7 cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu
7 cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih di berikan kesempatan dan kesihatan yang baik
sehingga hari ini, alhamdulilah. Baik, banyak kebaikan yang bakal kita perolehi
apabila kita sentiasa solat awal waktu. Namun hari ini, aku nak kongsikan 7
cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu. Semoga ianya menjadi kebaikan buat
kita semua, insyaAllah.
7 cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu
#1. Latih
diri hentikan kerja tanpa alasan
Baik,
perkara pertama yang perlu kita buat adalah, hentikan semua kerja apabila masuk
waktu solat. Seringkali, kita akan dahulukan kerja kita, dan apabila siap,
barulah kita solat. Dan samada kita perasan atau tidak, kita akan sentiasa
dibebani oleh kerja dan akan menjadi lebih penat.
Solat 5
waktu umpama rehat untuk kita. Seperti mana kita perlu cas gadget kita, seperti
itu jugalah kita perlu cas diri kita dengan solat.
Apabila
kita terus berhenti daripada semua aktiviti dan teruskan solat, diri kita akan
kembali segar sekaligus akan buatkan kita lebih bersemangat untuk bekerja.
#2. Jadikan
waktu solat sebagai sebuah temujanji
Apabila kita
ada temujanji dengan sesiapa, doktor mungkin, atau berjumpa client, atau dengan
sesiapa sahaja, kita mesti akan sampai tepat pada waktunya kan? Kenapa? Kerana kita
merasakan ianya sangat penting, boleh jadi kalau lewat, kita mungkin akan
terlepas peluang baik.
Tapi pentingkan
mereka lebih daripada Tuhan yang maha Esa? Yang menciptakan kita semua?
Bagaimana kita
lebih mementingkan manusia, seperti itulah kita perlu dahulu Allah. Mulai hari
ini, jadikan waktu solat sebagai sebuah temujanji
#3. Tetapkan
reminder waktu solat.
Seterusnya,
dalam 7 cara mudah Menunaikan solat pada
awal waktu adalah dengan menetapkan reminder. Boleh jadi, setiap kali waktu
solat, akan kedengaran azan di gadget kita. Dengan cara ini juga mampu menjadikan
kita untuk solat di awal waktu.
#4. Tampal peringatan
di lokasi kita banyak berada.
Kalau di
meja office, letak peringatan di situ. Jika di bahagaian production, lekat di
kawasan yang mudah kita lihat. Pendek kata, di kawasan yang kerap atau lama kita
berada.
Jenis peringatan,
kalau boleh, bila kita nampak atau baca, kita akan terus berhenti lakukan apa
sahaja kerja dan bergegas untuk solat.
Contohnya,
letak perumpamaan gambar mayat yang diseksa kerana tidak solat (contoh) atau
mungkin, boleh letakkan ayat seperti ini:
Ada jutaan manusia yang berada di dalam kubur
ingin dihidupkan kembali hanya untuk bersujud kepada Allah.
#5. Berkawan
dengan mereka yang tidak lewatkan solat.
Mulai hari
ini, lihat dengan siapa kita berkawan. Jika kesemua kawan-kawan kita tidak
bersolat, boleh jadi kita juga nanti akan tinggalkan solat. Jika kita berkawan
dengan mereka yang sangat menjaga solat, kita juga pasti akan sentiasa menjaga
solat.
Mulai hari
ini, lihat dengan siapa kita berkawan.
#6. Jadikan
solat sebagai polisi utama.
Mulai hari
ini, cuba kita sama-sama jadikan solat sebagai polisi utama. Jadikan sesuatu
yang sangat penting. Jadikan target dalam hidup. Seperti mana kita target nak
dapat income RM1,000,000 sebulan. Atau target nak dapat kereta mewah, nak beli
rumah besar. Begitu jugalah halnya dengan solat.
Jadikan solat
awal waktu sebagai target yang kita nak capai.
#7. Solat
berjemaah di masjid
Dan akhir
sekali, solat Jemaah di masjid. Solat berJemaah besar pahalanya. Berbanding dengan
solat bersendirian. “keseronokan” berjemaah ini hanya dapat dirasai bila kita
solat bersama-sama. Susah nak digambarkan dengan kata-kata. Jadi, apa kata,
bermula hari ini, kita sama-sama target untuk sentiasa solat berjemaah, ok?
Baiklah, itu 7 cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu. Semoga ianya menjadi panduan agar kita menjadi di antara mereka yang solat di awal waktu. insyaAllah, aminnn.
0 Comments