid-19 atau pasal banjir. Itu semua orang akan cari di google.
#5. Teruskan penulisan & jangan berhenti.
Ada orang,
semangat tinggi nak buat income dengan blog. Tapi awal sahaja dia rajin nak
menulis, kemudian 2 hari sekali baru tulis. Kemudian seminggu, kemudian sebulan
sekali. Nak buat income dengan blog, kena rajin dan tetap rajin.
Extra tips
buat duit dengan blog : Nak jana income dengan blog lebih lebih lagi dengan
adsense, kita tulis apa yang pembaca cari. Lebih ramai pembaca atau pengunjung
ke blog anda, lebih besar income yang bakal anda perolehi. Kemudian, pilih
niche yang betul. Di antara niche blog yang mahal adalah berkaitan insurans,
percutian, isu semasa dan kesihatan.
Aku doakan korang semua termasuk aku, akan Berjaya buat income dengan blog seterusnya menjadi pendapatan utama kepada kita semua.ok? aminnn.
0 Comments