Terima bayaran pertama daripada Google Adsense
Terima bayaran pertama daripada Google Adsense | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Bercerita mengenai buat duit dengan blog ni, google adsense
merupakan medium utama dalam penghasilan income tu. Kira yang paling utama la. Banyak
lagi sebenarnya cara buat duit dengan blog ni. Dan selepas kerap baca
rakan-rakan yang kongsikan mereka dapat income dari google adsense ini,
akhirnya hari ini, aku Terima bayaran pertama daripada Google Adsense!
Mengenang kembali
sewaktu aku baru-baru terjebak dalam dunia blog ni, aku tulis pasal kucing Bengal!
Waktu itu memang aku suka sangat dengan kucing jenis Bengal ni. Kemudian, macam
biasa, ada pasang surutnya, blog aku terbiar macam itu sahaja.
Kemudian timbul
lah pelbagai jenis blog lagi, ada blog makanan, blog percutian, blog rekabentuk
rumah, macam-macam. Sebabnya aku ni suka macam-macam benda, jadi aku buat khas
la setiap blog aku tu dengan cerita yang aku nak tulis. 1 blog 1 niche khas.
Kemudian,
bila banyak blog, dengan aku sorang nak jaga, memang kelautlah jadinya kan? Akhirnya,
kesemua blog ini pun terbiar begitu sahaja. Lama juga aku jadi malas nak
menulis blog ni, sampailah akhirnya, keluar 1 blog dengan nama aku sendiri.
Blog ini,
aku kumpulkan kesemuanya! Tiada niche! Apa yang aku rasa nak tulis, aku akan
tulis! Sampai pembaca naik pening, blog dia ni cerita pasal apa? Hahaha. Dalam masa
yang sama, aku usahakan juga untuk dapatkan 1 akaun google adsense.
Setelah berhempas
pulas menulis, akhirnya aku dapat juga 1 akaun. Waktu itu memang rasa seronok
sangat! Yelah, dah boleh buat duit dengan blog kan? Tapi apakan daya, sabar aku
tak tinggi mana, aku terjebak dengan usaha tak betul. Yang mana akhirnya, blog
itu pun terbiar begitu sahaja.
Bertitik tolak
daripada usaha untuk dapatkan juga income dengan blog ni, terutamanya google
adsense, akhirnya wujudlah blog ini. Dan alhamdulilah, setelah banyak blog yang
aku buat dan tulis, aku dapat juga income pertama google adsense hari ini,
syukur ya Allah!
Apa pun,
pastinya ini hanyalah permulaan kepada apa yang aku usahakan selama ini. Banyak
lagi sebenarnya target aku, dan pastinya bukan sekadar income malah aku
inginkan 1 blog yang memberi manfaat kepada semua pembaca, insyaAllah. Apa pun,
syukur! Dapat duit adsense hari ini. Hehehe.
4 Comments
Tahniah
ReplyDeleteTerima kasih.. hehehe
DeleteAlhamdulillah, kita tak merasa pun lagi hehehe
ReplyDeletesyukur. takpe, teruskan menulis, 1 hari nanti, mesti dapat juga. aminn
Delete