Ramai yang tertunggu –tunggu Tarikh 15 feb 2021?
Ramai yang tertunggu –tunggu Tarikh 15 feb
2021? |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan
dan kesihatan. Sejak semalam, penuh cerita mengenai pengeluaran i-sinar tanpa
syarat. Ini berikutan pengumuman terbaru daripada kementerian kewangan mengenai
pemansuhan semua syarat tersebut. Dan kenapa ramai yang tertunggu tarikh 15
February 2021 ini?
Jawapannya adalah
tidak lain dan tidak bukan, kerana sewaktu pengumuman tersebut, Malaysia dalam
tempoh cuti perayaan tahun baru cina. Dan hari ini merupakan hari dimana, ramai
yang menanti jawapan atau keputusan mengenai samada permohonan isinar mereka
lulus atau tidak.
Jika ikutkan
pada pengumuman lepas, boleh kata,sesiapa sahaja yang mohon, pasti akan lulus. Itu
ikut pada bacaan aku la. Tapi selagi mana belum dapat apa-apa keputusan ataupun
pengumuman terbaru daripada pihak kwsp atau kementerian kewangan sendiri, maka
kita tak boleh nak rasa senang sangat.
Sebab apa? Sebab
cuba tengok kes lepas, keputusan isinar yang dah lulus tiba tiba sahaja menjadi
masih dalam proses. Dan sehingga ke hari ini, masih dalam proses. Langsung tiada
apa apa khabar berita. Dan apa yang merisaukan lagi adalah, jika segelintir
sahaja yang diluluskan. Itu pun menjadi kerisauan juga.
Pengeluaran isinar adalah hak sepenuhnya
pencarum.
Selain daripada
isu pengeluaran isinar, isu nak buat apa dengan duit isinar pun menjadi isu
besar. Ada segelintir yang kurang senang dengan pengeluaran ini. Katanya mereka
yang keluarkan duit ini nanti akan susah kelak pada masa hadapan.
Ada yang
kata duit yang dikeluarkan nanti tidak akan digunakan dengan cara yang betul. Sebaliknya
digunakan untuk beli benda yang tidak sepatutnya, contohnya beli sport rim
kereta dan sebagainya.
Pada aku,
itu adalah hak masing masing. Kerana yang dipotong gajinya setiap bulan adalah
duit mereka. Bukan duit orang lain. Yang akan susah, mereka, bukan orang lain. Jadi
mereka ada hak atas apa sahaja yang mereka inginkan.
Kita boleh
beritahu, tapi kalau mereka tak mahu ikut, kita tak boleh nak buat apa la kan? Apa
pun, tepuk dada, Tanya hati masing-masing.
Apa pun,
semoga ada berita gembira mengenai pengeluaran isinar hari ini. Dan lebih
menyinar jika duit isinar terus masuk hari ini. Aminnn. Hehehe.
0 Comments