facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

 

negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia

8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. InsyaAllah, tak lama lagi, semua umat islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan penuh rahmat, bulan Ramadan al Mubarak, insyaAllah. Bagi negara kita, Malaysia, tempoh berpuasa lebih kurang 13 jam. Bermula daripada sahur sehinggalah waktu berbuka. Namun tahukah anda, bahawa ada 9 negara yang mana tempoh berpuasanya lebih lama! Dan berikut merupakan 8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia!

Pada awalnya, bila masuk sahaja bulan Ramadan, boleh kata ramai yang berada di semenanjung nak berpindah duduk ke sabah dan Sarawak. Sebabnya sebelah sana buka puasa awal. Hehehe. Dan seperti biasa juga, waktu berbuka puasa sering menjadi carian utama sewaktu bulan Ramadan. Macam aku, aku akan cari waktu berbuka puasa bagi negeri Melaka dan waktu berbuka puasa bagi negeri kedah la, hihihi.

Tapi ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa, ada negara yang mana tempoh berpuasa dia lebih lama daripada kita yang berada di Malaysia ini. Kadang, aku sendiri terfikir, macamana mereka ini berpuasa. Namun, pastinya Allah lebih maha mengetahui dengan setiap apa yang berlaku di atas muka bumi.

Orait! cukup setakat itu, ayuh! Aku kongsikan 8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia!

#1. Belarus

Negara pertama dalam senarai adalah Belarus. Jika kita berada di negara ini, dan harus berpuasa di sini, tempoh untuk kita berpuasa adalah selama 19 jam. Lebih 6 jam daripada negara Malaysia.

#2. Russia.

Negara kedua pula adalah Russia. Negara kelahiran fighter khabib nurmagomedov. Negara ini juga punya penduduk beragama islam yang agak ramai juga. Dan tempoh berpuasa di negara ini juga sama dengan Belarus iaitu 19 jam.

#3. Alaska.

Seterusnya adalah Alaska. Waktu siang di sini adalah lebih kurang 20 jam. Ini bermaksud, waktu malam Cuma 4 jam sahaja. Dan ini membawa maksud, jika korang berada di sini dan berpuasa di Alaska, tempoh masanya adalah 20 jam. Lebih 7 jam daripada Malaysia.

#4. Sweden

Seterusnya adalah Sweden. Terletak di tengah-tengah, bersebelahan dengan Norway dan finland. Cantik negara ini, tah bila la boleh sampai kan?

Baik! Untuk Sweden, tempoh masa berpuasa di sini adalah sama dengan Alaska iaitu 20 jam.

#5. Norway.

Seterusnya dalam 8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia, adalah negara Norway. Disebabkan ianya bersebelahan dengan Sweden, maka tempoh masanya tidak lari jauh iaitu 20 jam.

#6. Greenland

Greenland atau tanah hijau. Greenland ni kalau nak tahu adalah pulau terbesar di dunia. Dan terletak di antara lautan artik dan atlantik. Dan walaupun nama negara ini adalah tanah hijau, namun hampir keseluruhan muka bumi di sini, diliputi salji/ais.

Baik, berapa tempoh masa berpuasa di sini? Jawapannya adalah 21 jam. Ahha! Lebih 8 jam daripada kita yang berada di Malaysia ya!

#7. Iceland

Kalau tadi, tanah hijau, sekarang kita berada di tanah ais pula iaitu Iceland. Negara dengan ibukota Reykjavik ini terkenal dengan glassier yang dilindungi di taman negara Vatnajökull dan Snæfellsjökull (macamana nak sebut ni?). teringin juga nak sampai sini dengan keluarga aku 1 hari nanti, insyaAllah.

Baik! Iceland. Berapa tempoh masa berpuasa di negara ini? Jawapannya adalah 22 jam! Lebih 1 jam daripada Greenland dan 9 jam daripada negara kita.

#8. Finland.

Dan akhir sekali adalah Finland! Berdekatan dengan Sweden, Norway dan Russia. Ibu kotanya adalah Helsinki. Banyak tarikan menarik disini. Banyak juga tempat sejarah yang boleh dilawati. Namun bukan itu yang aku nak kongsikan kali ini. Yang menjadi persoalan adalah berapa tempoh masa berpuasa di negara ini?

Dalam 8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia, negara ini merupakan negara yang paling lama buat umat islam disana berpuasa iaitu selama 23 jam! Bayangkan, mereka perlu berpuasa selama 23 jam. Kalau cukup 1 jam lagi, 24 jam berpuasa!

Namun kuasa Allah menentukan segalanya kan? Pasti setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Baiklah, itu sahaja perkongsian aku tentang senarai negara dengan tempoh berpuasa paling lama didunia. Ketahuilah, banyak kelebihan yang bakal kita perolehi dengan berpuasa ini. Semoga Ramadan yang akan datang memberi kita lebih makna dan barokah, insyaAllah, aminnn.

 

 

Senarai tarikh bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
 

Senarai tarikh bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan ini asyik dapat duit je kan? Syukur dengan rezeki ini. Ada yang dapat duit daripada bayaran I-sinar, ada yang dapat duit daripada bayaran I-lestari, ada yang terima bayaran daripada google adsense (hehehe) dan yang terbaru, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021!

Khabarnya bayaran fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 ini dah dipercepatkan daripada bulan mei kepada penghujung bulan februari 2021. Dan bayaran akan mula dibuat mengikut jenis bank yang kita guna. Bermula dengan mereka yang menggunakan bank simpanan nasional (BSN).

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 akan dibayar mengikut kategori iaitu:

  • Kategori isi rumah akan mendapat RM300
  • Kategori Bujang pula akan mendapat RM150

Selepas dapat duit i-lestari sebanyak RM500, dapat pula duit i-sinar RM1000, dan kini akan terima pula duit BPR sebanyak RM300. Rezeki! Rezeki!

Orait. sedikit info mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 ini:

Bagi isi rumah yang berpendapatan sebanyak RM2500 kebawah, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM1200 hingga RM1800 (mengikut tanggungan anak).

Dan bagi mereka yang berpendapatan sebanyak RM2500 hingga RM4000, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM800 hingga RM1200 (Mengikut tanggungan anak).

Bagi isi rumah berpendapatan sebanyak RM4000 hingga RM5000 pula, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM500 hingga RM750 (Juga mengikut tanggungan anak).

