8 penyakit dan penawarnya menurut islam
8 penyakit dan penawarnya menurut islam | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Setiap ujian yang datang kepada kita adalah berbeza bagi setiap
makhluk Allah. Ada orang, hidupnya mewah, hatinya senang. Ada orang pula diuji
dengan hidup susah, hati yang tidak pernah tenang dan macam-macam lagi. Ada yang
kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.
Ada orang
yang sentiasa sabar dalam setiap ujian yang datang kepadanya. Ada orang yang
tidak mampu bersabar dan sering menyalahkan setiap perkara yang ada di dalam
hidupnya. Ketahuilah, di dalam setiap kesulitan pasti akan ada kemudahannya.
Berhentilah
mengeluh. Kerana setiap dari penyakit itu pasti ada penawarnya kecuali mati. Dan
hari ini, aku nak kongsikan dengan semua, 8
penyakit dan penawarnya menurut islam!
#1. Rezeki sempit
Jika rezeki
kita sempit, rasa susah sangat. Kadang dalam kocek tinggal RM1.00 sahaja. Dengan
pelbagai perkara nak kena beli. Percayalah, dengan hanya bersedekah,
insyaAllah, rezeki kita pasti akan jadi lancar selepas ini.
Memang sukar,
dengan apa yang tinggal dekat kita, nak sedekah pula pada orang lain, memang
sukar. Namun percayalah, sedekah itu yang membuatkan rezeki kita akan kembali
lancar, insyaAllah.
#2. Emosi terganggu, tidak stabil
Bercerita mengenai
emosi terganggu ni, kadang kita nampak serabut, nampak tak tentu arah. Kadang semua
benda tak kena, nak marah-marah sebab emosi kita tak stabil. Kusut.
Penawar kenapa
masalah ini adalah dengan mengambil wuduk dan sentiasa beristighfar. Kadang jiwa
kita kosong, itu penyebab kepada mudahnya syaitan menghasut.
Dengan
hanya kembali mengingat Allah dan mengisi ruang kosong dalam hati kita dengan
beristighfar,insyaAllah, emosi kita akan kembali tenang.
#3. Sakit.
Sakit ini
ada banyak, ada pelbagai jenis sakit. Namun, jika ianya adalah sakit yang
disebabkan oleh pemakanan, penawar yang terbaik adalah berpuasa.
Makanan memang
penting dalam kehidupan. Makan untuk hidup itu bagus, namun hidup untuk makan
pula harus di elakkan. Ini adalah kerana, banyak penyakit yang berpunca
daripada pemakanan kita.
Berpuasa ternyata
sangat bagus untuk tubuh badan kita. Itu sebabnya, semua penganut agama islam
diwajibkan berpuasa selama sebulan di dalam bulan Ramadan. Banyak khasiatnya
berpuasa untuk diri kita.
#4. Hati tak bahagia
Bahagia ini
kita boleh nampak dengan mata kasar. Kadang ada rakan-rakan yang kata diri
mereka sangat bahagia namun hakikatnya tidak. Bagaimana nak ubat hati yang
tidak bahagia?
Jawapannya adalah
dengan solat pada awal waktu. Bila kita dulukan yang Maha Esa, hati kita pasti
akan bahagia. Kita tak akan kusut dengan kehidupan dunia kerana kita dah jaga
hubungan kita dengan Yang maha pencipta.
#5. Hati sempit
Hati yang
sempit, atau rasa kosong juga adalah satu penyakit. Dalam 8 penyakit dan penawarnya menurut islam, hati yang sempit boleh
diubati dengan membaca Al-Quran.
Al-quran
yang kita baca dan kerap dampingi akan menjadi “kawan baik” kita kelak di dalam
kubur. Banyak kebaikan yang bakal kita perolehi jika kita kerap membaca
Al-Quran. Jika tak tahu membaca, usahakan untuk belajar, kerana tiada yang
terlambat selagi mana ajal kita belum sampai.
#6. Tekanan/stress
Stress
boleh jadi daripada pelbagai sebab. Dan tekanan yang tidak diuruskan secara
baik boleh membawa kepada kematian. Tidak dinafikan, dalam keadaan sekarang,
ramai yang tertekan. Namun, berusahalah untuk mengubatinya dengan kerap membaca
Lahaula wala quwwata illa billah,
insyaAllah, akan dipermudahkan oleh Allah.
#7. Wajah tak berseri
Wajah nampak
kusam? Nampak kusut? Tak berseri? Jawapannya adalah, keraplah bertahajjud. Tak perlu
pakai produk yang mahal-mahal, Cuma guna air sahaja. Lihat wajah para ulama. Berseri-seri
sahaja wajah mereka. Hati yang melihat pun jadi tenang.
Namun, tak
semua mampu meninggalkan katil yang empuk, tidur yang lena hanya untuk
bertahajjud. Jika anda salah seorang yang kerap solat mala mini, sesungguhnya
ada manusia yang hebat!
#8. Gelisah
Dan akhir
sekali, dalam 8 penyakit dan penawarnya
menurut islam, hati yang gelisah. Jika anda sentiasa gelisah, ubatnya
hanyalah sentiasa berdoa kepada Allah dan kerap beriadah. Hentikan focus pada 1
perkara sahaja (contohnya kerja). Ambil masa
untuk beriada dan sentiasa berdoa kepada Allah, insyaAllah, diri kita akan
kembali tenang.
0 Comments