Apa perlu buat kalau Pageview blog jatuh/menurun (PV blog)
Apa perlu buat kalau Pageview blog jatuh/menurun
(PV blog) | Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Dalam sehari dua ini, pageview
blog mrejoy.com jatuh mendadak. Kalau nak diikutkan, tak banyak mana pun
pageview blog ini sehari, tapi jika dibandingkan dengan apa yang berlaku sehari
dua ini, boleh dikatakan, ianya menurun jugalah. Jadi, persoalan sekarang, Apa perlu buat kalau Pageview blog jatuh/menurun
(PV blog.
Jawapan yang
boleh aku berikan adalah, buat tak tahu sahaja. Hahaha. Tapi, buat mereka yang buat
duit dengan cara blogging, mereka pastinya akan risau kerana pageview blog
sangat memainkan peranan di dalam menghasilkan income dengan blog.
Macam mana buat duit dengan blog?
Ha, macam mana nak buat duit dengan blog? Jawapannya,
kena ada google adsense. Tapi tak semudah itu. Nak buat duit dengan google
adsense ni, blog kena ada pageview yang tinggi. Macam mana pageview yang tinggi
mampu mempengaruhi income adsense? Ha, yang itu pun nak kena beritahu juga ke? Faham-faham
sendiri la ye. Hehehe.
Cara naikkan Pageview blog.
Ok, macam
mana nak naikkan pageview blog? Sebenarnya caranya mudah, tapi tak semua orang
mampu termasuklah aku. hahaha. Tapi tak apa, aku kongsikan juga beberapa cara
yang boleh kita gunakan untuk naikkan pageview blog.
#1. Tulis 1 hingga 3 artikel sehari.
Cara pertama
untuk naikkan pageview blog adalah dengan menulis 1 hingga 3 artikel sehari. Tulis
ini pula bukan main tulis sahaja tau. Di antara perkara yang digemari google
adalah penulisan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Ada
yang cakap, mesti 500 patah perkataan. Namun, guru penulisan aku kata, kalau
nak mudah di index oleh google, belajarlah menulis paling kurang 1000 patah
perkataan atau lebih!
#2. Jangan miss menulis.
Kalau korang
betul-betul serius nak buat duit dengan blog,korang jangan pernah miss untuk
update blog. Baca balik item no 1, dan pastikan blog korang berupdate setiap
hari. Jangan biarkan sunyi tanpa khabar berita.
#3. Tulis isu semasa.
Tips yang
ketiga untuk naikkan pageview blog adalah dengan menulis isu semasa. Bila kita
tulis isu semasa, pembaca pun ramai singgah dan baca dekat blog kita. Dan bila
ramai yang singgah baca, pageview blog kita pun menaik.
Contoh macam
isu Nabila Razali terkuncil semasa
Anugerah Juara Lagu, aku tengok ramai juga blogger yang tulis pasal perkara
ini. Tak pastilah samada mereka mahu kejarkan trafik blog atau apa. Cumanya,
yelah, rasa macam tak bagus pula tulis topik itu kan. Kesian kat bella.
#4. Kongsikan dalam media sosial.
Baik,
selesai sahaja korang tulis artikel dalam blog, jangan lupa untuk kongsikan
dalam media sosial korang. Cara ini sememangnya terbukti dalam menaikkan
pageview blog. Dulu, pageview blog mrejoy.com tinggi, tapi selepas url blog
diblog oleh facebook, pageview blog ini tetap tinggi, hehehehehe (kata-kata
itukan doa).
Oklah,
rasanya setakat itu dahulu perkongsian aku mengenai cara-cara untuk menaikkan
pageview blog. Cara ini kita boleh sama-sama buat. insyaAllah, pageview blog
kita lepas ni pasti akan menaik dan terus menaik, insyaAllah. Orait! semoga
memberi manfaat kepada semua ya!
0 Comments