Cara hilangkan pijar tangan akibat potong cili
Cara hilangkan pijar tangan akibat potong cili | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Siapa yang biasa potong cili, mesti dah biasa tangan rasa pijar kan.
Rasa dia panas je. Kalau sekejap ok lah jugak, tapi lama juga rasa panas tu. Yang
buatkan ianya jadi lebih haru, tangan yang pijar tu pergi gosok hidung atau sensitive
area, bertambah haru biru jadinya kan. Hehehe
Baiklah,
hari ini aku nak kongsikan cara atau petua lah untuk hilangkan rasa pijar
selepas potong cili tu. Semoga lepas ini, tangan kita dah tak pijar la ye.
Sebenarnya,
mudah sahaja nak hilangkan cara pijar tangan
akibat potong cili tu. Cara pertama yang korang boleh guna adalah, Selepas sahaja
korang potong cili, korang ambil minyak masak dan lumur pada tangan yang pijar
tu.
Biarkan seketika,
kemudian ambil sabun dan gosok tangan korang. Biarkan sampai berbuih kemudian
basuh dengan air bersih. insyaAllah, rasa pijar tangan korang tu akan hilang
dengan cepat.
Cara kedua
yang boleh digunakan adalah menggunakan asam jawa, cuka atau lemon. Caranya sama,
lumurkan dahulu pada tangan kemudian basuh.
Cara ketiga
adalah dengan menggunakan ubat gigi. Ubat gigi ni kalau kita letak kat tangan,
memang rasa sejuk kan? Apa kata, mereka yang rasa pijar pada tangan selepas
potong cili tu, ambil ubat gigi dan sapukan pada tangan, biarkan seketika
kemudian basuh.
Cara keempat
guna ais. Bila tangan rasa pijar tu, ambil ais dan rendam dalam air. Kemudian rendamkan
tangan korang dalam air tu. Biarkan seketika, rasa pijar tu akan hilang sedikit
demi sedikit.
Dan cara
terakhir, yang pasti berkesan adalah, gunakan sarung tangan. Sarung tangan
nipis tu, yang warna putih tu. Ha, guna yang itu, sarung sahaja kemudian baru
mula potong cili. Confirm tangan tak akan rasa pijar lagi. Hehehe.
0 Comments