Bahaya strok haba dalam cuaca panas melampau
Bahaya strok haba dalam cuaca panas melampau | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Malaysia kini mengalami cuaca panas melampau. Luar biasa panasnya
kan? Dan cuaca sebegini diramalkan akan berlanjutan sehingga ke pertengahan
april 2021. Cuaca ini disebabkan negara kita sekarang berada pada fasa akhir monsoon
timur laut. Dan atas sebab itu, sesetengah bahagian di semenanjung tidak
dituruni hujan. Namun, apa yang lebih merisaukan sekarang adalah, bahayanya
strok haba!
Apa itu strok haba?
Strok haba
atau lebih dikenali sebagai Heat stroke berlaku bilamana tubuh badan kita tidak
dapat mengawal suhu secara normal. Badan kita akan mengalami kenaikan suhu yang
mendadak dan lebih teruk lagi badan kita tidak mengeluarkan peluh!
Suhu badan
mereka yang terkena strok haba selalunya akan naik sehingga 41 celcius atau
lebih dalam masa 10 hingga 15 minit.
Dan apa
yang menakutkan mengenai strok haba ini adalah, ianya boleh membawa kepada
hilang keupayaan kekal atau lebih teruk lagi membawa kepada kematian.
Tanda-tanda strok haba.
Ada 9
tanda-tanda awal strok haba iaitu:
- Kerap sakit kepala
- Mudah hilang focus
- Lidah menjadi bengkak
- Suhu badan melebihi 39 celcius
- Nadi berdenyut laju.
- Tekanan darah rendah
- Badan lesu dan kerap pengsan.
- Badan tidak berpeluh
- Kulit kering dan kemerah-merahan.
Cara pencegahan strok haba:
- Elakkan aktiviti riadah yang terdedah secara terus dengan cuaca panas.
- Minum air putih dengan kuantiti yang banyak
- Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas. Kurangkan memakai pakaian yang berwarna gelap dan tebal.
- Kerap pakai topi atau sarung kepala. Ini untuk mengelakkan cahaya panas terus kepada bahagian kepala.
- Elakkan berjalan atau aktiviti di atas permukaan yang panas seperti simen atau sebagainya.
- Kerap mandi jika berada di rumah. Ini untuk memastikan suhu badan kita berada di dalam keadaan normal.
- Gunakan penghawa dingin apabila berada di rumah.
- Jangan berada di dalam kereta untuk tempoh masa yang lama (walaupun kenderaan dan penyejuk kenderaan di hidupkan).
0 Comments