facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

 

Rahsia di sebalik Warna tag pada roti gardenia

Rahsia di sebalik Warna tag pada roti gardenia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Roti gardenia pernah viral 1 masa dulu. Lebih tepat pada musim PKP melanda Malaysia. Kiranya waktu itu memang boleh buat gaduh la pasal roti ini. Sampaikan kedai pun tak ada stok roti ini, punyalah viral. Tidak aku nafikan, roti gardenia ini punya rasa yang berbeza dengan roti lain yang ada dipasaran. Namun, hari ini, aku bukanlah nak cerita pasal resepi rahsia roti gardenia tapi Rahsia di sebalik Warna tag pada roti gardenia!

Sama ada korang perasan atau tidak, warna tag pada setiap roti gardenia adalah berbeza. Ha, perasan tak? Yang sebenarnya, ianya bukan saja-saja dibuat. Atau bukan saja-saja nak bagi nampak meriah, bukan. Tapi ianya memberi maksud pada setiap bungkusan roti tersebut. Dan dari situ, kita boleh tahu, berapa lama roti ini “mampu bertahan”.

Rahsia di sebalik Warna tag pada roti gardenia.

Baik, korang mesti perasan, tag tersebut ada yang berwarna putih, ada yang warna hijau, ada yang warna kuning, dan setiap daripada warna ini membawa maksud hari roti tersebut di buat. Ha! Ikut pada warna. Contohnya:

  • Warna Coklat cair : Hari Isnin
  • Warna Oren : Hari Selasa
  • Warna Kuning : Hari Rabu
  • Warna Biru : Hari Khamis
  • Warna Hijau : Hari Jumaat
  • Warna Merah : Hari sabtu
  • Warna Putih : Hari Ahad.

Warna yang dikongsikan ini hanya terguna pakai untuk roti gardenia sahaja ya. Ini disebabkan mereka membakar roti pada setiap hari berbanding dengan roti jenama lain. Ini mungkin disebabkan permintaan yang tinggi daripada pasaran.

Jadi, selepas ini, kalau korang nak beli roti gardenia, korang bolehlah tengok pada tag yang ada pada roti tersebut. Kalau korang nak roti yang “fresh”, korang belilah roti mengikut tag warna pada hari korang beli roti tersebut. Kalau korang nak beli hari sabtu, korang carilah tag berwarna merah ya!

Sejarah roti gardenia.

Aku nak kongsikan sedikit sejarah roti gardenia dan siapa sebenarnya “Uncle Slocum”. Kalau korang peminat roti ini, korang mesti perasan gambar lelaki yang ada pada bahagian depan roti ini. Ha, siapa dia tu?

Secara ringkas nya, Roti gardenia ini bermula sejak tahun 1969, di sabah. Namun, roti gardenia mengambil masa lebih kurang 17 tahun untuk “diterima” dan dikenali di semenanjung Malaysia. Lama kan?

Dan berbalik kepada cerita siapa Uncle Slocum, dia adalah seorang tukang roti yang sangat berpengalaman. Dan dia datang ke Malaysia dan menjalinkan kerjasama dengan seorang ahli perniagaan di sabah iaitu Wong Tze Fatt.

Dan Slocum ini ada kemahiran yang sangat hebat dalam pembuatan roti dan kemahiran beliau diguna pakai dalam pembuatan roti gardenia. Dan resepi tersebut, tetap terus diguna pakai sehingga ke hari ini. Dan apa yang kita makan hari ini, itulah resepi yang digunakan oleh beliau. Lama kan?

Oklah, setakat itu perkongsian aku mengenai sejarah roti gardenia dan maksud disebalik setiap tag yang ada pada roti ini. Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat buat semua ya, insyaAllah, aminnn.

Kata-kata indah “Diksi” di dalam bahasa Indonesia

16 Kata-kata indah “Diksi” di dalam bahasa Indonesia yang semakin di lupakan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ahh! Kenapa pula tiba-tiba aku nak kongsikan kata-kata diksi ini kan? Tambahan pula kata-kata ini digunakan dalam bahasa negara jiran kita Indonesia. Namun, tidak ada salahnya kan? Kita bangsa serumpun. Tambahan pula, aku juga tertarik dengan beberapa ayat ini. Bahasa yang cukup indah pada aku.

Makna kata diksi.

Diksi ini kalau kita gunakan google translate membawa maksud artikulasi. Dan artikulasi pula membawa maksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas. Dalam bahasa mudahnya yang aku faham adalah, ianya adalah satu proses kita menyampaikan sesuatu idea atau perasaan dengan jelas.

Yang sebenarnya, kata-kata yang kita gunakan sekarang pun dah cukup jelas kan? Jenis yang cakap straight to the point. Namun, diksi ini pada aku, kita nak menyampaikan sesuatu perkara ini dengan kata-kata puitis. Kata-kata indah.

Diksi ini kalau dalam negara kita, banyak digunakan dalam sajak. Ha! Tengok ayat-ayat sajak, puitis kan? Jadinya, diksi membawa maksud, kata-kata puitis. Ha, faham kan? Aku sebenarnya nak korang betul-betul faham ayat diksi tu. Jadinya sekarang dah faham kan? Hehe.

16 Kata-kata indah “Diksi” di dalam bahasa Indonesia yang semakin di lupakan

Selain daripada filem-filem Malaysia, aku suka juga menonton filem seberang. Antara lain, actor kegemaran aku pastinya dian sastrowardoyo. Entah berapa ratus kali aku nonton filem AADC dengan AADC2. Sampaikan orang sekeliling bising juga. Hahaha. Dah nama pun minat kan, kenapa mereka nak marah. Hahaha.

Oklah, cukup setakat itu, yuk! Aku kongsikan 16 kata kata indah diksi ini:

#1. Nirmala

Macam tajuk lagu nirmala siti nurhaliza. Ianya membawa maksud tanpa cacat. Makna kata sempurna.

Di ciptakan seorang insan

Lembut hati bak redup pandangan

Pabila berkata

Seluruh alam menyaksikan kesyahduan

Bagai tersentuh rasa percaya

Tika terdengarkan

Aduhai

#2. Candramawa

Ianya membawa maksud hitam bercampur putih. Daripada bacaan aku, ianya lebih membawa kepada bentuk warna kucing. Namun ianya juga membawa maksud kata kerja yang membawa makna diam-diam, lucu dan rahsia.

