3 bahan masakan yang boleh dijadikan perangkap lipas di dalam kereta

by - February 19, 2021

 

perangkap lipas di dalam kereta

3 bahan masakan yang boleh dijadikan perangkap lipas di dalam kereta | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan cara mudah untuk perangkap lipas di dalam kereta. Benda seperti ini sepatutnya tak perlu la kan, yelah, kenapa sampai ada lipas dalam kereta kan? Mesti korang suka makan dalam kereta kemudian tak kemas betul-betul ni? Hehe. Oklah, jom aku kongsikan 3 bahan masakan yang boleh dijadikan perangkap lipas di dalam kereta!

Bila sebut bab lipas ni, memang tak semua orang suka. Jenis yang tak berani pun ada. Jenis nampak lipas dalam rumah macam nampak harimau je kejadiannya. Menjerit bagai nak rak! Yang lelaki pun, kadang sampai terkeluar suara perempuan kekdahnya! Aduhai!

Dan cubanya, mereka-mereka ini, waktu memandu kereta, tiba-tiba ada lipas terpancul! Ha, benda ini bukan jadi lawak lagi dah tapi boleh jadi seram! Kalau seekor keluar ok lagi, kalau banyak ekor? Takut lain jadinya nanti (tapi harapan aku tak jadi benda yang bukan-bukanlah ye).

Ok! Berbalik semula pada cerita 3 bahan masakan yang boleh dijadikan perangkap lipas di dalam kereta. Cara ini tersangatlah mudah dan sesiapa sahaja boleh buat. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  1. Marjerin
  2. Minyak masak (yang telah digunakan)
  3. Susu pekat manis

Cara nak buat:

Korang ambil 1 bekas yang besar kemudian masukkan kesemua bahan tadi di dalam bekas tersebut. Marjerin tu tak perlu hancurkan pun tak apa. Korang potong dadu pun ok. Kemudian letakkan bekas tersebut di dalam kereta dan biarkan semalaman.

Marjerin bertindak sebagai tarikan untuk lipas datang. Susu pekat manis pula bertindak sebagai perangkap dan minyak pulak bertindak untuk melemaskan lipas sekaligus membunuh lipas.

Bila dah dibiarkan semalaman, korang bolehlah periksa semula bekas tersebut. Kalau jenis yang takut lipas tu, mintalah tolong dengan sesiapa ya. Dan lagi satu, kalau seekor dua itu, ok lagi lah. Tapi kalau sekampung lipas dalam bekas tu, korang kenalah ubah tabiat korang, ok! Selamat mencuba!



You May Also Like

0 Comments