Bayaran i-lestari kwsp di percepatkan
Bayaran i-lestari kwsp di percepatkan | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, kerana bayaran bulanan I-lestari kwsp dipercepatkan. Khabarnya
ada yang dah terima pada 19 februari 2021 lepas. Macam aku, baru hari ini aku
terima bayaran tersebut, apa pun alhamdulilah, syukur.
Biasanya,
aku terima bayaran ini pada 3hb pada setiap bulan. Jadinya, selepas dapat gaji
bulanan pekerjaan, dapat pula duit i-lestari, itu juga rezeki kan. Kemudian,
pada bulan ini, dapat pula lebih awal, jadinya, dapatlah tambah barang-barang
dapur yang mana dah kurang tu.
Dan sekarang,
selain daripada pembayaran i-lestari, pastinya ramai yang tertunggu-tunggu
bayaran bagi i-sinar pula. Selepas sahaja pengumuman pengeluaran i-sinar kini
tanpa syarat oleh kerajaan, ramai yang mengucapkan syukur. Namun, kwsp telah
mengeluarkan kenyataan bahawa segala proses akan bermula pada 8 mac 2021.
Selepas menunggu
hampir berbulan-bulan, kini semuanya perlu menunggu sehingga 8 mac depan bagi “keputusan”
pembayaran. Ini juga menjadi sedikit kegusaran yang mana takut juga jika
bayaran bagi kategori 2 i-sinar akan mengambil masa yang lebih lama pula.
Pembayaran fasa
1 BPR juga dikhabarkan akan mula dibayar pada penghujung bulan February 2021
ini.
Bagi mereka
yang layak, seharusnya ini akan menjadi sedikit bantuan buat mereka di kala
ekonomi yang tidak menentu sekarang. Buat mereka yang punya anak-anak yang akan
memulakan persekolahan awal bulan mac ini, harapannya agar bantuan BPR ini
dapat meringgankan sedikit perbelanjaan mereka.
Apa pun,
boleh dikatakan banyak bantuan yang akan diterima rakyat Malaysia dalam masa
terdekat ini. Semoga ianya akan diuruskan dengan baik dan semoga segala urusan
kalian dipermudahkan oleh yang maha esa. Dan mari kita sama-sama berdoa agar
wabak yang kini melanda Malaysia akan hilang dalam masa terdekat ini, aminnn.
0 Comments