Hari pertama persekolahan sekarang dah tak sama macam zaman dahulu
Hari pertama persekolahan sekarang dah tak sama
macam zaman dahulu
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan hari pertama
persekolahan. Tahun ini, musim persekolahan bermula agak lewat dek kerana wabak
covid-19 yang masih melanda negara kita dan dunia. Pelajar SPM tahun lepas juga
baru mengambil peperiksaan tahun ini. Namun bukan itu yang ingin aku kongsikan
sebaliknya “suasana” hari pertama persekolahan.
Kalau sebelum
ini, hari pertama merupakan hari yang paling di tunggu-tunggu samada oleh
pelajar mahupun ibubapa. Namun, hari pertama persekolahan tahun 2021 tidaklah
semeriah dahulu. Bagi sekolah anak aku, ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah sebaliknya hanya menghantar anak masing-masing sehingga ke
pintu pagar sekolah sahaja.
Kalau dulu,
kita boleh masuk sampai dalam kelas kan. Tengok suasana kelas, teringat zaman
kita di bangku persekolahan dulu. Tengok rakan-rakan anak kita di dalam kelas. Kemudian
guru masuk dan menyapa anak murid, kemudian pasti ada ibubapa yang menyahut. Seronok
betul waktu itu.
Tapi kini,
ibubapa Cuma boleh hantar anak sampai depan pintu pagar sahaja. Jadinya, awal
pagi tadi, macam-macam gelagat juga yang dapat dilihat. Anak-anak yang tak mahu
masuk kesekolah. Ibubapa yang tak mahu lepas anak-anak, eh, macam-macam.
Macam aku,
anak aku tahun ini dah masuk darjah 2. Jadinya “keghairahan” tu dah kurang
sedikit, tak sama macam sewaktu daftar darjah 1 dulu. Anak aku sampai
kesekolah, berbaris, kemudian check suhu, register dan berjalan sendiri masuk
ke sekolah dan cari kelas. Sedikit pun dia tak toleh pandang aku! haish!
Apa pun,
hari pertama persekolahan tahun 2021 tidaklah semeriah tahun-tahun sebelum. Semoga
wabak ini cepat habis dengan adanya vaksin dan kita semua akan kembali hidup
seperti biasa semula, insyaAllah, aminnn.
0 Comments