Pengalaman pertama guna servis penghantaran ZTO Express
Pengalaman pertama
guna servis penghantaran ZTO Express | Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya tak ramai atau mungkin boleh jadi aku sahaja yang belum tahu mengenai
servis penghantaran yang ditawarkan oleh ZTO Express ni. Kalau sebelum ini,
kita lebih familiar dengan servis pos laju dan J&T. Dan baru-baru ini, aku
ada beli barang, dan penghantar menggunakan servis ini dan ini adalah review jujur
aku mengenai Pengalaman pertama guna servis penghantaran ZTO Express!
Baik! Sebelum itu, ZTO Express ini adalah courier yang
berpusat di china. Bermula sejak 8 may 2002 dan syarikat ini menyediakan pelbagai
jenis perkhidmatan ekspres, logistik dan E-Dagang. Dan kalau kita tengok
website ZTO express ni, Ya! Boleh dikatakan syarikat ini boleh tahan besar
juga.
Namun di Malaysia, ianya pastinya baru dan tak semua orang
tahu lagi mengenai syarikat ini. Aku sendiri pun, bila di beritahu penjual yang
mereka menggunakan ZTO Express, jadi tertanya-tanya. Servis mana pula ni? Macam
pelik je! Ha, itu reaksi pertama aku.
Aku sebenarnya tak kisah sangat dengan servis apa pun yang
penjual guna asalkan barang yang aku beli tiba dengan selamat.
Nak dijadikan cerita, penjual dah hantar 2 barang kepada
aku. Satu guna servis J&T dan satu lagi guna servis ZTO Express. Yang J&T
tu barang salah (yang sepatutnya dihantar kepada orang lain) dan barang ini
dihantar hari yang sama.
Dan kedua-dua barang ini di hantar pada tarikh 29 januari
2021. Hebatnya J&T ini adalah, barang yang dihantar penjual (daripada Kuala
Lumpur ke Melaka) sampai ke tangan aku pada 30 januari 2021! Hari ini pos, esok
sampai! Hebat betul. Namun yang tak menjadikan ianya tidak hebat adalah, ianya
bukan barang aku.
Dan mengikut pada tracking ZTO Express pula, barang dah tiba
di Melaka pada tarikh 30 januari 2021. Itu ada dalam tracking website. Namun lebih
menyedihkan adalah sehingga ke hari ini, 3 February 2021, aku masih belum
terima apa-apa bungkusan! Sedihnya!
Aku dah buat panggilan ke ZTO express cawangan krubong Melaka
bertanyakan akan hal ini. Dan daripada maklumat yang aku terima, servis
penghantaran mereka mengikut kawasan. Untuk semalam, mereka hanya buat
penghantaran di kawasan masjid tanah sahaja. Dan untuk hari ini, mereka ada
buat penghantaran ke alor gajah Melaka.
Dalam website mereka, ada makluman mengenai servis
penghantaran yang sedikit lewat disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan. Boleh
jadi juga, ini adalah syarikat baru dan boleh jadi juga, mereka tidak ramai
pada bahagian penghantaran.
Namun sejujurnya, aku sedikit kecewa bila perlu menunggu 3
hari untuk terima barang yang aku beli. Kan lebih seronok kalau hari ini pos,
esok terima barang. Sebab mana ada orang suka menunggu lama kan? Apa pun, aku
masih belum terima barang dan selepas terima nanti, aku tulis lagi mengenai
servis ini ya. Oraittt!
3 Comments
Samala saya , barang dah sampai melaka , tapi tak terima apa apa bungkusan jugak dah 9 hari erm .
ReplyDeleteFirst time seller guna kurier ni, xfamiliar sgt. Status, 23/11 out for delivery smpai ke sudah, 29/11 delivered tp brg tak diterima pun. Geram je rasa. Update dgn seller kat shopee chat, no response, message failed to sent. Dah la nak guna barang tu.
ReplyDeleteMacam situasi saya, sy cari FB kurier ni dekat area kawasan sy, kemudian sy message dan minta detail barang saya tu. sy tak kejarkan seller, tapi sy kejarkan kurier. sebab masalah pada mereka.
Delete