Amalan dan kelebihan bulan rejab
Amalan dan kelebihan bulan rejab | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, kita dah memasuki bulan rejab. Ini juga menandakan
tidak lama lagi, kita akan memasuki bulan Ramadan,insyaAllah. Selain bulan Ramadan,
bulan rejab juga terkandung pelbagai kelebihannya. Hari ini, aku ingin
kongsikan dengan semua, di antara kelebihan dan amalan yang boleh kita lakukan
di dalam bulan rejab.
Baiklah,rejab
adalah bulan ketujuh tahun hijrah dan ia merupakan di antara bulan haram iaitu
bulan yang diharamkan peperangan dan pembunuhan. Menurut ulama, selain rejab, zulkaedah,zulhijah
dan muharam juga merupakan empat bulan suci di dalam kalendar islam.
Amalan dan kelebihan bulan rejab
Di antara
kelebihan yang terdapat di dalam bulan ini adalah, setiap perkara akan di
gandakan. Jika berbuat dosa, dosanya akan berganda. Jika berbuat kebaikan,
pahalanya juga berganda.
Rejab juga
dikatakan bulan untuk mengandakan pahala kerana setiap amal akan digandakan 70
kali oleh Allah swt.
Selain itu,
di antara ibadah atau amalan yang boleh dilakukan di dalam bulan rejab adalah
berpuasa sunat.
Rasulullah saw
ada berpesan, bahawa ada lima malam yang mustajab berdoa, iaitu:
- Malam pertama bulan rejab
- Malam nisfu syaaban
- Malam jumaat
- Malam hari raya aidilfitri
- Malam hari raya aidiladha
Dan ada 1
hadis yang menyatakan:
Aku melihat
pada malam Mikraj sebatang sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan
lebih sejuk daripada air batu dan (baunya) lebih harum daripada kasturi.
"Aku bertanya kepada Jibrail: 'Ya Jibrail, untuk siapa ini?' Beliau berkata, 'Untuk mereka yang berselawat ke atasmu pada bulan Rejab'."
Di dalam
bulan rejab juga kita digalakkan untuk berpuasa dan memperbanyakkan sedekah. Selain
juga perbanyakkan juga berzikir dan solat sunat.
“Rejab
adalah bulan yang mulia, kerana Allah swt akan melipatgandakan pahala
kebajikan. Dan barang siapa yang berpuasa 1 hari di dalam bulan rejab,
pahalanya seperti orang yang berpuasa selama setahun”
Dan sesiapa
yang berpuasa selama 7 hari, nescaya akan ditutupkan pintu-pintu neraka
buatnya.
Dan sesiapa
yang berpuasa selama 10 hari, tiada ada yang diminta olehlah, melainkan akan
diberikan oleh Allah.
Ganjaran buat
mereka yang berpuasa pada bulan ini adalah akan diberikan kenikmatan di syurga
dengan mendapat minuman dari sungai rajab. Airnya tersangat lazat tiada
terkata.
Di dalam bulan rejab juga sangat digalakkan kita untuk beristighfar (70 kali) dan meminta ampun kepada Allah swt. Diantara waktu yang digalakkan adalah selepas subuh dan selepas solat isyak.
1 comments
Senoga kita semua dapat peroleh kebaikkan di bulan rejab
ReplyDelete