Senarai tarikh bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

by - February 24, 2021

Senarai tarikh bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
 

Senarai tarikh bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan ini asyik dapat duit je kan? Syukur dengan rezeki ini. Ada yang dapat duit daripada bayaran I-sinar, ada yang dapat duit daripada bayaran I-lestari, ada yang terima bayaran daripada google adsense (hehehe) dan yang terbaru, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021!

Khabarnya bayaran fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 ini dah dipercepatkan daripada bulan mei kepada penghujung bulan februari 2021. Dan bayaran akan mula dibuat mengikut jenis bank yang kita guna. Bermula dengan mereka yang menggunakan bank simpanan nasional (BSN).

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 akan dibayar mengikut kategori iaitu:

  • Kategori isi rumah akan mendapat RM300
  • Kategori Bujang pula akan mendapat RM150

Selepas dapat duit i-lestari sebanyak RM500, dapat pula duit i-sinar RM1000, dan kini akan terima pula duit BPR sebanyak RM300. Rezeki! Rezeki!

Orait. sedikit info mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 ini:

Bagi isi rumah yang berpendapatan sebanyak RM2500 kebawah, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM1200 hingga RM1800 (mengikut tanggungan anak).

Dan bagi mereka yang berpendapatan sebanyak RM2500 hingga RM4000, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM800 hingga RM1200 (Mengikut tanggungan anak).

Bagi isi rumah berpendapatan sebanyak RM4000 hingga RM5000 pula, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM500 hingga RM750 (Juga mengikut tanggungan anak).

Dan bagi kategori Bujang pula, mereka yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan masih Bujang, layak untuk menerima bantuan sebanyak RM350. Dan bantuan ini adalah secara One off (sekali bayaran sahaja).

Bagi bayaran fasa pertama, tarikh bayaran awal yang diumumkan adalah pada bulan april/mei 2021. Manakala bagi bayaran fasa kedua pula adalah pada September/oktober 2021.

Semoga dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 akan dapat meringankan sedikit beban kewangan yang sedang dihadapi oleh kita semua ya. insyaAllah, aminnn.



You May Also Like

0 Comments