Kata-kata indah “Diksi” di dalam bahasa Indonesia

#3. Dersik

Dersik membawa maksud desir angin. Kata ayat ini sering juga digunakan di dalam kalangan kita. Contohnya dersik angin menyapa halus rongga telingaku. Amboi! Kata dersik ini juga sering digunakan di dalam bait lirik lagu melayu.

#4. Arunika

Bila baca kata arunika ni, bunyinya semacam bahasa dalam filem Hindustan pula. Itu pada aku la kan.  Hehe. Baik, arunika membawa maksud cahaya matahari pagi. Contoh ayat diksi arunika ni:

Indah sungguh arunika pagi ini seindah wajahmu.

Fuh! Semacam sungguh!

#5. Nayanika

Ok, aku suka kata diksi yang ini, nayanika. Namun sangat jarang atau pertama kali kita semua baca dan dengar kan? Nayanika membawa maksud mata yang indah dan memancarkan daya penarik yang kuat. Contoh ayat? Korang buat sendiri la ye! Hahaha.

#6. Petrikor

Bunyinya sangat asing namun makna katanya pastinya cukup indah. Ianya membawa maksud aroma bau tanah kering yang dibasahi hujan. Siapa sini suka bau hujan? Fresh kan? Pastinya bau itu lebih menarik bila terkena tanah yang kering. Itulah maksud petrikor.

#7. Swastamita

Hmm. Swastamita? Kalau arunika membawa maksud pemandangan indah sewaktu matahari terbit. Swastamita ini pula pastinya “kata lawannya” kerana ianya membawa maksud pemandangan indah sewaktu matahari terbenam.

#8. Mudita

Ahh! Rasa macam malas nak tulis kata diksi mudita ini. Kerana ianya membawa maksud perasaan bahagia kita melihat kebahagian orang lain. Dalam bahasa melayu mudahnya, pasrah!

#9. Mangata

Arunika membawa maksud pemandangan matahari terbit. Swastamita pula pemandangan matahari terbenam. Dan mangata pula membawa maksud bayangan bulan di dalam air yang berbentuk seperti jalan. Ha! Siapa boleh bantu aku gabungkan ketiga-tiga perkataan ini menjadi kata diksi yang cukup indah?

Kata-kata indah “Diksi” di dalam bahasa Indonesia

#10. Eunoia

Walaupun katanya agak sukar di sebut, namun ianya membawa makna indah iaitu pemikiran indah ataupun pemikiran yang baik. Selain pelik kata diksi yang ini, sesuai juga kalau buat tajuk lagu kan? Hehehe.

#11. Meraki.

Meraki membawa maksud, melakukan sesuatu dengan penuh jiwa,kreativiti dan rasa cinta. Kau melakukan ini dengan penuh meraki! Lebih kuranglah ayatnya ya! Hehehe.

#12. Asmaraloka

Ah! Dah dekat bunyinya macam asmaradana, nanyian DS tiara jacquelina dalam filem puteri gunung ledang. Ini juga salah satu filem yang aku tonton banyak kali. Baik, asmaraloka membawa maksud dunia atau alam cinta! Ahh! Sama la kan maksudnya dengan asmaradana?

#13. Adarusa

Adarusa membawa maksud orang yang meminjam sesuatu (boleh jadi wang atau barang) tetapi dia tak mahu pulangkan semula. Eh! Ini kata diksi juga ke? Jenis waktu pinjam lembut lidah, dah dapat pinjam terus lupa diri! Eh, tiba-tiba aku jadi nak  marah pula ni.

Kata-kata indah “Diksi” di dalam bahasa Indonesia

#14. Adiwarna

Biasa kita dengar adiwira sahaja kan? Hari ini kita ada adiwarna. Ianya membawa maksud indah sekali. Atau bagus sekali. Tetapi kan, aku lebih suka dengan kata indah sekali! Berbanding adiwarna. Itu pada aku la kan.

#15. Adikara

Kalau tadi adiwarna, ini adikara. Kata diksi ini membawa maksud berkuasa atau kekuasaan atau kewibawaan.

#16. Derana

Dan yang terakhir dalam Kata-kata indah “Diksi” di dalam bahasa Indonesia yang semakin di lupakan adalah derana. Ianya membawa maksud tahan dan tabah ketika menderita sesuatu. Boleh juga membawa maksud tak mudah putus asa,patah hati dan sebagainya.

 

Persiapan Menyambut kedatangan Bulan Ramadan Al Mubarak

5 Persiapan Menyambut kedatangan Bulan Ramadan Al Mubarak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Allahu ya rabbi ya fattahu ya alim. Pastinya semua umat islam menghitung detik akan ketibaan bulan yang penuh rahmat yakni bulan Ramadhan Al Mubarak. Ramadan kali ini pasti akan menjadi lebih bermakna buat aku sekeluarga kerana kali ini kami hanya menyambut bulan ini bersama adik beradik sahaja selepas pemergiaan Ayahanda tercinta kami tahun lepas. Namun, di dalam kesedihan itu, segala macam persiapan menyambut bulan Ramadhan tetap juga perlu di lengkapkan.

5 Persiapan Menyambut kedatangan Bulan Ramadan Al Mubarak

Lagu-lagu puasa mula kedengaran seminggu dua ini. Antara lagu yang mula bermain di dalam minda aku adalah lagu Lailatul Qadar oleh kumpulan raihan. Setiap kali menjelangnya bulan puasa, lagu ini memang lagu favourite aku. Kerana setiap bait ayatnya, benar-benar membawa aku “masuk” ke dalam bulan rahmat ini. Antara bait liriknya adalah:

Di Dalam Bulan Ramadhan

Ada Satu Malam

Nilainya Menyamai

Dengan Seribu Bulan

Singkaplah Tabir

Di Sepuluh Malam Terakhir

Berlumba Kita Mencari KeredhaanNya

Hidupkan Malam Beribadah Dan Iktikaf

Berdoa, Bertasbih Dan Memohon Keampunan

Baiklah, hari ini aku nak kongsikan beberapa tips persiapan menyambut bulan Ramadhan. Yang sebenarnya bukan tips sangatlah, kerana selama kita hidup ini, memang setiap tahun kita berpuasa kan. Namun,ianya boleh kita ajarkan pada anak-anak kita, insyaAllah. Semoga semua tips ini dapat persiapkan diri kita bagi menyambut bulan Ramadhan.

