Jatuh hati dengan Honda ADV 150 Malaysia
Jatuh hati dengan Honda ADV 150 Malaysia | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Baru baru ni, Boon Siew Honda telah melancarkan model baharu mereka
iaitu, Honda ADV 150. Model ini dah lama sebenarnya berada dalam pasaran jiran
tertangga kita iaitu Indonesia. Adik kepada Honda XADV ini sememangnya
ditunggu-tunggu ramai peminat termasuklah aku. Hehe.
Kalau nak di
ikutkan, memang minat lagi XADV, tapi apakan daya, bab harga yang sedikit kalah
tu. Dan sememangnya, aku dalam perancangan nak ambil motor baru selepas
memikirkan, motor sedia ada ni dah berbelas tahun “berkhidmat”.
Mulanya plan
nak ambil Yamaha nvx. Ini memang boleh dikatakan jadi trendlah sekarang ni
dekat Malaysia kan. Kemudian ada dengar ura ura Honda ADV 150 nak masuk Malaysia,
jadi holdkan dulu plan nak ambil NVX tu, tup tup, model ini dah dilancarkan
dengan harga RM11,999 (Tidak termasuk cukai jalan dan insurans ya).
Banyak juga
aku baca feedback mengenai model ini, namun, apa yang aku boleh katakan adalah,
Honda ADV 150 ini adalah motosikal Lifestyle. Gaya hidup. Bak kata wife aku
(hari hari dia ulang sebenarnya) laju laju nak pergi mana? Hahaha. Oklah, jom
kita tengok spec Honda ADV 150 Malaysia ini:
- Boon siew beri jaminan dua tahun atau 20,000 kilometer.
- Dikuasakan dengan enjin 150 cc liquid coolant dan digabungkan dengan PGM-FI combustion system dengan EURO4 compliance.
- Sesuai untuk tunggangan harian mahupun jarak jauh (border bukak, boleh try ride sampai krabi, kalau ya, kalau) hahahaha.
- Honda ADV 150 hadir dengan semua lampu LED dan meter LCD.
- Ianya juga lengkap dengan Anti-lock Brake System dan Emergency Stop Alert (ESS). Juga didatangkan dengan Honda SMART Key.
- Ketinggian motor ini adalah 165 milimeter (mm) dari jarak tanah.
- Honda ADV 150 dilengkapi dengan suspension 130mm Showa dan 240mm wired brake disc pada bahagian tayar hadapan. Untuk belakang, dia pakai 220mm.
- Model ini juga dilengkapi dengan Idling Stop System (ISS). Sistem ini berfungsi bila kita berhenti di traffic light contohnya. Engine akan mati dan bila kita nak bergerak semula, hanya perlu pusing throttle sahaja. Dan engine akan kembali hidup. Fungsinya adalah untuk menjimatkan minyak.
- Bahagian bawah seat pula terdapat bahagian penyimpanan barang berkapasiti 27.8 liter.
Orait!
rasanya aku dapat share setakat ini dahulu. Tunggu nanti motor aku keluar, kita
cerita lagi pasal motor Honda ADV 150 Malaysia ini ya!
0 Comments