Apa perlu buat bila harga emas jatuh?
Apa perlu buat bila harga emas jatuh? | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Samada korang perasan atau tidak, harga emas menunjukkan kejatuhan sejak
beberapa minggu ini. Dan samada korang perasan atau tidak, kedai emas sekarang
ini dah macam kedai jual pisang goreng cheese dah rupanya, ramai sangat orang! Ini
menunjukkan, rakyat Malaysia sudah mula mengenai asset kekayaan sebenar dan
kalis inflasi.
Baik, Apa perlu buat bila harga emas jatuh? Soalan
ini nampak mudah, tapi jawapannya berbeza bagi setiap orang. Bagi pembeli,
inilah masanya untuk tambah koleksi emas sedia ada. Bagi sesetengah pelabur,
ini adalah masa yang genting buat mereka. Ada pula yang cepat-cepat jualkan
emas mereka kerana takut “rugi”.
Suka aku
ingatkan, tiada yang rugi di dalam simpanan emas. Kerana kalau tengok balik
pada harga emas semasa, dah banyak sangat untung yang kita dapat. Rugi pula
datang dari segi apa?
Ha, bab ini
kena Tanya balik diri korang, simpan emas untuk apa? Ada yang simpan emas untuk
perlaburan, ada yang simpan emas sebagai “harta”masa hadapan, kena Tanya semula
diri, simpan emas untuk apa.
Bercerita bab
rugi ini, contohnya macam ini:
Beli emas
semasa, contoh harga emas waktu itu RM300/g. kemudian nak pakai duit, jual emas
yang dah dibeli dengan harga RM250/g. Dekat sini akan datang rugi kepada
pemilik.
Namun,
untung dalam simpanan emas pula adalah, beli dengan harga RM250/g dan jual
ketika mana harga emas semasa adalah RM300/g. itu baru untung.
Apa perlu buat bila harga emas jatuh?
Berbalik semula
pada tajuk kita, apa perlu buat bila harga emas jatuh. Berikut merupakan
strateginya :
#1. Tambah koleksi
emas yang ada. Maksudnya, gunakan extra cash (ingat ya, extra cash) yang kita
ada untuk beli emas. Biasanya harga emas jatuh ini tak kekal lama, dan turun
sedikit, naiknya banyak nanti.
Oleh yang
demikian, gunakan simpanan yang ada untuk beli emas ya!
#2. Pajak emas
sedia ada di ar-rahnu dan gunakan duit tersebut untuk beli emas. Untuk langkah
selamat, jangan gunakan kesemua wang tersebut untuk beli emas, sebaliknya
simpan separuh daripada nilai tersebut sebagai bayaran simpanan upah selama 6
bulan.
Untuk tips
no 2 ini, kena ada displin yang kuat ya! Takut nanti duit habis, emas pun
habis.
#3. Join syarikat
emas dan promosi orang lain untuk beli emas. Bila harga emas murah, mudah untuk
kita yakinkan orang untuk beli. Beli dan simpan untuk jangka masa panjang. Kerana
sudah terbukti, perlaburan emas sangat menguntungkan!
Dan akhir
sekali, jika tak mahu tambah koleksi emas sewaktu harga emas jatuh, jangan pula
kurangkan simpanan emas kita diwaktu ini. Kena faham, perlaburan emas adalah
perlaburan jangka masa panjang. Jika korang jual juga, bukan sahaja rugi, malah
simpanan emas juga makin berkurang, okey?
0 Comments