Masih belum bersinar
Masih belum bersinar | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Boleh dikatakan, sana sini orang menyebut mengenai pengeluaran I-sinar
Kwsp Kategori 2 ini kan? Ini selepas daripada permohonan yang mengambil masa
yang sangat lama (pada aku) kemudian, diminta untuk tunggu selama 21 hari. Dan kemudiannya
di minta untuk tunggu lagi 10 hari. Dan terbaru, dengan pengumuman kerajaan
mengenai pemansuhan segala macam syarat & kriteria, khabarnya perlu
menunggu sehingga bulan march 2021 pula.
Mengikut perkongsian,
khabarnya keputusan I-sinar Kwsp
Kategori 2 boleh disemak bermula 15 February 2021. Namun, mengikut daripada
perkongsian di dalam group facebook pengeluaran isinar kataegori 2, katanya
semua kelulusan akan diberikan bermula 8 march 2021.
Dalam kata
mudahnya (ini daripada apa yang aku baca) mereka yang dah mohon awal dahulu,
atau baru memohon pengeluaran isinar,
semua keputusan boleh mula di semak bermula 8 march 2021 ini. Khabarnya pihak
kwsp perlu menyemak semula dan ada penambahbaikan sistem berikutan dari
pengumuman kerajaan tersebut.
Ini semacam
tidak adil bagi aku. sebabnya, yang dah mohon awal, dah tunggu lama! Dan kini
terpaksa pula tunggu sampai bulan 3? Ini bermakna hampir 3 bulan juga menunggu.
Kalau mereka yang dah hujung-hujung nafas itu, tak tahulah jadi apa kan?
Bagi pengeluaran
I-sinar Interim, boleh pula di
masukkan secara auto dan cepat mengikut tarikh. Bagaimana pula dengan I-sinar Kwsp Kategori 2? Bukankah kerajaan
telah mengatakan, yang pengeluaran ini kini tiada syarat dan sesiapa sahaja
boleh memohon. Jadi, seharusnya, ianya juga akan jadi mudah juga kan?
Apa pun,
masih terdapat persoalan yang mana, mereka yang dah mohon awal masih perlu
menunggu berbanding mereka yang baru sahaja memohon tetapi sudah diluluskan. Malah
dah terima pun bayaran pertama!
Nampaknya,
sehingga ke hari artikel ini ditulis, masih belum nampak sinarnya lagi
pengeluaran isinar kategori 2 ini. Semoga semuanya mudah dan cepat, dan tidak
bertangguh lagi. Aminn.
0 Comments