5 Tips dan cara paling pantas untuk menurunkan Bounce rate Blog
5 Tips dan cara paling pantas untuk menurunkan
Bounce rate Blog |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin
baru pertama kali mendengar ayat “bounce rate”. Apa itu Bounce Rate? Dan pentingkah ianya pada blog? Mungkin ada
sesetengah blogger tidak pernah ambil tahu pun apakah benda ini. Namun sesetengah
blogger amat menitikberatkan perkara ini untuk melihat sejauh mana blog mereka
memberi manfaat kepada pembaca.
Apa itu Bounce Rate?
Baik, apa
itu bounce rate? Dalam kata mudahnya, bounce rate ini adalah ukuran bagi
pemilik blog untuk mengetahui berapa lama pembaca/pengunjung berada di blog
mereka. Mudah faham macam ini, jika pembaca buka 1 post sahaja kemudian tutup
blog anda pastinya berbeza dengan pembaca yang buka 1 post untuk membaca
kemudian buka post lain dan baca kemudian cari post lain pula, ha, lain kan?
Macamana nak tahu bounce rate blog kita baik atau tidak?
Caranya mudah
sahaja. Korang boleh tengok dekat Google Analytics. Dekat situ ada macam-macam
yang boleh kita lihat. Dan cara untuk lihat bounce rate blog itu baik atau
tidak adalah dengan melihat percen nya. Semakin tinggi percentage bounce rate,
maka adalah yang tidak kena dan perlu diperbetulkan. Contohnya macam bounce
rate blog mrejoy.com ini:
Kalau tengok
pada percentage nya, dah tahulah kan yang aku perlu buat sesuatu dengan blog
ini supaya percentage bounce rate blog ini turun.
Kenapa percentage bounce rate tinggi?
Ada banyak
sebab kenapa percentage blog kita tinggi. Pertama, mungkin kualiti penulisan
blog kita buat masa ini belum mencapai tahap yang terbaik. Itu antara salah
satu punca kenapa pengunjung tidak berada lama di blog kita.
Kedua,
penulisan kita tidak memberi jawapan kepada pengunjung. Contohnya kita tulis tips buat duit dari rumah tanpa modal
paling berkesan! Dalam keadaan pandemic covid ini, ramai yang terkesan dan
ada yang dibuang kerja. Jadi, ramai yang memilih untuk buat kerja dari rumah
atau berniaga.
Jadinya,
kita tulis pasal bagaimana cara buat
duit dari rumah, tapi dalam artikel kita tiada satu pun cara buat duit. Kita
macam syok sendiri menulis. Dan itu yang membuatkan pengunjung tak berada lama
di blog kita.
Jadinya sekarang,
korang dah tahu kan Apa itu Bounce Rate
dan kenapa ianya sangat penting? Seharusnya, bagi setiap blogger, perlu melihat
bounce rate masing-masing dan perbaiki jika bounce rate kita tinggi.
Cara menurunkan bounce rate blog.
#1. Setkan blog kepada “Open in New Tab”
Cara pertama
yang aku nak kongsikan adalah dengan setkan blog kita kepada “Open in New Tab”.
Cara ini aku dah aplikasikan kepada blog mrejoy.com ini. Kalau korang klik pada
tajuk artikel, ianya akan dibuka pada tab yang baru.
Untuk mengetahui
cara untuk buat blog jadi “Open in New Tab” ini, korang boleh baca disini:
#2. Letakkan widget link di tepi blog
Cara ini
juga sangat berkesan di dalam menurunkan
bounce rate blog iaitu dengan meletakkan widget link pada bahagian tepi
blog. Letakkan artikel terbaik blog korang, letakkan juga artikel terkini dan
juga artikel paling popular. Dengan cara ini, pembaca dengan mudahnya melihat
ada pelbagai info di dalam blog kita.
#3. Periksa kecepatan blog
Di antara
salah satu sebab kenapa pengunjung tidak berada lama di dalam blog kita adalah
kerana blog yang berat. Atau terlalu lama loading. Cuba bayangkan, pengunjung
nak baca sesuatu tu perlu tunggu lama baru boleh baca. Kalau aku pun, aku tak
suka. Aku tahu, klik kemudian terus baca tanpa perlu tunggu.
#4. Tulis perkara yang memberi manfaat dan
kongsikan perkara sebenar.
Kalau nak
tulis pasal cara buat duit sampingan
dari rumah dalam musim PKP, tulis betul-betul. Jangan tulis panjang lebar
kemudian habis. Ataupun, tulis cara buat
duit di rumah tanpa modal, kemudian akhirnya suruh pembaca beli itu ini,
klik sana sini yang mana akhirnya, banyak juga modal diperlukan. Ish! Sedih!
Cara paling mudah turunkan bounce rate blog dengan pantas!
Dan akhir
sekali aku nak kongsikan dengan korang cara paling mudah untuk turunkan bounce
rate adalah dengan memasukkan coding ini. Caranya aku pendekkan sahaja ya! Korang
ambil code daripada google analytic. Kemudian tambah sedikit coding dibawah:
setTimeout("ga('send','event','Profitable
Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000);
Code ini
korang pastekan sebelum </script>. Fungsinya adalah untuk beritahu google
yang data hanya akan diambil selepas pembaca berada di blog selama 3 minit.
Oklah, rasanya itu sahaja kut cerita aku mengenai cara-cara untuk turunkan bounce rate blog ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua ye! Apa-apa tak faham, korang komen sahaja dekat bawah, nanti aku akan reply ya!
0 Comments