Persiapan Menyambut kedatangan Bulan Ramadan Al Mubarak

#1. Persiapan rohani

Bagi persiapan rohani ini, kita digalakkan untuk memperbanyak puasa di dalam bulan sya’aban. Ini bagi membiasakan diri dan nafsu makan kita. Bayangkan 11 bulan kita makan dan minum tanpa henti. Jadi persiapan ini bagi “meredakan” nafsu makan kita.

Kita juga di galakkan untuk membiasakan diri kita untuk bangun awal pagi. Kita boleh solat tahajjud, dan kemudiannya baca Quran dan bersahur. Bulan Ramadhan adalah bulan berkat. Segala pahala kita akan digandakan Allah. Jadi bermulalah daripada sekarang ya.

#2. Persiapan jasmani

Kalau di awal tadi, kita persiapkan rohani kita bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan, kali ini adalah persiapan jasmani.

Bagi persiapan ini, kita digalakkan untuk mula mengurangkan pengambilan makanan kita. Kalau sebelum ini, makan kita banyak, belum di tambah dengan makanan tambahan lagi (jenis yang suka kunyah-kunyah ni) jadinya, mulai hari ini, kita sama-sama kurangkan pengambilan makanan harian kita.

Jenis makanan juga perlu dilihat. Ambil makanan yang benar-benar memberi khasiat kepada tubuh badan kita dan bukannya makanan yang sekadar memberikan kita rasa kenyang sahaja.

Persiapan Menyambut kedatangan Bulan Ramadan Al Mubarak

#3. Persiapan harta

Baik, tips persiapan menyambut bulan Ramadhan yang ketiga adalah persiapan harta. Seperti yang ada aku beritahu tadi, segala kebaikan yang dilakukan di dalam bulan Ramadhan akan digandakan termasuklah pahala bersedekah.

Sedekah boleh dilakukan dengan 2 cara. Sama ada kita beri wang atau makanan. Dan keduanya memerlukan wang. Jadinya persiapkan awal-awal simpanan wang yang ingin kita gunakan bagi tujuan ini.

Namun harus diingatkan ya, bukannya simpan duit awal-awal sebab nak beli baju raya mahal-mahal. Nak show off waktu pagi raya nanti ya, jangan.

#4. Persiapkan diri dengan ilmu

Tips seterusnya adalah persiapkan diri kita dengan ilmu. Penuhi kotak ilmu kita dengan kelebihan berpuasa. Juga penuhi masa kita dengan mempelajari bacaan Al-quran. Boleh juga kita penuhi dengan kisah-kisah nabi dan para sahabat semasa bulan Ramadhan.

#5. Persiapan emosi

Dan tips terakhir dalam Persiapan Menyambut kedatangan Bulan Ramadan Al Mubarak adalah persiapan emosi.

Latih diri kita untuk bercakap perkara yang perlu sahaja. Berhenti mengumpat atau mengata orang lain. Kalau ada yang kita kata sebelum ini, minta maaf siap-siap dengan orang tersebut. Kalau yang jenis panas baran, belajar control emosi kita bermula sekarang. Ingat, lidah itu boleh jadi lebih tajam daripada pisau.

Baiklah, itulah 5 Persiapan Menyambut kedatangan Bulan Ramadan Al Mubarak. Semoga kita dapat mempersiapkan diri kita bagi menyambut bulan yang penuh rahmat ini. Anggaplah ini merupakan Ramadhan terakhir buat kita. Bersungguhlah di dalam mengejar pahala di dalam bulan ini. Semoga amal ibadat kita di terima Allah, aminnn.

 

Cara paling mudah mendapatkan google adsense

Cara paling mudah mendapatkan google adsense | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Fuh, semacam tajuk post aku hari ini. Semua ini disebabkan soalan daripada beberapa rakan yang bertanyakan, susah ke nak buat google adsense? Dan macam mana cara mendapatkan google adsense ni? Dan pelbagai soalan lagi, dan untuk mudahkan aku menjawab semua persoalan ini, maka hadirlah post ini buat mereka.

Cara mendapatkan google adsense di blog

Baik, untuk aku yang menjana income adsense dengan blog, maka nya aku akan kongsikan cara untuk dapatkan akaun google adsense untuk blog la ye.

Orait! Cara pertama adalah, korang mestilah ada blog. Itu paling penting. Dan kisahlah sama ada korang gunakan domain berbayar atau tidak. Tapi nasihat aku adalah, lebih baik gunakan domain yang berbayar. Sebab apa kena pakai domain yang berbayar, nanti aku ceritakan dalam post yang lain ya.

Selepas korang dah ada blog, seterusnya adalah cara mendapatkan google adsense di blog. Pada bahagian tepi blogspot (sebab aku pakai blogspot) ada bahagian earning. Dekat situ menunjukkan yang blog korang ni layak atau tidak untuk dapatkan google adsense ini.

Tapi suka aku ingatkan, nak dapat google adsense ini bukan mudah ya. Bukan kata korang buat sahaja blog dah boleh terus apply google adsense untuk blog, tidak semudah itu ya.

Sedikit tips yang aku boleh kongsikan adalah, untuk apply google adsense, korang kena complete kan blog korang dahulu. Complete yang macam mana?

Blog kenalah ada banyak post. Dan pastikan post korang berkualiti. Maksud kualiti adalah, pastikan tulisan korang lebih daripada 500 patah perkataan.

Pastikan blog korang mudah di baca dan lengkap. Contohnya ada bahagian popular post, related post, ada kotak carian, ada kotak untuk translate (ini sangat aku galakkan kerana memudahkan pembaca daripada luar negara untuk baca blog kita).

Dan selepas sahaja keluar kotak untuk apply google adsense di blog korang, jangan tunggu lama-lama, terus sahaja apply. Lulus tak lulus belakang cerita ya, janji apply dulu.

Dan kebiasaannya, google adsense akan tengok dahulu blog kita sama ada sesuai atau tidak untuk letak iklan. Dan waktu ini, ada banyak benda yang perlu korang buat jika korang betul-betul nak dapatkan akaun google adsense ini.

