9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050
9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam
menjelang tahun 2050
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak mengusarkan juga bila terbaca
mengenai cerita ini. Khabarnya kadar peningkatan air laut bakal menengelamkan 9
bandar utama di Malaysia menjelang tahun 2050. Kalau kita tengok negara jiran
kita, Indonesia, mereka dah pun pindahkan ibunegara mereka iaitu Jakarta ke
kalimatan. Ini berkemungkinan juga dengan kadar peningkatan paras air laut.
Suhu global
yang semakin meningkat menjadi punca kepada pencairan ais di kutub utara,
sekaligus menyebabkan paras air laut meningkat. Daripada bacaan aku juga, khabarnya keadaan cuaca yang jarang
hujan menyebabkan air sungai menjadi kurang/kering juga menjadi penyebab kepada
peningkatan air laut.
9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050
Baik,
berbalik kepada cerita 9 bandar tersebut adalah di Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak. Ini adalah kerana
lokasi ini berada di bawah paras air laut.
Aku kongsikan gambar di bawah. Warna merah di khabarkan bakal tenggelam menjelang tahun 2050 nanti.
#1. Kedah
Ini adalah
lokasi di Malaysia. Dan bukan sahaja Malaysia yang akan mengalami perkara ini,
banyak juga negara lain yang akan terkesan dan mungkin juga ada negara yang
akan hilang daripada peta dunia.
Apa pun,
ini adalah ramalan dan kajian berdasarkan keadaan semasa. Mengikut kepada
tempoh masa, banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk menjaga alam. Di antara
yang paling penting, hentikan penerokaan hutan dan hentikan projek melandaikan
bukit bukau yang ada di Malaysia ini. Sama-samalah kita menjaga bumi demi
kesejahteraan semua.
1 comments
itulah pentingnya menjaga alam sekitar dan mengurangkan penerokaan hutan secara berleluasan. semoga kita masih mampu mengatasinya
ReplyDelete