Ramai yang tertunggu-tunggu keputusan I-sinar Kategori 2

Ramai yang tertunggu-tunggu keputusan I-sinar
Kategori 2 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini ramai yang rasa tertipu
dengan KWSP bilamana keputusan i-sinar yang awalnya lulus telah bertukar
menjadi dalam proses semula. Katanya terdapat masalah teknikal yang menyebabkan
ianya jadi seperti itu. Dan kini, boleh kata ramai pemohon yang tertunggu-tunggu
keputusan I-sinar Kategori 2.
Daripada bacaan
aku di group facebook pemohonan I-sinar
kategori 2, rata-rata ramai yang tak puas hati. Kalau aku pun, aku akan
rasa tak puas hati. Pada malamnya, dapat keputusan lulus. Awal pagi, periksa
semula, katanya masih dalam proses. Masih belum jelas, bilakah tarikh yang
betul jika melihat kepada status pemohonan dalam masa 21 hari tersebut.
Ramai yang
membandingkan, mereka yang tidak layak dalam kategori 1, lulus dengan mudah. Ada
pula yang membandingkan dengan golongan T20 yang terang-terang bergaji besar,
boleh lulus dan B40, yang sememangnya bergaji kecil, berkira-kira jawapan,
samada pemohonan i-sinar ini lulus atau
tidak.
Dan baru
baru ini, keluar kenyataan yang menyatakan, rata-rata mereka dalam kelompo T20
menggunakan wang i-sinar untuk membeli emas atau saham. Manakala B40 pula,
berharap wang ini untuk digunakan bagi pembayaran hutang mahupun kelangsungan
hidup.
Apa yang membuatkan
aku jadi lebih tertarik adalah, ada orang yang kata:
“berusahalah, jangan nak harapkan bantuan sahaja! Jangan sikit-sikit tak ada duit, minta dengan kerajaan, minta nak keluarkan duit kwsp”
Aku sendiri
tak faham bila mana mereka kata minta dengan kerajaan. Walhal duit kwsp
tersebut duit rakyat yang dipotong tiap bulan. Macamana kata duit kerajaan?
Apa pun,
masih ramai yang menanti jawapan samada pemohonan mereka lulus atau tidak. Dan aku
berharap sangat agar semuanya lulus. Kerana masing-masing pastinya ada urusan
yang ingin diselesaikan. Sama-samalah kita tunggu.
0 comments