Cara mudah nak lulus google adsense adalah dengan cara, sentiasa update post baru di blog dan pastikan penulisan korang panjang. Bukan tulisan yang pendek ya. Pastikan penulisan korang paling kurang 500 patah perkataan. Sepanjang seminggu lepas korang apply google adsense tu, korang jangan miss 1 hari pun. Paling kurang 2 post sehari ya.

Kemudian, pastikan juga tulisan korang tu betul. Bukan tulisan pendek atau tulisan berbual kosong. Tulis formal. Kalau panjang ejaannya, maka panjangkan. Jangan tulis pendek-pendek. Biasanya mereka yang suka tulis pendek-pendek ini, susah nak lulus.

Langkah seterusnya adalah, pastikan traffic blog korang kencang sewaktu nak dapatkan akaun google adsense ini. Lepas update post di blog, korang share dalam media sosial. Share dengan kawan-kawan, insyaAllah, traffic kencang, google adsense pun mudah je lulus.

Oklah, rasanya itu sahaja yang aku boleh kongsikan Cara paling mudah mendapatkan google adsense ni. Yang sebenarnya tak susah mana pun, asalkan korang ingat 3 benda ni sewaktu nak apply, pastikan traffic blog baik/tinggi, penulisan kena panjang dan betul kemudian jangan misss update. Itu sahaja. 3 benda ni ada, mudah je nak dapatkan, okay?

 

kelebihan luar biasa pada mereka yang mengerjakannya Solat Tahajjud

9 kelebihan luar biasa pada mereka yang mengerjakannya Solat Tahajjud | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Solat tahajjud adalah solat ringkas yang dikerjakan pada awal pagi. Solat ini dikenali sebagai solat hajat yang sangat baik buat semua umat islam. Banyak kelebihan pada mereka yang mengerjakan solat ini selain mendekatkan diri kita kepada tuhan yang Maha esa. Namun, tahukah kalian bahawa ada 9 kelebihan luar biasa pada mereka yang mengerjakannya Solat Tahajjud!

Solat tahajud untuk apa?

Baik, sebelum itu, pasti ada yang bertanyakan, apakah tujuan solat tahajjud ini? Jawapannya adalah:

  • Sebagai petanda perhambaan kepada Allah s.w.t
  • Mendekatkan diri seorang hamba dengan penciptanya
  • Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah
  • Menguatkan jiwa dan taqwa seseorang kepada Allah
  • Mendapatkan ketenangan jiwa di dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup

Firman Allah:

Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu, mudah mudahan tuhan mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji

Surah Isra ayat 79

Solat tahajud berapa rakaat?

Baik, sebelum bercerita lebih lanjut mengenai solat tahajjud. Mari kita ketahui, bilakah waktu yang sesuai untuk solat tahajjud? Jawapannya adalah, waktu yang terbaik untuk solat tahajjud adalah diantara jam 3 hingga 4 pagi. Di waktu awal dingin pagi.

Dan jawapan kepada sholat tahajud berapa rakaat adalah ianya dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan bilangan rakaat solat tahajud adalah tidak terbatas.

9 kelebihan luar biasa pada mereka yang mengerjakannya Solat Tahajjud

Di antara kelebihan yang bakal di perolehi bagi mereka yang menunaikan Solat Tahajjud terbahagi kepada dua iaitu kelebihan di dunia dan juga kelebihan di akhirat kelak.

5 kelebihan di dunia adalah:

#1. Akan dijauhkan daripada segala macam penyakit kecuali mati.

#2. Lahir kesan taqwa pada wajah mereka

#3. Di kasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

#4. Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)

#5. Dikurniakan kekuatan dan di beri rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

4 kelebihan di akhirat kelak

#1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang berseri-seri

#2. Dipermudahkan hisab

#3. Dipermudahkan ketika melalui sirat Al mustaqim seperi kilat

#4. Diserahkan buku amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Baiklah, itulah 9 kelebihan luar biasa pada mereka yang mengerjakannya Solat Tahajjud. Selain mudah untuk diamalkan, solat tahajjud juga banyak memberi kita manfaat di dunia serta akhirat kelak. Semoga kita semua istiqamah di dalam menunaikan solat ini insyaAllah, aminn.

malam lailatul qadar

Terkini! Bazaar Ramadan dan solat Terawih dibenarkan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tidak kurang sebulan sahaja lagi, umat islam seluruh dunia bakal menyambut bulan yang penuh bermakna iaitu bulan Ramadan 2021. Apabila menjelang bulan puasa, diantara yang menjadi perhatian adalah bazaar Ramadan. Setelah ianya dibatalkan akibat covid yang melanda sepanjang tahun 2020, terkini! Bazar ramadan dibenarkan beroperasi kembali pada tahun 2021, alhamdulilah!

Ramai yang mengucapkan syukur selepas pengumuman ini di buat oleh Majlis keselamatan Negara (MKN). Manakan tidak, ianya adalah “lubuk rezeki” buat para peniaga sepanjang bulan puasa. Ianya juga menjadi “kemeriahan” buat kebanyakkan keluarga. Namun, kebenaran ini bersyarat ya! Janganlah suka-suka sangat pergi bazar tu nanti ya!

Apa yang menariknya di bazar Ramadan?

Kalau di Tanya pada aku, yang menariknya bazar ramadan ini adalah:

Kita boleh jumpa banyak makanan menarik yang tak pernah kita jumpa pun sebelum ini. Contohnya aku yang menetap di Melaka ni, waktu ini lah nak jumpa makanan daripada luar negeri Melaka. Ada jenis makanan yang aku tak pernah tahu dan rasa pun sebelum ini. Jadinya, ini salah satu yang menarik pada aku.

Keduanya adalah, waktu ini juga kita akan jumpa macam-macam nama menu. Sama ada menu masakan itu lama tetapi diberi “nafas baru”. Ataupun menu baharu dengan nama yang baru. Yelah, dekat bazar Ramadan tu, ada banyak menu yang sama. Untuk buatkan kita berbeza dengan orang lain, kenalah cipta menu dengan nama baru kan?

Ketiga! Aku suka pergi bazar malam. Sebab dekat sini ada banyak baju-baju cantik dan murah. Sejenis aku, aku suka cari tshirt berbanding cari baju melayu, hahahaha. Sebabnya aku memang jarang sangat pakai baju melayu ni.