Dan bagi kategori Bujang pula, mereka yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan masih Bujang, layak untuk menerima bantuan sebanyak RM350. Dan bantuan ini adalah secara One off (sekali bayaran sahaja).

Bagi bayaran fasa pertama, tarikh bayaran awal yang diumumkan adalah pada bulan april/mei 2021. Manakala bagi bayaran fasa kedua pula adalah pada September/oktober 2021.

Semoga dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 akan dapat meringankan sedikit beban kewangan yang sedang dihadapi oleh kita semua ya. insyaAllah, aminnn.

Terima bayaran pertama daripada Google Adsense 

Terima bayaran pertama daripada Google Adsense | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bercerita mengenai buat duit dengan blog ni, google adsense merupakan medium utama dalam penghasilan income tu. Kira yang paling utama la. Banyak lagi sebenarnya cara buat duit dengan blog ni. Dan selepas kerap baca rakan-rakan yang kongsikan mereka dapat income dari google adsense ini, akhirnya hari ini, aku Terima bayaran pertama daripada Google Adsense!

Mengenang kembali sewaktu aku baru-baru terjebak dalam dunia blog ni, aku tulis pasal kucing Bengal! Waktu itu memang aku suka sangat dengan kucing jenis Bengal ni. Kemudian, macam biasa, ada pasang surutnya, blog aku terbiar macam itu sahaja.

Kemudian timbul lah pelbagai jenis blog lagi, ada blog makanan, blog percutian, blog rekabentuk rumah, macam-macam. Sebabnya aku ni suka macam-macam benda, jadi aku buat khas la setiap blog aku tu dengan cerita yang aku nak tulis. 1 blog 1 niche khas.

Terima bayaran pertama daripada Google Adsense

Kemudian, bila banyak blog, dengan aku sorang nak jaga, memang kelautlah jadinya kan? Akhirnya, kesemua blog ini pun terbiar begitu sahaja. Lama juga aku jadi malas nak menulis blog ni, sampailah akhirnya, keluar 1 blog dengan nama aku sendiri.

Blog ini, aku kumpulkan kesemuanya! Tiada niche! Apa yang aku rasa nak tulis, aku akan tulis! Sampai pembaca naik pening, blog dia ni cerita pasal apa? Hahaha. Dalam masa yang sama, aku usahakan juga untuk dapatkan 1 akaun google adsense.

Setelah berhempas pulas menulis, akhirnya aku dapat juga 1 akaun. Waktu itu memang rasa seronok sangat! Yelah, dah boleh buat duit dengan blog kan? Tapi apakan daya, sabar aku tak tinggi mana, aku terjebak dengan usaha tak betul. Yang mana akhirnya, blog itu pun terbiar begitu sahaja.

Bertitik tolak daripada usaha untuk dapatkan juga income dengan blog ni, terutamanya google adsense, akhirnya wujudlah blog ini. Dan alhamdulilah, setelah banyak blog yang aku buat dan tulis, aku dapat juga income pertama google adsense hari ini, syukur ya Allah!

Apa pun, pastinya ini hanyalah permulaan kepada apa yang aku usahakan selama ini. Banyak lagi sebenarnya target aku, dan pastinya bukan sekadar income malah aku inginkan 1 blog yang memberi manfaat kepada semua pembaca, insyaAllah. Apa pun, syukur! Dapat duit adsense hari ini. Hehehe.

Bayaran i-lestari kwsp di percepatkan

Bayaran i-lestari kwsp di percepatkan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, kerana bayaran bulanan I-lestari kwsp dipercepatkan. Khabarnya ada yang dah terima pada 19 februari 2021 lepas. Macam aku, baru hari ini aku terima bayaran tersebut, apa pun alhamdulilah, syukur.

Biasanya, aku terima bayaran ini pada 3hb pada setiap bulan. Jadinya, selepas dapat gaji bulanan pekerjaan, dapat pula duit i-lestari, itu juga rezeki kan. Kemudian, pada bulan ini, dapat pula lebih awal, jadinya, dapatlah tambah barang-barang dapur yang mana dah kurang tu.

Dan sekarang, selain daripada pembayaran i-lestari, pastinya ramai yang tertunggu-tunggu bayaran bagi i-sinar pula. Selepas sahaja pengumuman pengeluaran i-sinar kini tanpa syarat oleh kerajaan, ramai yang mengucapkan syukur. Namun, kwsp telah mengeluarkan kenyataan bahawa segala proses akan bermula pada 8 mac 2021.

Selepas menunggu hampir berbulan-bulan, kini semuanya perlu menunggu sehingga 8 mac depan bagi “keputusan” pembayaran. Ini juga menjadi sedikit kegusaran yang mana takut juga jika bayaran bagi kategori 2 i-sinar akan mengambil masa yang lebih lama pula.

Pembayaran fasa 1 BPR juga dikhabarkan akan mula dibayar pada penghujung bulan February 2021 ini.

Bagi mereka yang layak, seharusnya ini akan menjadi sedikit bantuan buat mereka di kala ekonomi yang tidak menentu sekarang. Buat mereka yang punya anak-anak yang akan memulakan persekolahan awal bulan mac ini, harapannya agar bantuan BPR ini dapat meringgankan sedikit perbelanjaan mereka.

Apa pun, boleh dikatakan banyak bantuan yang akan diterima rakyat Malaysia dalam masa terdekat ini. Semoga ianya akan diuruskan dengan baik dan semoga segala urusan kalian dipermudahkan oleh yang maha esa. Dan mari kita sama-sama berdoa agar wabak yang kini melanda Malaysia akan hilang dalam masa terdekat ini, aminnn.

8 penyakit dan penawarnya menurut islam
 

8 penyakit dan penawarnya menurut islam | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap ujian yang datang kepada kita adalah berbeza bagi setiap makhluk Allah. Ada orang, hidupnya mewah, hatinya senang. Ada orang pula diuji dengan hidup susah, hati yang tidak pernah tenang dan macam-macam lagi. Ada yang kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.

Ada orang yang sentiasa sabar dalam setiap ujian yang datang kepadanya. Ada orang yang tidak mampu bersabar dan sering menyalahkan setiap perkara yang ada di dalam hidupnya. Ketahuilah, di dalam setiap kesulitan pasti akan ada kemudahannya.

Berhentilah mengeluh. Kerana setiap dari penyakit itu pasti ada penawarnya kecuali mati. Dan hari ini, aku nak kongsikan dengan semua, 8 penyakit dan penawarnya menurut islam!

