8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia! | MrEjoy

8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia!

 

negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia

8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. InsyaAllah, tak lama lagi, semua umat islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan penuh rahmat, bulan Ramadan al Mubarak, insyaAllah. Bagi negara kita, Malaysia, tempoh berpuasa lebih kurang 13 jam. Bermula daripada sahur sehinggalah waktu berbuka. Namun tahukah anda, bahawa ada 9 negara yang mana tempoh berpuasanya lebih lama! Dan berikut merupakan 8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia!

Pada awalnya, bila masuk sahaja bulan Ramadan, boleh kata ramai yang berada di semenanjung nak berpindah duduk ke sabah dan Sarawak. Sebabnya sebelah sana buka puasa awal. Hehehe. Dan seperti biasa juga, waktu berbuka puasa sering menjadi carian utama sewaktu bulan Ramadan. Macam aku, aku akan cari waktu berbuka puasa bagi negeri Melaka dan waktu berbuka puasa bagi negeri kedah la, hihihi.

Tapi ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa, ada negara yang mana tempoh berpuasa dia lebih lama daripada kita yang berada di Malaysia ini. Kadang, aku sendiri terfikir, macamana mereka ini berpuasa. Namun, pastinya Allah lebih maha mengetahui dengan setiap apa yang berlaku di atas muka bumi.

Orait! cukup setakat itu, ayuh! Aku kongsikan 8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia!

#1. Belarus

Negara pertama dalam senarai adalah Belarus. Jika kita berada di negara ini, dan harus berpuasa di sini, tempoh untuk kita berpuasa adalah selama 19 jam. Lebih 6 jam daripada negara Malaysia.

#2. Russia.

Negara kedua pula adalah Russia. Negara kelahiran fighter khabib nurmagomedov. Negara ini juga punya penduduk beragama islam yang agak ramai juga. Dan tempoh berpuasa di negara ini juga sama dengan Belarus iaitu 19 jam.

#3. Alaska.

Seterusnya adalah Alaska. Waktu siang di sini adalah lebih kurang 20 jam. Ini bermaksud, waktu malam Cuma 4 jam sahaja. Dan ini membawa maksud, jika korang berada di sini dan berpuasa di Alaska, tempoh masanya adalah 20 jam. Lebih 7 jam daripada Malaysia.

#4. Sweden

Seterusnya adalah Sweden. Terletak di tengah-tengah, bersebelahan dengan Norway dan finland. Cantik negara ini, tah bila la boleh sampai kan?

Baik! Untuk Sweden, tempoh masa berpuasa di sini adalah sama dengan Alaska iaitu 20 jam.

#5. Norway.

Seterusnya dalam 8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia, adalah negara Norway. Disebabkan ianya bersebelahan dengan Sweden, maka tempoh masanya tidak lari jauh iaitu 20 jam.

#6. Greenland

Greenland atau tanah hijau. Greenland ni kalau nak tahu adalah pulau terbesar di dunia. Dan terletak di antara lautan artik dan atlantik. Dan walaupun nama negara ini adalah tanah hijau, namun hampir keseluruhan muka bumi di sini, diliputi salji/ais.

Baik, berapa tempoh masa berpuasa di sini? Jawapannya adalah 21 jam. Ahha! Lebih 8 jam daripada kita yang berada di Malaysia ya!

#7. Iceland

Kalau tadi, tanah hijau, sekarang kita berada di tanah ais pula iaitu Iceland. Negara dengan ibukota Reykjavik ini terkenal dengan glassier yang dilindungi di taman negara Vatnajökull dan Snæfellsjökull (macamana nak sebut ni?). teringin juga nak sampai sini dengan keluarga aku 1 hari nanti, insyaAllah.

Baik! Iceland. Berapa tempoh masa berpuasa di negara ini? Jawapannya adalah 22 jam! Lebih 1 jam daripada Greenland dan 9 jam daripada negara kita.

#8. Finland.

Dan akhir sekali adalah Finland! Berdekatan dengan Sweden, Norway dan Russia. Ibu kotanya adalah Helsinki. Banyak tarikan menarik disini. Banyak juga tempat sejarah yang boleh dilawati. Namun bukan itu yang aku nak kongsikan kali ini. Yang menjadi persoalan adalah berapa tempoh masa berpuasa di negara ini?

Dalam 8 negara dengan tempoh berpuasa paling lama di dunia, negara ini merupakan negara yang paling lama buat umat islam disana berpuasa iaitu selama 23 jam! Bayangkan, mereka perlu berpuasa selama 23 jam. Kalau cukup 1 jam lagi, 24 jam berpuasa!

Namun kuasa Allah menentukan segalanya kan? Pasti setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Baiklah, itu sahaja perkongsian aku tentang senarai negara dengan tempoh berpuasa paling lama didunia. Ketahuilah, banyak kelebihan yang bakal kita perolehi dengan berpuasa ini. Semoga Ramadan yang akan datang memberi kita lebih makna dan barokah, insyaAllah, aminnn.

 

 

Share:

0 comments