Dan yang terakhir adalah, waktu ini lah nak jumpa awek-awek cun! Hahahaha. Ini sengaja je aku tambah ya! Sebabnya kadang aku sendiri pelik, daripada mana mereka semua ni datang. Sebelum ini, dekat pasar malam tak pernah nampak pun! Ala, jangan cakap pasar malam tak sama dengan bazar Ramadan ya! Sama je! Cuma nama sahaja berbeza.

Shalat tarawih kini dibenarkan.

Selepas keseronokan ke bazar Ramadan pada siang harinya, sudah tentulah, umat islam akan berkejar untuk menunaikan solat tarawih pada malam harinya. Selepas kita merasakan suramnya bersolat Jemaah di rumah pada tahun lepas, akhirnya tahun ini kita boleh bersama-sama berjemaah di rumah Allah iaitu masjid.

Indahnya solat ini berbanding solat lain kerana ianya Cuma ada sebulan sahaja dalam setahun. Dan shalat tarawih adalah solat yang mana di dalamnya ada 1 malam kebaikannya bersamaan dengan 1000 bulan iaitu malam lailatul qadar.

Indahnya malam ini kerana sewaktu aku menaipnya, dah boleh rasa yang aku sudah berada di dalam bulan yang penuh rahmat ini, Allahurabbi.

Selain daripada malam lailatul qadar, pahala mengerjakan solat tarawih juga besar ganjarannya. Bermula daripada malam pertama hinggalah malam terakhir. Perkongsian mengenai pahala sholat tarawih dari awal sampai akhir akan aku kongsikan dalam artikel lain ya!

Apa pun, marilah kita mengucapkan syukur dan sama-sama menyiapkan diri bagi menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadan. Semoga Ramadan kali ini memberi kita seribu makna dan kebahagian serta memperolehi keredhaan Allah, aminn. Ya Rabb Allaminn.

Apa perlu buat kalau Pageview blog jatuh/menurun (PV blog)

Apa perlu buat kalau Pageview blog jatuh/menurun (PV blog) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam sehari dua ini, pageview blog mrejoy.com jatuh mendadak. Kalau nak diikutkan, tak banyak mana pun pageview blog ini sehari, tapi jika dibandingkan dengan apa yang berlaku sehari dua ini, boleh dikatakan, ianya menurun jugalah. Jadi, persoalan sekarang, Apa perlu buat kalau Pageview blog jatuh/menurun (PV blog.

Jawapan yang boleh aku berikan adalah, buat tak tahu sahaja. Hahaha. Tapi, buat mereka yang buat duit dengan cara blogging, mereka pastinya akan risau kerana pageview blog sangat memainkan peranan di dalam menghasilkan income dengan blog.

Macam mana buat duit dengan blog?

Ha, macam mana nak buat duit dengan blog? Jawapannya, kena ada google adsense. Tapi tak semudah itu. Nak buat duit dengan google adsense ni, blog kena ada pageview yang tinggi. Macam mana pageview yang tinggi mampu mempengaruhi income adsense? Ha, yang itu pun nak kena beritahu juga ke? Faham-faham sendiri la ye. Hehehe.

Cara naikkan Pageview blog.

Ok, macam mana nak naikkan pageview blog? Sebenarnya caranya mudah, tapi tak semua orang mampu termasuklah aku. hahaha. Tapi tak apa, aku kongsikan juga beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk naikkan pageview blog.

#1. Tulis 1 hingga 3 artikel sehari.

Cara pertama untuk naikkan pageview blog adalah dengan menulis 1 hingga 3 artikel sehari. Tulis ini pula bukan main tulis sahaja tau. Di antara perkara yang digemari google adalah penulisan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Ada yang cakap, mesti 500 patah perkataan. Namun, guru penulisan aku kata, kalau nak mudah di index oleh google, belajarlah menulis paling kurang 1000 patah perkataan atau lebih!

#2. Jangan miss menulis.

Kalau korang betul-betul serius nak buat duit dengan blog,korang jangan pernah miss untuk update blog. Baca balik item no 1, dan pastikan blog korang berupdate setiap hari. Jangan biarkan sunyi tanpa khabar berita.

#3. Tulis isu semasa.

Tips yang ketiga untuk naikkan pageview blog adalah dengan menulis isu semasa. Bila kita tulis isu semasa, pembaca pun ramai singgah dan baca dekat blog kita. Dan bila ramai yang singgah baca, pageview blog kita pun menaik.

Contoh macam isu Nabila Razali terkuncil semasa Anugerah Juara Lagu, aku tengok ramai juga blogger yang tulis pasal perkara ini. Tak pastilah samada mereka mahu kejarkan trafik blog atau apa. Cumanya, yelah, rasa macam tak bagus pula tulis topik itu kan. Kesian kat bella.

#4. Kongsikan dalam media sosial.

Baik, selesai sahaja korang tulis artikel dalam blog, jangan lupa untuk kongsikan dalam media sosial korang. Cara ini sememangnya terbukti dalam menaikkan pageview blog. Dulu, pageview blog mrejoy.com tinggi, tapi selepas url blog diblog oleh facebook, pageview blog ini tetap tinggi, hehehehehe (kata-kata itukan doa).

Oklah, rasanya setakat itu dahulu perkongsian aku mengenai cara-cara untuk menaikkan pageview blog. Cara ini kita boleh sama-sama buat. insyaAllah, pageview blog kita lepas ni pasti akan menaik dan terus menaik, insyaAllah. Orait! semoga memberi manfaat kepada semua ya!

Voyager Station hotel angkasa lepas yang pertama di dunia

Hotel Angkasa Lepas Pertama di Dunia Bakal Di buka bermula Tahun 2027 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cerita mengenai pengembaraan ke angkasa lepas ini sebenarnya dah lama. Dan ianya sering kali di ulang oleh manusia terkaya di dunia 2021 iaitu Elon Musk. Dan baru baru ini, The Gateway Foundation telah mengumumkan bahawa pihak mereka telah berhasrat untuk membuka hotel angkasa lepas yang pertama didunia yang di beri nama Voyager Station bermula tahun 2027.

Voyager Station bakal Jadi hotel Angkasa Lepas Yang Pertama di Dunia!

Voyager Station hotel angkasa lepas yang pertama di dunia

Sedikit mengenai Voyager Station, ianya akan dibina oleh syarikat pembinaan Orbital Assembly Corporation. Syarikat ini digambarkan sebagai syarikat pembinaan ruang angkasa lepas berskala besar yang pertama di dunia.