#1. Rezeki sempit

Jika rezeki kita sempit, rasa susah sangat. Kadang dalam kocek tinggal RM1.00 sahaja. Dengan pelbagai perkara nak kena beli. Percayalah, dengan hanya bersedekah, insyaAllah, rezeki kita pasti akan jadi lancar selepas ini.

Memang sukar, dengan apa yang tinggal dekat kita, nak sedekah pula pada orang lain, memang sukar. Namun percayalah, sedekah itu yang membuatkan rezeki kita akan kembali lancar, insyaAllah.

#2. Emosi terganggu, tidak stabil

Bercerita mengenai emosi terganggu ni, kadang kita nampak serabut, nampak tak tentu arah. Kadang semua benda tak kena, nak marah-marah sebab emosi kita tak stabil. Kusut.

Penawar kenapa masalah ini adalah dengan mengambil wuduk dan sentiasa beristighfar. Kadang jiwa kita kosong, itu penyebab kepada mudahnya syaitan menghasut.

Dengan hanya kembali mengingat Allah dan mengisi ruang kosong dalam hati kita dengan beristighfar,insyaAllah, emosi kita akan kembali tenang.

#3. Sakit.

Sakit ini ada banyak, ada pelbagai jenis sakit. Namun, jika ianya adalah sakit yang disebabkan oleh pemakanan, penawar yang terbaik adalah berpuasa.

Makanan memang penting dalam kehidupan. Makan untuk hidup itu bagus, namun hidup untuk makan pula harus di elakkan. Ini adalah kerana, banyak penyakit yang berpunca daripada pemakanan kita.

Berpuasa ternyata sangat bagus untuk tubuh badan kita. Itu sebabnya, semua penganut agama islam diwajibkan berpuasa selama sebulan di dalam bulan Ramadan. Banyak khasiatnya berpuasa untuk diri kita.

#4. Hati tak bahagia

Bahagia ini kita boleh nampak dengan mata kasar. Kadang ada rakan-rakan yang kata diri mereka sangat bahagia namun hakikatnya tidak. Bagaimana nak ubat hati yang tidak bahagia?

Jawapannya adalah dengan solat pada awal waktu. Bila kita dulukan yang Maha Esa, hati kita pasti akan bahagia. Kita tak akan kusut dengan kehidupan dunia kerana kita dah jaga hubungan kita dengan Yang maha pencipta.

#5. Hati sempit

Hati yang sempit, atau rasa kosong juga adalah satu penyakit. Dalam 8 penyakit dan penawarnya menurut islam, hati yang sempit boleh diubati dengan membaca Al-Quran.

Al-quran yang kita baca dan kerap dampingi akan menjadi “kawan baik” kita kelak di dalam kubur. Banyak kebaikan yang bakal kita perolehi jika kita kerap membaca Al-Quran. Jika tak tahu membaca, usahakan untuk belajar, kerana tiada yang terlambat selagi mana ajal kita belum sampai.

#6. Tekanan/stress

Stress boleh jadi daripada pelbagai sebab. Dan tekanan yang tidak diuruskan secara baik boleh membawa kepada kematian. Tidak dinafikan, dalam keadaan sekarang, ramai yang tertekan. Namun, berusahalah untuk mengubatinya dengan kerap membaca Lahaula wala quwwata illa billah, insyaAllah, akan dipermudahkan oleh Allah.

#7. Wajah tak berseri

Wajah nampak kusam? Nampak kusut? Tak berseri? Jawapannya adalah, keraplah bertahajjud. Tak perlu pakai produk yang mahal-mahal, Cuma guna air sahaja. Lihat wajah para ulama. Berseri-seri sahaja wajah mereka. Hati yang melihat pun jadi tenang.

Namun, tak semua mampu meninggalkan katil yang empuk, tidur yang lena hanya untuk bertahajjud. Jika anda salah seorang yang kerap solat mala mini, sesungguhnya ada manusia yang hebat!

#8. Gelisah

Dan akhir sekali, dalam 8 penyakit dan penawarnya menurut islam, hati yang gelisah. Jika anda sentiasa gelisah, ubatnya hanyalah sentiasa berdoa kepada Allah dan kerap beriadah. Hentikan focus pada 1 perkara  sahaja (contohnya kerja). Ambil masa untuk beriada dan sentiasa berdoa kepada Allah, insyaAllah, diri kita akan kembali tenang.

 

perangkap lipas di dalam kereta

3 bahan masakan yang boleh dijadikan perangkap lipas di dalam kereta | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan cara mudah untuk perangkap lipas di dalam kereta. Benda seperti ini sepatutnya tak perlu la kan, yelah, kenapa sampai ada lipas dalam kereta kan? Mesti korang suka makan dalam kereta kemudian tak kemas betul-betul ni? Hehe. Oklah, jom aku kongsikan 3 bahan masakan yang boleh dijadikan perangkap lipas di dalam kereta!

Bila sebut bab lipas ni, memang tak semua orang suka. Jenis yang tak berani pun ada. Jenis nampak lipas dalam rumah macam nampak harimau je kejadiannya. Menjerit bagai nak rak! Yang lelaki pun, kadang sampai terkeluar suara perempuan kekdahnya! Aduhai!

Dan cubanya, mereka-mereka ini, waktu memandu kereta, tiba-tiba ada lipas terpancul! Ha, benda ini bukan jadi lawak lagi dah tapi boleh jadi seram! Kalau seekor keluar ok lagi, kalau banyak ekor? Takut lain jadinya nanti (tapi harapan aku tak jadi benda yang bukan-bukanlah ye).

Ok! Berbalik semula pada cerita 3 bahan masakan yang boleh dijadikan perangkap lipas di dalam kereta. Cara ini tersangatlah mudah dan sesiapa sahaja boleh buat. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  1. Marjerin
  2. Minyak masak (yang telah digunakan)
  3. Susu pekat manis

Cara nak buat:

Korang ambil 1 bekas yang besar kemudian masukkan kesemua bahan tadi di dalam bekas tersebut. Marjerin tu tak perlu hancurkan pun tak apa. Korang potong dadu pun ok. Kemudian letakkan bekas tersebut di dalam kereta dan biarkan semalaman.

Marjerin bertindak sebagai tarikan untuk lipas datang. Susu pekat manis pula bertindak sebagai perangkap dan minyak pulak bertindak untuk melemaskan lipas sekaligus membunuh lipas.

