Angin kuat dan sejuk mula melanda Malaysia
Angin kuat dan sejuk mula melanda Malaysia | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Rasanya dah 2 ke 3 hari juga rasa sejuk je. Siang dengan malam. Angin Sejuk yang Melanda Malaysia ni
rasanya tiap tahun pun sama sahaja, tapi kali ini punya sejuk lain macam. Bila lain
macam itu, mulalah pelbagai teori keluar dan salah satunya pasti Angin Sejuk Tanda Kiamat!
Semalam juga
tersebar cerita mengenai cuaca sejuk melampau yang kini melanda texas. Daripada
gambar-gambar yang dikongsikan, rasa risau itu menebal di dalam hati. Manakan tidak,
anjing sampai beku akibat cuaca sejuk melampau tu. Yang paling aku risaukan
adalah, bagaimana nasib “homeless” dekat sana.
Berbalik kepada
cerita Angin Kuat Di Melaka sekarang
ini, kuatnya tu, boleh kata “bergoyang” jugalah aku atas motosikal. Dah la
kuat, di tambah dengan angin sejuk lagi, maka bertambah-tambah la jadinya aku
atas motor tu. Memang kurang fokus atas jalan jadinya. Cuma nasib baik,
sekarang kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),
jadinya kurang sikit kenderaan atas jalan.
Sedikit aku
nak kongsikan cerita mengenai Angin
Sejuk Sebelum Kiamat ni. Bila cerita ini kembali tersebar, rasa takut itu
memang menebal. Mengikut perkongsian, di antara tanda-tanda kecil kiamat adalah
“Diutusnya Angin Yang Lembut Mencabut Ruh Orang Beriman”.
Ada satu masa,
akan diutuskan angin lembut untuk mencabut roh orang orang yang beriman. Dan selepas
daripada itu, tidak akan kedengaran lagi mereka yang selalu menyebut nama
Allah. Cuma mereka yang jahil sahaja yang tinggal. Dan apabila sampai saat itu,
maka terjadilah kiamat.
Angin Yang
Lembut Mencabut Ruh Orang Beriman ini dikatakan lebih lembut daripada sutera. Ini
adalah kerana, Allah berikan kemuliaan kepada hamba-hambanya yang beriman dalam
zaman yang penuh dengan fitnah dan kejelekan.
Seperti hadis
an-Nawwas bin Sam’an:
“Tiba-tiba saja Allah mengutus angin yang lembut, sehingga (angin tersebut) mengambil (mewafatkan) mereka dari bawah ketiak-ketiak mereka, lalu diambillah setiap ruh mukmin dan muslim, dan yang tersisa hanyalah manusia yang paling durjana. Mereka menggauli wanita-wanita mereka secara terang-terangan bagaikan keledai, maka kepada merekalah Kiamat akan terjadi.”
Ini sedikit
selingan mengenai Angin Sejuk Tanda
Kiamat. Kalau kita lihat sekarang, ramai ulama yang telah kembali kepada
Allah. Boleh jadi juga ianya sudah sampai ajalnya. Namun yang lebih menakutkan,
jika benar angin sejuk ini adalah petandanya.
Apa pun,
perbaiki diri. Jika masih banyak kekurangan, perbaiki segera. Tambahkan amal
dan tinggalkan dosa. Juga persiapkan diri dan keluarga untuk berhadapan dengan
cuaca sejuk yang kini melanda Malaysia. Di dalam negara masih berhadapan dengan
wabak covid, kita juga perlu berhadapan dengan cuaca sejuk.
Bila cuaca
sejuk ni, pelbagai penyakit timbul. Jadi persiapkan diri dan keluarga dengan
pelbagai perlindungan. Dan jangan lupa sentiasa mohon perlindungan daripada
yang maha esa, insyaAllah.
0 Comments