Projek Voyager Station dikhabarkan akan bermula pada tahun 2026 dan perancangan awalnya adalah, ianya akan mula dibuka kepada orang ramai bermula tahun 2027. Ini bermakna projek ini hanya akan bermula 5 tahun daripada sekarang.

Voyager Station hotel angkasa lepas yang pertama di dunia

Voyager Station adalah seluas lebih kurang 50,000 meter persegi dan hotel ini akan dibina secara berputar dengan kapasiti bilik maksimum sehingga 440 orang. Rupa bentuk hotel ini dibina berbentuk cincin yang akan berputar yang mana ianya akan memberi graviti yang sama seperti bumi.

Percutian ke angkasa lepas sememangnya sesuatu yang ditunggu ramai orang. Namun, kos keseluruhan projek ini buat masa sekarang adalah terlalu tinggi, maka hanya mereka yang benar-benar kaya sahaja boleh melancong ke angkasa lepas

Hotel angkasa lepas yang pertama di dunia ini juga tidak ada bezanya dengan hotel sedia ada di persekitaran kita. Yang mana hotel ini akan dilengkapi dengan segala kelengkapan seperti restoran, bar,gym, bilik VIP dan bilik biasa.

Voyager Station hotel angkasa lepas yang pertama di dunia

Dan apa yang perlu semua orang tahu adalah, percutian disini pastinya tidak sama kerana ianya hanya menawarkan percutian selama seminggu, sebulan atau terus kekal di hotel ini buat selama-lamanya. Jadinya, kalau nak ambil cuti kerana nak bercuti di hotel angkasa lepas ini, kenalah ambil cuti lama sikit ya!

Walau apa pun, masih lama lagi perancangan ini. Ada banyak yang perlu difikirkan oleh syarikat ini dan salah satunya adalah meteor. Cuba bayangkan, sedang asyik anda bercuti, meteor lalu disebelah. Mana nak lari kan? Hehe. Apa pun, semoga wabak covid segera selesai dan hilang daripada muka bumi ini. Aminn.

 

Ghostwriter Malaysia

Pernah dengar tentang GhostWriter? Ini kisah disebaliknya | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah dengar tentang ghostwriter? Atau baru pertama kali dengar? Siapa sebenarnya ghostwriter ini? Dekat Malaysia ada ke ghostwriter? Ada banyak persoalan kan? Jadinya hari ini aku nak kongsikan sedikit mengenai mereka. Jom kenali siapa penulis hantu ini!

Ghostwriter Malaysia

Penulis hantu atau ghostwriter adalah penulis upahan yang di upah untuk menulis bagi pihak orang lain. Kerja mereka adalah dengan menulis sama ada buku, artikel, review atau apa sahaja janji dalam bentuk penulisan. Nak tahu mereka ini adalah ghostwriter ataupun tidak, adalah dengan melihat pada penulisan tersebut.

Kebiasaannya, mereka tidak akan sertakan nama mereka. Kiranya kita tak tahu pun siapa yang tulis. Itu adalah ghostwriter (dah nama pun hantu kan? Hahaha). Kalau dia sertakan nama siap biodata, itu tak boleh dikira sebagai ghostwriter ya!

Istilah ini mungkin baru di Malaysia, atau mungkin juga kita yang baru dengar. Namun, industri penulisan di Malaysia kini, banyak yang mencari ghostwriter. Jadi, ini adalah peluang kepada mereka yang suka menulis dan merancang untuk menjadi penulis yang tidak dikenali.

Ghostwriter ini ada income ke?

Di antara persoalan yang kerap di Tanya adalah, ghostwriter ni ada income ke? Jawapannya adalah ya! Penulis hantu juga ada income dan ini juga di anggap sebagai kerjaya! Seperti yang ada aku sebutkan tadi, industri penulis kini banyak yang mencari penulis hantu ini. Dan sekali lagi, ianya adalah peluang keemasan buat mereka yang suka menulis dan akan menulis pada masa akan datang.

Bagaimana “gaji” penulis hantu di bayar?

Pernah dengar orang buat duit dengan blog? Pernah tak terfikir macam mana nak buat duit dengan blog ni? Ha? Siapa yang bayar mereka? Ok, salah satunya mereka yang buat duit dengan blog ini adalah dengan google adsense.

Dan macam mana nak buat duit dengan google adsense ini adalah dengan artikel yang di kongsikan dalam blog mereka. Lebih banyak artikel yang “berkualiti” maka lebih besarlah potensi blog mereka menghasilkan income yang besar.

Namun, bercerita sahaja tidak semudah menulis. Kadang pemilik blog ini ada pasang surutnya. Ada masa, mereka rajin menulis, dan ada masa langsung tak ada artikel. Jadinya, penyelesaian kepada pemasalahan ini adalah dengan mengupah Ghostwriter.

Dan disinilah fungsi terbesar ghostwriter ni, mereka akan menulis untuk sesebuah blog dan pastinya mereka akan dibayar oleh pemilik blog tersebut. Mana ada yang suka-suka menulis bagi pihak orang lain kan (tapi sebenarnya ada sahaja Cuma tak ramai).

Jadi sekarang, korang dah faham kan siapa ghostwriter ni? Dekat Malaysia masih belum terkenal lagi namun percayalah, dalam dunia digital kini, ianya akan menjadi diantara sumber income utama bagi korang kelak. Sikit sahaja lagi.

Jadi gunalah kelebihan yang korang ada. Selain suka menulis, sambil itu buat duit. Dan buat mereka yang tercari-cari dekat mana nak jadi ghostwriter ni, korang search je. Rasanya dah banyak yang cari penulis hantu ni. Baru-baru ini pun aku ada ternampak iklan ghostwriter ni dalam media sosial. Oklah, setakat ini sahaja ya! Jumpa lagi.


Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

Jangan tengok Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini memang tengah hot dan di tayangkan di TV3. Dan buat mereka yang tertanya-tanya, Drama aku yang kau gelar isteri hari apa? Jawapannya adalah setiap hari isnin sampai hari khamis. Pukul berapa tu aku tak tahu tapi lewat malam sedikit.

Baik, yang pertamanya, aku memang tak tengok pun drama ini dan tak tahu pun aku yang kau gelar isteri ini ada berapa episod. Macamana aku boleh tahu wujudnya cerita ini? Dari wife aku! awal-awal dia dah beritahu:

Saya taknak miss 1 episod pun. Kiranya nak tengok drama aku yang kau gelar isteri ni full!