Bila dah dibiarkan semalaman, korang bolehlah periksa semula bekas tersebut. Kalau jenis yang takut lipas tu, mintalah tolong dengan sesiapa ya. Dan lagi satu, kalau seekor dua itu, ok lagi lah. Tapi kalau sekampung lipas dalam bekas tu, korang kenalah ubah tabiat korang, ok! Selamat mencuba!

 

cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu

7 cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih di berikan kesempatan dan kesihatan yang baik sehingga hari ini, alhamdulilah. Baik, banyak kebaikan yang bakal kita perolehi apabila kita sentiasa solat awal waktu. Namun hari ini, aku nak kongsikan 7 cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu. Semoga ianya menjadi kebaikan buat kita semua, insyaAllah.

7 cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu

#1. Latih diri hentikan kerja tanpa alasan

Baik, perkara pertama yang perlu kita buat adalah, hentikan semua kerja apabila masuk waktu solat. Seringkali, kita akan dahulukan kerja kita, dan apabila siap, barulah kita solat. Dan samada kita perasan atau tidak, kita akan sentiasa dibebani oleh kerja dan akan menjadi lebih penat.

Solat 5 waktu umpama rehat untuk kita. Seperti mana kita perlu cas gadget kita, seperti itu jugalah kita perlu cas diri kita dengan solat.

Apabila kita terus berhenti daripada semua aktiviti dan teruskan solat, diri kita akan kembali segar sekaligus akan buatkan kita lebih bersemangat untuk bekerja.

#2. Jadikan waktu solat sebagai sebuah temujanji

Apabila kita ada temujanji dengan sesiapa, doktor mungkin, atau berjumpa client, atau dengan sesiapa sahaja, kita mesti akan sampai tepat pada waktunya kan? Kenapa? Kerana kita merasakan ianya sangat penting, boleh jadi kalau lewat, kita mungkin akan terlepas peluang baik.

Tapi pentingkan mereka lebih daripada Tuhan yang maha Esa? Yang menciptakan kita semua?

Bagaimana kita lebih mementingkan manusia, seperti itulah kita perlu dahulu Allah. Mulai hari ini, jadikan waktu solat sebagai sebuah temujanji

#3. Tetapkan reminder waktu solat.

Seterusnya, dalam 7 cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu adalah dengan menetapkan reminder. Boleh jadi, setiap kali waktu solat, akan kedengaran azan di gadget kita. Dengan cara ini juga mampu menjadikan kita untuk solat di awal waktu.

#4. Tampal peringatan di lokasi kita banyak berada.

Kalau di meja office, letak peringatan di situ. Jika di bahagaian production, lekat di kawasan yang mudah kita lihat. Pendek kata, di kawasan yang kerap atau lama kita berada.

Jenis peringatan, kalau boleh, bila kita nampak atau baca, kita akan terus berhenti lakukan apa sahaja kerja dan bergegas untuk solat.

Contohnya, letak perumpamaan gambar mayat yang diseksa kerana tidak solat (contoh) atau mungkin, boleh letakkan ayat seperti ini:

Ada jutaan manusia yang berada di dalam kubur ingin dihidupkan kembali hanya untuk bersujud kepada Allah.

#5. Berkawan dengan mereka yang tidak lewatkan solat.

Mulai hari ini, lihat dengan siapa kita berkawan. Jika kesemua kawan-kawan kita tidak bersolat, boleh jadi kita juga nanti akan tinggalkan solat. Jika kita berkawan dengan mereka yang sangat menjaga solat, kita juga pasti akan sentiasa menjaga solat.

Mulai hari ini, lihat dengan siapa kita berkawan.

#6. Jadikan solat sebagai polisi utama.

Mulai hari ini, cuba kita sama-sama jadikan solat sebagai polisi utama. Jadikan sesuatu yang sangat penting. Jadikan target dalam hidup. Seperti mana kita target nak dapat income RM1,000,000 sebulan. Atau target nak dapat kereta mewah, nak beli rumah besar. Begitu jugalah halnya dengan solat.

Jadikan solat awal waktu sebagai target yang kita nak capai.

#7. Solat berjemaah di masjid

Dan akhir sekali, solat Jemaah di masjid. Solat berJemaah besar pahalanya. Berbanding dengan solat bersendirian. “keseronokan” berjemaah ini hanya dapat dirasai bila kita solat bersama-sama. Susah nak digambarkan dengan kata-kata. Jadi, apa kata, bermula hari ini, kita sama-sama target untuk sentiasa solat berjemaah, ok?

Baiklah, itu 7 cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu. Semoga ianya menjadi panduan agar kita menjadi di antara mereka yang solat di awal waktu. insyaAllah, aminnn.

9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050

9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak mengusarkan juga bila terbaca mengenai cerita ini. Khabarnya kadar peningkatan air laut bakal menengelamkan 9 bandar utama di Malaysia menjelang tahun 2050. Kalau kita tengok negara jiran kita, Indonesia, mereka dah pun pindahkan ibunegara mereka iaitu Jakarta ke kalimatan. Ini berkemungkinan juga dengan kadar peningkatan paras air laut.

Suhu global yang semakin meningkat menjadi punca kepada pencairan ais di kutub utara, sekaligus menyebabkan paras air laut meningkat. Daripada bacaan aku  juga, khabarnya keadaan cuaca yang jarang hujan menyebabkan air sungai menjadi kurang/kering juga menjadi penyebab kepada peningkatan air laut.

9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050

Baik, berbalik kepada cerita 9 bandar tersebut adalah di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak. Ini adalah kerana lokasi ini berada di bawah paras air laut.

Aku kongsikan gambar di bawah. Warna merah di khabarkan bakal tenggelam menjelang tahun 2050 nanti.

#1. Kedah


9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050

#2. Pulau Pinang

9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050

#3. Perak

9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050

#4. Selangor

9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050

9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050

#5. Sebahagian Melaka. Muar dikatakan akan lebih terkesan.

9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050

#6. Pahang

9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050

#7. Terengganu

9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050

#8. Sarawak

9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050

Ini adalah lokasi di Malaysia. Dan bukan sahaja Malaysia yang akan mengalami perkara ini, banyak juga negara lain yang akan terkesan dan mungkin juga ada negara yang akan hilang daripada peta dunia.

