Kenapa harga madu tualang mahal?
Kenapa harga madu tualang mahal? | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Baru baru ini, aku ada tengok 1 video di facebook. Cerita pasal
madu. Orang itu terangkan khasiat madu untuk manusia namun yang menarik
perhatian aku adalah, kenapa madu
tualang mahal dan sebab kenapa ianya sangat di cari orang.
Khasiat madu tualang asli
Al kisahnya
kenapa madu ini sangat mahal adalah kerana kedudukannya yang tinggi. Pernah tengok
sarang dan macamana cara orang nak ambil madu ini? Kalau sejenis yang gayat,
tengok pokok tualang pun dah takut kan?
Lebah tualang
ini di katakan sangat kuat kerana mampu untuk terbang tinggi. Dan semua pun
tahu, lebah hanya mencari manisan yang terbaik sahaja untuk menghasilkan madu. Jadinya,
dengan kekuatan lebah itu sendiri di tambah dengan kualiti manisan yang
terbaik, maka tak hairanlah kenapa madu lebah tualang sangat mahal kan?
Nak makan
madu lebah tualang pun ada caranya juga tau. Cara makan madu tualang ni, gunakan sudu plastik (jangan guna sudu
besi ya) dan selepas sahaja ambil madu, kalau boleh jangan ambil apa-apa
makanan dalam tempoh 2 jam. Ini untuk membolehkan khasiat madu itu tersebar ke
seluruh tubuh badan kita.
Cara membezakan madu tualang asli dan tiruan.
#1. Gunakan
air kosong
Ambil segelas
air kosong dan titiskan madu di dalamnya. Jika madu terus tenggelam, ianya
adalah asli. Dan kata orang, kalau madu itu pecah pecah dan lambat turun, ianya
berkemungkinan madu tiruan.
#2. Gunakan
kertas putih
Titiskan madu
di atas kertas putih. Jika madu asli, ianya akan kekal dengan bentuk yang sama.
Dan jika ianya tiruan, korang boleh nampak macam kesan serapan dekat sekeliling
madu itu. dan bentuknya juga akan berubah.
#3. Larutkan di dalam air
Ambil secawan
air, dan larutkan madu di dalam air tersebut. Jika warnanya keruh, ianya adalah
madu asli, dan jika warnanya jernih, berkemungkinan ianya adalah tiruan
Oklah. Rasanya
setakat itu sahaja info mengenai madu lebah tualang yang dapat aku kongsikan. Sebenarnya
ada banyak lagi pilihan madu yang ada, cumanya bagi aku, aku lebih suka dengan
madu lebah tualang.
0 Comments