Aku yang dengar ni memang pelik lah! Wah! Tak ada kerja lain ke nak mengadap TV sahaja? Apa yang menarik sangat drama ni sampai tak mahu lepas 1 episod langsung? Lalu membawa aku kepada sinopsis drama aku yang kau gelar isteri ni.

Daripada pembacaan aku, apa yang aku boleh rumuskan adalah, drama ini mengisarkan seorang isteri yang dah bomohkan suami dia. Kiranya dalam kita orang melayu, dia guna ilmu penunduk, untuk buat suami dia tunduk pada setiap kata-kata dia. Sehinggakan sanggup buat apa sahaja yang di arahkan oleh si isteri ini. Kiranya macam pak turut la.

Jangan tengok Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri!

Jadinya, macam-macam jalan cerita yang di olah bagi menunjukkan betapa “hebat”nya ilmu penunduk ini dalam drama aku yang kau gelar isteri ini. Mungkin atas sebab itu, ramai yang tertarik dengan drama ini kerana nak tahu apa yang jadi dan jadi.

Daripada pemerhatian aku pula, aku awal-awal dah tak izinkan anak-anak aku tonton drama aku yang kau gelar isteri ni. Kerana apa? Kerana banyak adegan-adegan yang pada mata aku, tidak sesuai di tonton oleh mereka. Dan pada diri aku sendiri, drama ini sebenarnya mengajar masyarakat kita mengenai ilmu-ilmu penunduk ini.

Orang melayu sememangnya kaya dengan pelbagai ilmu!

Tidak aku nafikan, kalau tak tengok drama aku yang kau gelar isteri yang berceritakan mengenai susuk pun ramai yang dah buat. Kerana sememangnya orang kita ini penuh dengan ilmu. Ada kalanya, kita yang mendengar ini pun rasa macam tak masuk dek akal. Tapi itulah hakikatnya.

Bercerita bab ilmu penunduk ni, ada macam-macam, ada yang sekadar baca ayat penunduk isteri/suami lah, ada yang buat amalan penunduk istri lah, dan yang lebih teruk, baca mantra atau jampi bagi menundukkan isteri/suami. Samalah macam drama aku yang kau gelar isteri ni.

Banyak juga jalan cerita yang ditunjukkan dalam drama ini adalah kejadian “sebenar”. Sama yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Dan apa yang merisaukan aku, kalau-kalau jenis mereka yang mudah terpengaruh tu. Tak semua, tapi ada segelintir. lepas tengok, baru tahu wujudnya ilmu macam ini dan terus nak mencuba!

Tak aku nafikan, tak tengok drama pasal ilmu penunduk ni pun ramailah yang buat, itu tak aku nafikan. Cuma perhatian aku adalah kepada mereka yang baru tahu perkara ini. Perlu ingat ya saudara-saudaraku sekalian, tidak selamanya kita kekal dalam dunia, akhirat kelaklah kehidupan abadi kita.

Apa pun, melihat kepada positifnya drama aku yang kau gelar isteri ini, banyak pengajaran yang diterapkan. Ambil yang positif itu sahaja, bagaimana ilmu Allah itu mengatasi segalanya. Tiada yang dapat melawan kuasa Allah. Sehebat mana pun ilmu manusia itu, tetap Allah yang maha berkuasa.

 

alasan tidak masuk kerja yang paling masuk akal

Kenapa ramai yang mencari alasan tidak masuk kerja? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, aku ternampak 1 artikel yang dicari dan masuk ke dalam blog mrejoy.com iaitu alasan tidak masuk kerja. Hmm, terfikir juga aku, kenapa orang tiba-tiba cari artikel ini? Adakah kerana isinar dah mula bersinar di dalam akaun masing-masing? Hahahaha. Jangan begitu adik kakak abang semua.

Sebetulnya, aku memang pernah menulis tentang Senarai alasan yang digunakan bila tak nak pergi kerja. Itu pun selepas aku kumpul segala macam alasan yang aku pernah terima dan juga aku terbaca pelbagai lagi perkongsian daripada orang lain.

Bila bercerita bab alasan tidak masuk kerja agar bos tidak marah ni, memang kelakar betul. Kadang ada alasan yang tak logik pun ada, contohnya tak boleh pergi kerja sebab isteri tak bagi. Ini pada aku satu alasan yang kelakar. Kita faham “pengantin baharu” memang ada pelbagai “alasan”. Namun alasan ini memang tak boleh diterima sama sekali.

Kalau alasan tidak masuk kerja yg masuk akal macam demam yang teruk (buat masa sekarang, segala bentuk demam memang tidak dibenarkan masuk kerja ya), anak isteri sakit, terlibat dengan kemalangan sewaktu atau selepas pulang dari kerja,keluarga terdekat meninggal dunia dan sebagainya, ini boleh diterima.

Tapi kalau bagi alasan tidak masuk kerja yang tak masuk akal, contohnya macam saya malas nak kerja bos! Sebab itu saya tak datang! Atau, saya nak kemas rumah bos, sebab saya pening tengok rumah bersepah! Atau yang paling tak boleh terima dek akal, saya bangun lewat semalam bos sebab tengok bola, jadi hari ini saya tak masuk kerja. Huh? Ini memang alasan yang bila dengar atau baca sahaja, boleh mendatangkan kemarahan.

Tapi yelah, dah orang mencari alasan tidak masuk kerja dalam blog kita kan, jadinya, kita kongsilah barang sedikit contoh alasan tidak masuk kerja. Tapi aku bukan nak mengajar korang ponteng kerja ya! Aku Cuma kongsikan sahaja. Jangan nanti korang salahkan aku pulak. Segala macam perkara yang berlaku, aku tak mahu masuk campur ya.

alasan tidak masuk kerja yang paling masuk akal

7 Senarai alasan tidak masuk kerja yang paling masuk akal!

#1. Sakit beserta surat MC.

Ini alasan yang paling kukuh pada aku. Bila mana kita beritahu majikan kita tak dapat datang kerja dan tunjukkan sekali surat MC, ini adalah alasan yang paling kukuh. Dalam 1 kes di tempat kerja aku, seorang pekerja ini sertakan surat MC daripada hospital kerajaan. Benar, sejarah kedatangannya ke tempat kerja “menyakitkan” mata majikan, namun, surat MC daripada hospital merupakan “benteng” kepada pekerja tersebut.

