Cara paling mudah mendapatkan google adsense
Cara paling mudah mendapatkan google
adsense
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Fuh, semacam tajuk post aku hari ini. Semua
ini disebabkan soalan daripada beberapa rakan yang bertanyakan, susah ke nak
buat google adsense? Dan macam mana cara mendapatkan google adsense ni? Dan pelbagai
soalan lagi, dan untuk mudahkan aku menjawab semua persoalan ini, maka hadirlah
post ini buat mereka.
Cara mendapatkan google adsense di blog
Baik,
untuk aku yang menjana income adsense dengan blog, maka nya aku akan kongsikan
cara untuk dapatkan akaun google adsense untuk blog la ye.
Orait!
Cara pertama adalah, korang mestilah ada blog. Itu paling penting. Dan kisahlah
sama ada korang gunakan domain berbayar atau tidak. Tapi nasihat aku adalah,
lebih baik gunakan domain yang berbayar. Sebab apa kena pakai domain yang
berbayar, nanti aku ceritakan dalam post yang lain ya.
Selepas
korang dah ada blog, seterusnya adalah cara
mendapatkan google adsense di blog. Pada bahagian tepi blogspot (sebab aku
pakai blogspot) ada bahagian earning. Dekat situ menunjukkan yang blog korang
ni layak atau tidak untuk dapatkan google adsense ini.
Tapi
suka aku ingatkan, nak dapat google adsense ini bukan mudah ya. Bukan kata
korang buat sahaja blog dah boleh terus apply
google adsense untuk blog, tidak semudah itu ya.
Sedikit
tips yang aku boleh kongsikan adalah, untuk apply google adsense, korang kena
complete kan blog korang dahulu. Complete yang macam mana?
Blog
kenalah ada banyak post. Dan pastikan post korang berkualiti. Maksud kualiti
adalah, pastikan tulisan korang lebih daripada 500 patah perkataan.
Pastikan
blog korang mudah di baca dan lengkap. Contohnya ada bahagian popular post,
related post, ada kotak carian, ada kotak untuk translate (ini sangat aku
galakkan kerana memudahkan pembaca daripada luar negara untuk baca blog kita).
Dan
selepas sahaja keluar kotak untuk apply google adsense di blog korang, jangan
tunggu lama-lama, terus sahaja apply. Lulus tak lulus belakang cerita ya, janji
apply dulu.
Dan
kebiasaannya, google adsense akan tengok dahulu blog kita sama ada sesuai atau
tidak untuk letak iklan. Dan waktu ini, ada banyak benda yang perlu korang buat
jika korang betul-betul nak dapatkan akaun google adsense ini.
Cara mudah nak lulus google adsense adalah dengan cara, sentiasa update
post baru di blog dan pastikan penulisan korang panjang. Bukan tulisan yang
pendek ya. Pastikan penulisan korang paling kurang 500 patah perkataan. Sepanjang
seminggu lepas korang apply google adsense tu, korang jangan miss 1 hari pun. Paling
kurang 2 post sehari ya.
Kemudian,
pastikan juga tulisan korang tu betul. Bukan tulisan pendek atau tulisan
berbual kosong. Tulis formal. Kalau panjang ejaannya, maka panjangkan. Jangan tulis
pendek-pendek. Biasanya mereka yang suka tulis pendek-pendek ini, susah nak
lulus.
Langkah
seterusnya adalah, pastikan traffic blog korang kencang sewaktu nak dapatkan
akaun google adsense ini. Lepas update post di blog, korang share dalam media
sosial. Share dengan kawan-kawan, insyaAllah, traffic kencang, google adsense
pun mudah je lulus.
Oklah,
rasanya itu sahaja yang aku boleh kongsikan Cara paling mudah mendapatkan google adsense ni. Yang sebenarnya
tak susah mana pun, asalkan korang ingat 3 benda ni sewaktu nak apply, pastikan
traffic blog baik/tinggi, penulisan kena panjang dan betul kemudian jangan
misss update. Itu sahaja. 3 benda ni ada, mudah je nak dapatkan, okay?
0 Comments