Status permohonan i-sinar bertukar daripada 21 hari kepada 10 hari
Status permohonan i-sinar
bertukar daripada 21 hari kepada 10 hari | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Isu permohonan i-sinar memang sedang hangat diperkatakan sekarang
ini. Semuanya gara-gara permohonan yang dah pun di luluskan kemudianya bertukar
menjadi dalam proses permohonan. Kemudian ada juga isu yang mana, permohonan
belum di luluskan, tetapi duit dah masuk akaun. Namun, yang lebih banyak
diperkatakan sekarang adalah, Status permohonan i-sinar bertukar daripada 21
hari kepada 10 hari.
Permohonan aku sendiri pun dah berubah daripada 21 hari
kepada 10 hari. Tetapi, dalam group facebook I-sinar kategori 2, ada yang masih
dapat status 21 hari. Maknanya belum bertukar kepada 10 hari. Maka dengan itu,
timbul lah pelbagai spekulasi mengenai, mereka yang dapat notis 10 hari ini,
maknanya pemohonan mereka akan lulus dalam beberapa hari ini.
Namun, daripada bacaan aku, jangan terlalu mengharap kerana
boleh jadi, ianya boleh berubah. Sama macam isu pemohonan yang dah pun lulus
tiba tiba menjadi masih dalam proses permohonan itu.
Aku ada Tanya dengan beberapa rakan sekerja, rata rata
daripada mereka dapat warna oren (maknanya dokumen tak lengkap dan perlu submit
dokumen yang di minta oleh pihak kwsp). Belum ada rakan rakan sekerja yang dah
dapat warna hijau (lulus) dan hampir kesemuanya berwarna biru (masih dalam
proses).
Tapi, ramai yang menyatakan bahawa pasti ada sinar baru
bilamana tengok status terbaru menteri kewangan yang mana beliau ada menyatakan
kerajaan melihat kepada rungutan rakyat dan akan membuat penambahbaikan baru
pada pemohonan i-sinar dengan kadar segera.
Ini juga boleh jadi dikuatkan dengan pelantikan baharu CEO
kwsp bagi mengantikan “CEO lama kwsp”. Makanya ramai yang menaruh harapan yang
tinggi dengan pengeluaran isinar ini.
Semoga semua pemohonan akan diluluskan dalam masa terdekat,
insyaAllah.
0 Comments