9 kelebihan luar biasa pada mereka yang mengerjakannya Solat Tahajjud
9 kelebihan luar biasa pada mereka yang
mengerjakannya Solat Tahajjud | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Solat tahajjud adalah solat ringkas
yang dikerjakan pada awal pagi. Solat ini dikenali sebagai solat hajat yang
sangat baik buat semua umat islam. Banyak kelebihan pada mereka yang
mengerjakan solat ini selain mendekatkan diri kita kepada tuhan yang Maha esa. Namun,
tahukah kalian bahawa ada 9 kelebihan
luar biasa pada mereka yang mengerjakannya Solat Tahajjud!
Solat tahajud untuk apa?
Baik,
sebelum itu, pasti ada yang bertanyakan, apakah
tujuan solat tahajjud ini? Jawapannya adalah:
- Sebagai petanda perhambaan kepada Allah s.w.t
- Mendekatkan diri seorang hamba dengan penciptanya
- Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah
- Menguatkan jiwa dan taqwa seseorang kepada Allah
- Mendapatkan ketenangan jiwa di dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup
Firman Allah:
Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu, mudah mudahan tuhan mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji
Surah Isra ayat 79
Solat tahajud berapa rakaat?
Baik,
sebelum bercerita lebih lanjut mengenai solat tahajjud. Mari kita ketahui,
bilakah waktu yang sesuai untuk solat tahajjud? Jawapannya adalah, waktu yang
terbaik untuk solat tahajjud adalah diantara jam 3 hingga 4 pagi. Di waktu awal
dingin pagi.
Dan jawapan
kepada sholat tahajud berapa rakaat adalah ianya dilakukan sekurang-kurangnya 2
rakaat dan bilangan rakaat solat tahajud adalah tidak terbatas.
9 kelebihan luar biasa pada mereka yang mengerjakannya Solat Tahajjud
Di antara kelebihan
yang bakal di perolehi bagi mereka yang menunaikan Solat Tahajjud terbahagi
kepada dua iaitu kelebihan di dunia dan juga kelebihan di akhirat kelak.
5 kelebihan
di dunia adalah:
#1. Akan dijauhkan
daripada segala macam penyakit kecuali mati.
#2. Lahir kesan
taqwa pada wajah mereka
#3. Di kasihi
sekalian mukmin dan seluruh manusia
#4. Percakapannya
mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
#5. Dikurniakan
kekuatan dan di beri rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
4 kelebihan
di akhirat kelak
#1. Dibangkitkan
dari kubur dengan wajah yang berseri-seri
#2. Dipermudahkan
hisab
#3. Dipermudahkan
ketika melalui sirat Al mustaqim seperi kilat
#4. Diserahkan
buku amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
Baiklah,
itulah 9 kelebihan luar biasa pada
mereka yang mengerjakannya Solat Tahajjud. Selain mudah untuk diamalkan,
solat tahajjud juga banyak memberi kita manfaat di dunia serta akhirat kelak. Semoga
kita semua istiqamah di dalam menunaikan solat ini insyaAllah, aminn.
0 Comments