Jenis vaksin covid yang digunakan di Malaysia & soal jawab mengenai vaksin
Jenis vaksin covid yang digunakan di Malaysia &
soal jawab mengenai vaksin | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan
mengenai vaksin untuk wabak covid yang sedang melanda dunia dan beberapa soal
jawab mengenai vaksin ini. Ini memandangkan aku sendiri mempunyai beberapa
persoalan dan banyak juga aku terbaca di facebook mengenai soal jawab vaksin
covid ini.
Jenis vaksin covid yang digunakan di Malaysia
Untuk
pengetahuan semua, vaksin yang dihasilkan adalah sebahagian atau daripada virus
tersebut (kalau vaksin covid, ianya sememangnya datang daripada virus covid itu
sendiri ya). Virus tersebut samada di lemahkan atau di matikan kemudian di
hasilkan vaksin.
Dan setakat
hari ini, vaksin yang akan digunakan di Malaysia adalah vaksin Pfizer keluaran
negara Amerika syarikat.
Dan adakah
vaksin ini akan mengubah DNA seseorang? Ini soalan yang kerap aku baca kerana
banyak info yang dikongikan kata, vaksin ini akan mengubah DNA manusia.
Daripada info
daripada laman web kementerian kesihatan:
Vaksin Comirnaty tidak boleh mengubah DNA atau genetik seseorang kerana mRNA tidak memasuki nucleus di dalam sel dan tidak akan bertindakbalas dengan DNA.
Golongan yang tidak sesuai menerima vaksin
covid-19
Baik,
rasanya semua dah tahu yang tidak semua akan menerima vaksin ini. Diantara mereka
yang tidak sesuai adalah:
- Mereka yang ada sejarah alahan atau alergi serius terhadap ubat ubatan atau makanan.
- Mereka yang ada alahan atau alergi serius selepas terima dos pertama (pada aku kalau dah tahu ada alergi serius, elok jangan ambil terus dos pertama ini)
- Mereka yang ada buat pemindahan organ, contohnya pemindahan buah pinggang atau sebagainya
- Mereka yang sedang menjalani rawatan kanser.
- Pengidap HIV
- Ibu mengandung atau merancang untuk mengandung lagi.
- Mereka yang sedang demam disebabkan jangkitan virus
Ini di
antara senarai mereka yang tidak sesuai untuk terima vaksin covid ya. Dan korang
boleh search senarai penuh dalam laman web kementerian kesihatan juga.
Apa pun,
negara Malaysia akan terima vaksin ini pada hujung bulan februari ini. Sama-samalah
kita lihat keberkesanan dan berharap agar dunia akan kembali seperti
biasa,insyaAllah.
0 Comments