#2. Kematian keluarga terdekat.

Alasan tidak masuk kerja kerana kematian juga merupakan alasan yang paling kuat untuk korang tak masuk kerja. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan orang terdekat seperti ibu,ayah,adik beradik,isteri dan anak-anak.

Kebiasaannya, pihak syarikat dah menyediakan cuti kematian buat pekerja yang kehilangan orang terdekat ini. Dan ada sesetengah syarikat yang membenarkan cuti panjang buat pekerja mereka.

Bila masuk bab kematian ini, yang sedang bekerja pun akan disuruh pulang segera. Ini menunjukkan alasan kedua ini tak siapa boleh menghalang.

#3. Bencana.

Baik, selain alasan tidak masuk kerja kerana sakit, alasan bencana juga merupakan alasan yang paling kukuh. Bayangkan kalau rumah kita kena banjir, macamana nak masuk kerja kan? Nak keluar rumah pun tak boleh.

Macam kes banjir besar di Pahang baru-baru ini, tak kan lah majikan nak paksa juga pekerja datang kerja kan? Kereta tak boleh nak bergerak, tak kan nak suruh pekerja berenang pergi kerja. Jika ada majikan yang minta datang kerja juga, bukan kamu yang sakit, tapi majikan yang sakit!

alasan tidak masuk kerja yang paling masuk akal

#4. Keluarga terdekat sakit.

Aku bila masuk bab anak sakit, isteri sakit, memang tak ada persoalan. Macamana kita nak bekerja dengan baik kalau anak isteri kita sakit kan? Memang tak boleh nak buat kerja apa dah. Jadi alasan yang keempat ini juga merupakan alasan tidak masuk kerja paling ampuh pada aku.

Namun suka aku ingatkan, kalau dalam sebulan, ada 4 minggu, dan setiap minggu alasan yang sama korang gunakan, itu bukanlah alasan yang terbaik. Jika benar anak isteri korang sakit teruk, itu kita faham. Namun jika alasannya tidak kukuh, itu korang yang sakit sebenarnya.

#5. Ada rusuhan.

Ini merupakan alasan yang paling jarang pekerja gunakan. Tak boleh datang kerja sebab ada rusuhan besar. Kita bernasib baik dan bersyukur kerana Malaysia sentiasa aman damai. Namun melihat kepada situasi negara jiran kita, alasan ini merupakan alasan yang terbaik.

Bayangkan laluan perjalanan kita ke tempat kerja dipenuhi dengan penunjuk perasaan. Memang kita tak mahu terlibat, tapi boleh jadi kita menjadi sebab kemarahan mereka. Tahu tahu terjebak sama nanti.

Tapi harus diingatkan sekali lagi, laluan perjalanan ke tempat kerja dipenuhi dengan penunjuk perasaan. Bukan korang yang terlibat dengan penunjuk perasaan itu. Jadi gunakan alasan tak boleh masuk kerja. Ahha! Tak boleh di terima ya!

alasan tidak masuk kerja yang paling masuk akal

#6. Sakit gigi.

Alasan ini merupakan alasan yang kerap juga aku terima. Alasan tidak dapat masuk kerja kerana sakit gigi. Aduhai, jangan buat main dengan orang yang sakit gigi ni, boleh buat gaduh oo! Lagi-lagi gigi geraham bawah, aduhai! Ngilu oi!

Aku pernah cabut gigi geraham atas, itu pun sakit juga, tapi tak boleh lawan mereka yang cabut gigi geraham bawah ni. Ish, malas lah nak tulis bab sakit gigi ni, ngilu pulak rasa dia.

#7. Terlibat dengan kemalangan

Dalam perjalanan ke tempat kerja, terlibat dengan kemalangan. Kita dah pandu dengan berhati-hati, namun orang lain cuai, kita terlibat sama. Alasan ini juga merupakan alasan terbaik untuk tak masuk kerja.

Dia akan jadi pelik bilamana majikan dah tahu kita terlibat dalam kemalangan dan minta kita masuk juga kerja.

Selain daripada terlibat dengan kemalangan, alasan kereta rosak atau motor rosak juga merupakan alasan yang paling kerap orang guna untuk tak masuk kerja ya!

alasan tidak masuk kerja yang paling masuk akal

Oklah, rasanya cukup setakat ini sahaja perkongsian aku mengenai Senarai alasan tidak masuk kerja yang paling masuk akal! Kang nanti aku kongsikan banyak-banyak, macam nak ajar orang ponteng kerja pula kan. Apa pun, jika benar ada masalah, itu memang kita tak boleh nak elak. Namun kalau nak ponteng kerja itu, beringatlah.

Dalam situasi ekonomi yang tak berapa baik ini, banyak yang dah kehilangan pekerjaan. Jadi kita yang ada kerja ni, jagalah elok-elok. Sebab bukan senang nak cari kerja sekarang ini. Okey!

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ▼  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ▼  March (19)
      • Rahsia di sebalik Warna tag pada roti gardenia
      • 16 Kata-kata indah “Diksi” di dalam bahasa Indones...
      • 5 Persiapan Menyambut kedatangan Bulan Ramadan Al ...
      • Cara paling mudah mendapatkan google adsense
      • 9 kelebihan luar biasa pada mereka yang mengerjaka...
      • Terkini! Bazaar Ramadan dan solat Terawih dibenarkan!
      • Apa perlu buat kalau Pageview blog jatuh/menurun (...
      • Hotel Angkasa Lepas Pertama di Dunia Bakal Di buka...
      • Pernah dengar tentang Ghost Writer? Ini kisah dise...
      • Jangan tengok Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri!
      • Kenapa ramai yang mencari alasan tidak masuk kerja?
      • 5 Tips dan cara paling pantas untuk menurunkan Bou...
      • Bagaimana fenomena hujan ais batu berlaku?
      • Bahaya strok haba dalam cuaca panas melampau
      • Apa perlu buat bila harga emas jatuh?
      • Kerajaan mula benarkan pergerakan rentas daerah!
      • 5 petua mudah lembutkan daging masakan
      • Perjalanan Process Refinance rumah daripada CIMB K...
      • Hari pertama persekolahan sekarang dah tak sama ma...
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates