5 petua mudah lembutkan daging masakan | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Buat pengemar masakan berkaitan daging, mesti rasa tak suka makan
daging yang liat kan? Aku sendiri pengemar daging. Jadinya, bila makan daging
yang liat tu, rasa kecewa tu memang menebal. Daging menjadi liat adalah kerana
kesilapan kita sendiri sewaktu menyediakan bahan masakan tersebut. Hari ini aku
nak kongsikan dengan korang semua, 5
petua mudah lembutkan daging masakan!
5 petua mudah lembutkan daging masakan.
#1. Rebus bersama kurma.
Petua yang
pertama adalah, dengan mengunakan kurma. Ambil beberapa biji kurma dan masukkan
di dalam air rebusan daging (sewaktu korang rebus daging, masukkan kurma ke
dalamnya). Apa yang menariknya di sini adalah, selain melembutkan daging, ianya
juga memberikan rasa manis pada daging tersebut. Sudah pastilah rasanya lebih
sedap kan?
#2. Hirisan nenas
Caranya sama
seperti di atas. Sewaktu korang rebus daging, masukkan beberapa hiris nenas ke
dalamnya. Nenas ini sifatnya “tajam”, jadi memang berkesan di dalam melembutkan
daging.
#3. Soda bikarbonat.
Ambil soda
bikarbonat, kemudian lumurkan pada daging. Kemudian biarkan seketika dan basuh.
Bila rasa struktur daging dah lembut, korang bolehlah mula memasak ya! Mesti sedap!
#4. Rebus daging menggunakan periuk yang
bertutup.
Di antara 5 petua mudah lembutkan daging masakan, cara
ini boleh dikatakan mudah. Caranya Cuma menggunakan periuk yang bertutup. Fungsinya
adalah supaya wap tidak keluar. Kiranya suhu betul-betul panas ketika merebus
daging tersebut. Ini petua orang lama dalam melembutkan daging masakan.
#5. Potong mengikut urat daging
Tak di
nafikan, cara kita potong daging juga menjadi punca daging masakan liat. Sewaktu
memotong daging kepada hirisan yang kecil, pastikan kita memotong lawan arah
supaya urat-urat daging terputus dan daging mudah lembut ketika di masak.
Extra tips
agar daging masakan jadi lembut.
Aku ada
terbaca di dalam 1 blog. Perkongsiannya menarik. Caranya adalah dengan
meletakkan ais ketika merebus daging. Petua atau cara ini katanya sangat
berkesan di dalam mendapatkan daging yang lembut. Cumanya aku belum pernah cuba
lagi dan pastinya akan cuba juga nanti. Nanti apa-apa, aku kongsikan semula
dengan korang yer. Selamat mencuba!
0 Comments