Apa pun, ini adalah ramalan dan kajian berdasarkan keadaan semasa. Mengikut kepada tempoh masa, banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk menjaga alam. Di antara yang paling penting, hentikan penerokaan hutan dan hentikan projek melandaikan bukit bukau yang ada di Malaysia ini. Sama-samalah kita menjaga bumi demi kesejahteraan semua.

 

Angin kuat dan sejuk mula melanda Malaysia

Angin kuat dan sejuk mula melanda Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya dah 2 ke 3 hari juga rasa sejuk je. Siang dengan malam. Angin Sejuk yang Melanda Malaysia ni rasanya tiap tahun pun sama sahaja, tapi kali ini punya sejuk lain macam. Bila lain macam itu, mulalah pelbagai teori keluar dan salah satunya pasti Angin Sejuk Tanda Kiamat!

Semalam juga tersebar cerita mengenai cuaca sejuk melampau yang kini melanda texas. Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, rasa risau itu menebal di dalam hati. Manakan tidak, anjing sampai beku akibat cuaca sejuk melampau tu. Yang paling aku risaukan adalah, bagaimana nasib “homeless” dekat sana.

Berbalik kepada cerita Angin Kuat Di Melaka sekarang ini, kuatnya tu, boleh kata “bergoyang” jugalah aku atas motosikal. Dah la kuat, di tambah dengan angin sejuk lagi, maka bertambah-tambah la jadinya aku atas motor tu. Memang kurang fokus atas jalan jadinya. Cuma nasib baik, sekarang kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), jadinya kurang sikit kenderaan atas jalan.

Sedikit aku nak kongsikan cerita mengenai Angin Sejuk Sebelum Kiamat ni. Bila cerita ini kembali tersebar, rasa takut itu memang menebal. Mengikut perkongsian, di antara tanda-tanda kecil kiamat adalah “Diutusnya Angin Yang Lembut Mencabut Ruh Orang Beriman”.

Ada satu masa, akan diutuskan angin lembut untuk mencabut roh orang orang yang beriman. Dan selepas daripada itu, tidak akan kedengaran lagi mereka yang selalu menyebut nama Allah. Cuma mereka yang jahil sahaja yang tinggal. Dan apabila sampai saat itu, maka terjadilah kiamat.

Angin Yang Lembut Mencabut Ruh Orang Beriman ini dikatakan lebih lembut daripada sutera. Ini adalah kerana, Allah berikan kemuliaan kepada hamba-hambanya yang beriman dalam zaman yang penuh dengan fitnah dan kejelekan.

Seperti hadis an-Nawwas bin Sam’an:

“Tiba-tiba saja Allah mengutus angin yang lembut, sehingga (angin tersebut) mengambil (mewafatkan) mereka dari bawah ketiak-ketiak mereka, lalu diambillah setiap ruh mukmin dan muslim, dan yang tersisa hanyalah manusia yang paling durjana. Mereka menggauli wanita-wanita mereka secara terang-terangan bagaikan keledai, maka kepada merekalah Kiamat akan terjadi.”

Ini sedikit selingan mengenai Angin Sejuk Tanda Kiamat. Kalau kita lihat sekarang, ramai ulama yang telah kembali kepada Allah. Boleh jadi juga ianya sudah sampai ajalnya. Namun yang lebih menakutkan, jika benar angin sejuk ini adalah petandanya.

Apa pun, perbaiki diri. Jika masih banyak kekurangan, perbaiki segera. Tambahkan amal dan tinggalkan dosa. Juga persiapkan diri dan keluarga untuk berhadapan dengan cuaca sejuk yang kini melanda Malaysia. Di dalam negara masih berhadapan dengan wabak covid, kita juga perlu berhadapan dengan cuaca sejuk.

Bila cuaca sejuk ni, pelbagai penyakit timbul. Jadi persiapkan diri dan keluarga dengan pelbagai perlindungan. Dan jangan lupa sentiasa mohon perlindungan daripada yang maha esa, insyaAllah.

Cara hilangkan pijar tangan akibat potong cili
 

Cara hilangkan pijar tangan akibat potong cili | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang biasa potong cili, mesti dah biasa tangan rasa pijar kan. Rasa dia panas je. Kalau sekejap ok lah jugak, tapi lama juga rasa panas tu. Yang buatkan ianya jadi lebih haru, tangan yang pijar tu pergi gosok hidung atau sensitive area, bertambah haru biru jadinya kan. Hehehe

Baiklah, hari ini aku nak kongsikan cara atau petua lah untuk hilangkan rasa pijar selepas potong cili tu. Semoga lepas ini, tangan kita dah tak pijar la ye.

Sebenarnya, mudah sahaja nak hilangkan cara pijar tangan akibat potong cili tu. Cara pertama yang korang boleh guna adalah, Selepas sahaja korang potong cili, korang ambil minyak masak dan lumur pada tangan yang pijar tu.

Biarkan seketika, kemudian ambil sabun dan gosok tangan korang. Biarkan sampai berbuih kemudian basuh dengan air bersih. insyaAllah, rasa pijar tangan korang tu akan hilang dengan cepat.

Cara kedua yang boleh digunakan adalah menggunakan asam jawa, cuka atau lemon. Caranya sama, lumurkan dahulu pada tangan kemudian basuh.

Cara ketiga adalah dengan menggunakan ubat gigi. Ubat gigi ni kalau kita letak kat tangan, memang rasa sejuk kan? Apa kata, mereka yang rasa pijar pada tangan selepas potong cili tu, ambil ubat gigi dan sapukan pada tangan, biarkan seketika kemudian basuh.

Cara keempat guna ais. Bila tangan rasa pijar tu, ambil ais dan rendam dalam air. Kemudian rendamkan tangan korang dalam air tu. Biarkan seketika, rasa pijar tu akan hilang sedikit demi sedikit.

Dan cara terakhir, yang pasti berkesan adalah, gunakan sarung tangan. Sarung tangan nipis tu, yang warna putih tu. Ha, guna yang itu, sarung sahaja kemudian baru mula potong cili. Confirm tangan tak akan rasa pijar lagi. Hehehe.

 

pengeluaran I-sinar Kwsp Kategori 2

Masih belum bersinar | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh dikatakan, sana sini orang menyebut mengenai pengeluaran I-sinar Kwsp Kategori 2 ini kan? Ini selepas daripada permohonan yang mengambil masa yang sangat lama (pada aku) kemudian, diminta untuk tunggu selama 21 hari. Dan kemudiannya di minta untuk tunggu lagi 10 hari. Dan terbaru, dengan pengumuman kerajaan mengenai pemansuhan segala macam syarat & kriteria, khabarnya perlu menunggu sehingga bulan march 2021 pula.

