Bagaimana fenomena hujan ais batu berlaku?
Bagaimana fenomena hujan ais batu berlaku? | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Baru-baru ini, viral mengenai hujan batu atau sebetulnya hujan ais
batu yang turun di satu lokasi. Hujan batu di Malaysia bukanlah fenomena asing
kerana ianya kerap berlaku. Namun situasi ini sangat berbeza dengan hujan batu
yang berlaku di luar negara kerana saiz ais batu yang turun di Malaysia kecil-kecil
sahaja. Namun, yang menjadi persoalan adalah, Bagaimana fenomena hujan ais batu
berlaku?
Bagaimana fenomena hujan ais batu berlaku?
Hujan batu
atau hail storm adalah ketulan ais yang turun bersama hujan. Ianya terjadi
disebabkan oleh awan kumulonimbus, iaitu awan petir atau awan yang meninggi di
langit. Hujan batu terhasil apabila ketulan ais terbentuk akibat daripada suhu
yang sangat sejuk. Apabila berlakunya suhu yang sangat sejuk, maka hujan ribut
petir pasti berlaku.
Saiz hujan
batu di Malaysia biasanya kecil di antara 5mm atau lebih kurang besar biji
kacang. Namun, pernah berlaku hujan batu yang saiznya agak besar dan merosakkan
harta benda ketika ianya terjadi. Boleh lihat gambar di bawah:
Berapa lama tempoh masa hujan batu berlaku?
Kebiasaannya,
hujan batu berlaku setempat sahaja dan tempoh fenomena ini berlaku sekitar 20
minit sahaja. Kiranya dekat mana ada awan kumulonimbus,, dekat situ sahajalah
berlaku hujan batu.
Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri
Kebaikan makan hujan batu.
Apabila berlakunya
fenomena hujan ais batu ini, rata-rata daripada kita pasti akan kutip dan makan
(ini termasuklah dengan diri aku sendiri). Namun apakah ada Kebaikan makan
hujan batu ini? Melalui carian aku, tak jumpa apa-apa info berkaitan ini. Namun
selebihnya banyak bercerita mengenai kelebihan ais pada tubuh badan manusia.
Namun sebagai
umat islam, kita disarankan agar membaca doa ketika turunnya hujan:
Apa pun, semoga
kita semua dilindungi Allah dan negara tercinta kita juga dilindungi Allah.
Semoga wabak covid juga segera selesai dan kita dapat kembali hidup seperti
normal. insyaAllah.
0 Comments