Mengikut perkongsian, khabarnya keputusan I-sinar Kwsp Kategori 2 boleh disemak bermula 15 February 2021. Namun, mengikut daripada perkongsian di dalam group facebook pengeluaran isinar kataegori 2, katanya semua kelulusan akan diberikan bermula 8 march 2021.

Dalam kata mudahnya (ini daripada apa yang aku baca) mereka yang dah mohon awal dahulu, atau baru memohon pengeluaran isinar, semua keputusan boleh mula di semak bermula 8 march 2021 ini. Khabarnya pihak kwsp perlu menyemak semula dan ada penambahbaikan sistem berikutan dari pengumuman kerajaan tersebut.

Ini semacam tidak adil bagi aku. sebabnya, yang dah mohon awal, dah tunggu lama! Dan kini terpaksa pula tunggu sampai bulan 3? Ini bermakna hampir 3 bulan juga menunggu. Kalau mereka yang dah hujung-hujung nafas itu, tak tahulah jadi apa kan?

Bagi pengeluaran I-sinar Interim, boleh pula di masukkan secara auto dan cepat mengikut tarikh. Bagaimana pula dengan I-sinar Kwsp Kategori 2? Bukankah kerajaan telah mengatakan, yang pengeluaran ini kini tiada syarat dan sesiapa sahaja boleh memohon. Jadi, seharusnya, ianya juga akan jadi mudah juga kan?

Apa pun, masih terdapat persoalan yang mana, mereka yang dah mohon awal masih perlu menunggu berbanding mereka yang baru sahaja memohon tetapi sudah diluluskan. Malah dah terima pun bayaran pertama!

Nampaknya, sehingga ke hari artikel ini ditulis, masih belum nampak sinarnya lagi pengeluaran isinar kategori 2 ini. Semoga semuanya mudah dan cepat, dan tidak bertangguh lagi. Aminn.

Jenis vaksin covid yang digunakan di Malaysia

Jenis vaksin covid yang digunakan di Malaysia & soal jawab mengenai vaksin | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan mengenai vaksin untuk wabak covid yang sedang melanda dunia dan beberapa soal jawab mengenai vaksin ini. Ini memandangkan aku sendiri mempunyai beberapa persoalan dan banyak juga aku terbaca di facebook mengenai soal jawab vaksin covid ini.

Jenis vaksin covid yang digunakan di Malaysia

Untuk pengetahuan semua, vaksin yang dihasilkan adalah sebahagian atau daripada virus tersebut (kalau vaksin covid, ianya sememangnya datang daripada virus covid itu sendiri ya). Virus tersebut samada di lemahkan atau di matikan kemudian di hasilkan vaksin.

Dan setakat hari ini, vaksin yang akan digunakan di Malaysia adalah vaksin Pfizer keluaran negara Amerika syarikat.

Dan adakah vaksin ini akan mengubah DNA seseorang? Ini soalan yang kerap aku baca kerana banyak info yang dikongikan kata, vaksin ini akan mengubah DNA manusia.

Daripada info daripada laman web kementerian kesihatan:

Vaksin Comirnaty tidak boleh mengubah DNA atau genetik seseorang kerana mRNA tidak memasuki nucleus di dalam sel dan tidak akan bertindakbalas dengan DNA.

Golongan yang tidak sesuai menerima vaksin covid-19

Baik, rasanya semua dah tahu yang tidak semua akan menerima vaksin ini. Diantara mereka yang tidak sesuai adalah:

  • Mereka yang ada sejarah alahan atau alergi serius terhadap ubat ubatan atau makanan.
  • Mereka yang ada alahan atau alergi serius selepas terima dos pertama (pada aku kalau dah tahu ada alergi serius, elok jangan ambil terus dos pertama ini)
  • Mereka yang ada buat pemindahan organ, contohnya pemindahan buah pinggang atau sebagainya
  • Mereka yang sedang menjalani rawatan kanser.
  • Pengidap HIV
  • Ibu mengandung atau merancang untuk mengandung lagi.
  • Mereka yang sedang demam disebabkan jangkitan virus

Ini di antara senarai mereka yang tidak sesuai untuk terima vaksin covid ya. Dan korang boleh search senarai penuh dalam laman web kementerian kesihatan juga.

Apa pun, negara Malaysia akan terima vaksin ini pada hujung bulan februari ini. Sama-samalah kita lihat keberkesanan dan berharap agar dunia akan kembali seperti biasa,insyaAllah.


Ramai yang tertunggu –tunggu Tarikh 15 feb 2021? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan dan kesihatan. Sejak semalam, penuh cerita mengenai pengeluaran i-sinar tanpa syarat. Ini berikutan pengumuman terbaru daripada kementerian kewangan mengenai pemansuhan semua syarat tersebut. Dan kenapa ramai yang tertunggu tarikh 15 February 2021 ini?

Jawapannya adalah tidak lain dan tidak bukan, kerana sewaktu pengumuman tersebut, Malaysia dalam tempoh cuti perayaan tahun baru cina. Dan hari ini merupakan hari dimana, ramai yang menanti jawapan atau keputusan mengenai samada permohonan isinar mereka lulus atau tidak.

Jika ikutkan pada pengumuman lepas, boleh kata,sesiapa sahaja yang mohon, pasti akan lulus. Itu ikut pada bacaan aku la. Tapi selagi mana belum dapat apa-apa keputusan ataupun pengumuman terbaru daripada pihak kwsp atau kementerian kewangan sendiri, maka kita tak boleh nak rasa senang sangat.

Sebab apa? Sebab cuba tengok kes lepas, keputusan isinar yang dah lulus tiba tiba sahaja menjadi masih dalam proses. Dan sehingga ke hari ini, masih dalam proses. Langsung tiada apa apa khabar berita. Dan apa yang merisaukan lagi adalah, jika segelintir sahaja yang diluluskan. Itu pun menjadi kerisauan juga.

Pengeluaran isinar adalah hak sepenuhnya pencarum.

Selain daripada isu pengeluaran isinar, isu nak buat apa dengan duit isinar pun menjadi isu besar. Ada segelintir yang kurang senang dengan pengeluaran ini. Katanya mereka yang keluarkan duit ini nanti akan susah kelak pada masa hadapan.

Ada yang kata duit yang dikeluarkan nanti tidak akan digunakan dengan cara yang betul. Sebaliknya digunakan untuk beli benda yang tidak sepatutnya, contohnya beli sport rim kereta dan sebagainya.

Pada aku, itu adalah hak masing masing. Kerana yang dipotong gajinya setiap bulan adalah duit mereka. Bukan duit orang lain. Yang akan susah, mereka, bukan orang lain. Jadi mereka ada hak atas apa sahaja yang mereka inginkan.

Kita boleh beritahu, tapi kalau mereka tak mahu ikut, kita tak boleh nak buat apa la kan? Apa pun, tepuk dada, Tanya hati masing-masing.

Apa pun, semoga ada berita gembira mengenai pengeluaran isinar hari ini. Dan lebih menyinar jika duit isinar terus masuk hari ini. Aminnn. Hehehe.

 

Amalan dan kelebihan bulan rejab

Amalan dan kelebihan bulan rejab | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, kita dah memasuki bulan rejab. Ini juga menandakan tidak lama lagi, kita akan memasuki bulan Ramadan,insyaAllah. Selain bulan Ramadan, bulan rejab juga terkandung pelbagai kelebihannya. Hari ini, aku ingin kongsikan dengan semua, di antara kelebihan dan amalan yang boleh kita lakukan di dalam bulan rejab.

Baiklah,rejab adalah bulan ketujuh tahun hijrah dan ia merupakan di antara bulan haram iaitu bulan yang diharamkan peperangan dan pembunuhan. Menurut ulama, selain rejab, zulkaedah,zulhijah dan muharam juga merupakan empat bulan suci di dalam kalendar islam.

Amalan dan kelebihan bulan rejab

Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan ini adalah, setiap perkara akan di gandakan. Jika berbuat dosa, dosanya akan berganda. Jika berbuat kebaikan, pahalanya juga berganda.

Rejab juga dikatakan bulan untuk mengandakan pahala kerana setiap amal akan digandakan 70 kali oleh Allah swt.

Selain itu, di antara ibadah atau amalan yang boleh dilakukan di dalam bulan rejab adalah berpuasa sunat.

Rasulullah saw ada berpesan, bahawa ada lima malam yang mustajab berdoa, iaitu:

  • Malam pertama bulan rejab
  • Malam nisfu syaaban
  • Malam jumaat
  • Malam hari raya aidilfitri
  • Malam hari raya aidiladha

Dan ada 1 hadis yang menyatakan:

Aku melihat pada malam Mikraj sebatang sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih sejuk daripada air batu dan (baunya) lebih harum daripada kasturi.

"Aku bertanya kepada Jibrail: 'Ya Jibrail, untuk siapa ini?' Beliau berkata, 'Untuk mereka yang berselawat ke atasmu pada bulan Rejab'."

Di dalam bulan rejab juga kita digalakkan untuk berpuasa dan memperbanyakkan sedekah. Selain juga perbanyakkan juga berzikir dan solat sunat.

“Rejab adalah bulan yang mulia, kerana Allah swt akan melipatgandakan pahala kebajikan. Dan barang siapa yang berpuasa 1 hari di dalam bulan rejab, pahalanya seperti orang yang berpuasa selama setahun”

Dan sesiapa yang berpuasa selama 7 hari, nescaya akan ditutupkan pintu-pintu neraka buatnya.

Dan sesiapa yang berpuasa selama 10 hari, tiada ada yang diminta olehlah, melainkan akan diberikan oleh Allah.

Ganjaran buat mereka yang berpuasa pada bulan ini adalah akan diberikan kenikmatan di syurga dengan mendapat minuman dari sungai rajab. Airnya tersangat lazat tiada terkata.

Di dalam bulan rejab juga sangat digalakkan kita untuk beristighfar (70 kali) dan meminta ampun kepada Allah swt. Diantara waktu yang digalakkan adalah selepas subuh dan selepas solat isyak.

 

Status permohonan i-sinar bertukar daripada 21 hari kepada 10 hari

Status permohonan i-sinar bertukar daripada 21 hari kepada 10 hari | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Isu permohonan i-sinar memang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Semuanya gara-gara permohonan yang dah pun di luluskan kemudianya bertukar menjadi dalam proses permohonan. Kemudian ada juga isu yang mana, permohonan belum di luluskan, tetapi duit dah masuk akaun. Namun, yang lebih banyak diperkatakan sekarang adalah, Status permohonan i-sinar bertukar daripada 21 hari kepada 10 hari.

Permohonan aku sendiri pun dah berubah daripada 21 hari kepada 10 hari. Tetapi, dalam group facebook I-sinar kategori 2, ada yang masih dapat status 21 hari. Maknanya belum bertukar kepada 10 hari. Maka dengan itu, timbul lah pelbagai spekulasi mengenai, mereka yang dapat notis 10 hari ini, maknanya pemohonan mereka akan lulus dalam beberapa hari ini.

Namun, daripada bacaan aku, jangan terlalu mengharap kerana boleh jadi, ianya boleh berubah. Sama macam isu pemohonan yang dah pun lulus tiba tiba menjadi masih dalam proses permohonan itu.

Aku ada Tanya dengan beberapa rakan sekerja, rata rata daripada mereka dapat warna oren (maknanya dokumen tak lengkap dan perlu submit dokumen yang di minta oleh pihak kwsp). Belum ada rakan rakan sekerja yang dah dapat warna hijau (lulus) dan hampir kesemuanya berwarna biru (masih dalam proses).

Tapi, ramai yang menyatakan bahawa pasti ada sinar baru bilamana tengok status terbaru menteri kewangan yang mana beliau ada menyatakan kerajaan melihat kepada rungutan rakyat dan akan membuat penambahbaikan baru pada pemohonan i-sinar dengan kadar segera.

Ini juga boleh jadi dikuatkan dengan pelantikan baharu CEO kwsp bagi mengantikan “CEO lama kwsp”. Makanya ramai yang menaruh harapan yang tinggi dengan pengeluaran isinar ini.

Semoga semua pemohonan akan diluluskan dalam masa terdekat, insyaAllah.

 

Kenapa harga madu tualang mahal?

Kenapa harga madu tualang mahal? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru baru ini, aku ada tengok 1 video di facebook. Cerita pasal madu. Orang itu terangkan khasiat madu untuk manusia namun yang menarik perhatian aku adalah, kenapa madu tualang mahal dan sebab kenapa ianya sangat di cari orang.

Khasiat madu tualang asli

Al kisahnya kenapa madu ini sangat mahal adalah kerana kedudukannya yang tinggi. Pernah tengok sarang dan macamana cara orang nak ambil madu ini? Kalau sejenis yang gayat, tengok pokok tualang pun dah takut kan?

Lebah tualang ini di katakan sangat kuat kerana mampu untuk terbang tinggi. Dan semua pun tahu, lebah hanya mencari manisan yang terbaik sahaja untuk menghasilkan madu. Jadinya, dengan kekuatan lebah itu sendiri di tambah dengan kualiti manisan yang terbaik, maka tak hairanlah kenapa madu lebah tualang sangat mahal kan?

Nak makan madu lebah tualang pun ada caranya juga tau. Cara makan madu tualang ni, gunakan sudu plastik (jangan guna sudu besi ya) dan selepas sahaja ambil madu, kalau boleh jangan ambil apa-apa makanan dalam tempoh 2 jam. Ini untuk membolehkan khasiat madu itu tersebar ke seluruh tubuh badan kita.

Kenapa harga madu tualang mahal?

Cara membezakan madu tualang asli dan tiruan.

#1. Gunakan air kosong

Ambil segelas air kosong dan titiskan madu di dalamnya. Jika madu terus tenggelam, ianya adalah asli. Dan kata orang, kalau madu itu pecah pecah dan lambat turun, ianya berkemungkinan madu tiruan.

#2. Gunakan kertas putih

Titiskan madu di atas kertas putih. Jika madu asli, ianya akan kekal dengan bentuk yang sama. Dan jika ianya tiruan, korang boleh nampak macam kesan serapan dekat sekeliling madu itu. dan bentuknya juga akan berubah.

#3.  Larutkan di dalam air

Ambil secawan air, dan larutkan madu di dalam air tersebut. Jika warnanya keruh, ianya adalah madu asli, dan jika warnanya jernih, berkemungkinan ianya adalah tiruan

Oklah. Rasanya setakat itu sahaja info mengenai madu lebah tualang yang dapat aku kongsikan. Sebenarnya ada banyak lagi pilihan madu yang ada, cumanya bagi aku, aku lebih suka dengan madu lebah tualang.

 

Jatuh hati dengan Honda ADV 150 Malaysia

Jatuh hati dengan Honda ADV 150 Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru baru ni, Boon Siew Honda telah melancarkan model baharu mereka iaitu, Honda ADV 150. Model ini dah lama sebenarnya berada dalam pasaran jiran tertangga kita iaitu Indonesia. Adik kepada Honda XADV ini sememangnya ditunggu-tunggu ramai peminat termasuklah aku. Hehe.

Kalau nak di ikutkan, memang minat lagi XADV, tapi apakan daya, bab harga yang sedikit kalah tu. Dan sememangnya, aku dalam perancangan nak ambil motor baru selepas memikirkan, motor sedia ada ni dah berbelas tahun “berkhidmat”.

Mulanya plan nak ambil Yamaha nvx. Ini memang boleh dikatakan jadi trendlah sekarang ni dekat Malaysia kan. Kemudian ada dengar ura ura Honda ADV 150 nak masuk Malaysia, jadi holdkan dulu plan nak ambil NVX tu, tup tup, model ini dah dilancarkan dengan harga RM11,999 (Tidak termasuk cukai jalan dan insurans ya).

Jatuh hati dengan Honda ADV 150 Malaysia

Banyak juga aku baca feedback mengenai model ini, namun, apa yang aku boleh katakan adalah, Honda ADV 150 ini adalah motosikal Lifestyle. Gaya hidup. Bak kata wife aku (hari hari dia ulang sebenarnya) laju laju nak pergi mana? Hahaha. Oklah, jom kita tengok spec Honda ADV 150 Malaysia ini:

  • Boon siew beri jaminan dua tahun atau 20,000 kilometer.
  • Dikuasakan dengan enjin 150 cc liquid coolant dan digabungkan dengan PGM-FI combustion system dengan EURO4 compliance.
  • Sesuai untuk tunggangan harian mahupun jarak jauh (border bukak, boleh try ride sampai krabi, kalau ya, kalau) hahahaha.
  • Honda ADV 150 hadir dengan semua lampu LED dan meter LCD.
  • Ianya juga lengkap dengan Anti-lock Brake System dan Emergency Stop Alert (ESS). Juga didatangkan dengan Honda SMART Key.
  • Ketinggian motor ini adalah 165 milimeter (mm) dari jarak tanah.
  • Honda ADV 150 dilengkapi dengan suspension 130mm Showa dan 240mm wired brake disc pada bahagian tayar hadapan. Untuk belakang, dia pakai 220mm.
  • Model ini juga dilengkapi dengan Idling Stop System (ISS). Sistem ini berfungsi bila kita berhenti di traffic light contohnya. Engine akan mati dan bila kita nak bergerak semula, hanya perlu pusing throttle sahaja. Dan engine akan kembali hidup. Fungsinya adalah untuk menjimatkan minyak.
  • Bahagian bawah seat pula terdapat bahagian penyimpanan barang berkapasiti 27.8 liter.

Orait! rasanya aku dapat share setakat ini dahulu. Tunggu nanti motor aku keluar, kita cerita lagi pasal motor Honda ADV 150 Malaysia ini ya!

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ▼  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ▼  February (19)
      • 8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia!
      • Senarai tarikh bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BP...
      • Terima bayaran pertama daripada Google Adsense
      • Bayaran i-lestari kwsp di percepatkan
      • 8 penyakit dan penawarnya menurut islam
      • 3 bahan masakan yang boleh dijadikan perangkap lip...
      • 7 cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu
      • 9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelan...
      • Angin kuat dan sejuk mula melanda Malaysia
      • Cara hilangkan pijar tangan akibat potong cili
      • Masih belum bersinar
      • Jenis vaksin covid yang digunakan di Malaysia & so...
      • Ramai yang tertunggu –tunggu Tarikh 15 feb 2021?
      • Amalan dan kelebihan bulan rejab
      • Status permohonan i-sinar bertukar daripada 21 har...
      • Kenapa harga madu tualang mahal?
      • Jatuh hati dengan Honda ADV 150 Malaysia
      • Ramai yang tertunggu-tunggu keputusan I-sinar Kate...
      • Pengalaman pertama guna servis penghantaran ZTO Ex...
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates