Hotel Angkasa Lepas Pertama di Dunia Bakal Di buka bermula Tahun 2027
Hotel Angkasa Lepas
Pertama di Dunia Bakal Di buka bermula Tahun 2027 | Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Cerita mengenai pengembaraan ke angkasa lepas ini sebenarnya
dah lama. Dan ianya sering kali di ulang oleh manusia terkaya di dunia 2021
iaitu Elon Musk. Dan baru baru ini, The Gateway Foundation telah mengumumkan bahawa
pihak mereka telah berhasrat untuk membuka hotel angkasa lepas yang pertama didunia
yang di beri nama Voyager Station bermula tahun 2027.
Voyager Station bakal
Jadi hotel Angkasa Lepas Yang Pertama di Dunia!
Sedikit mengenai Voyager Station, ianya akan dibina oleh syarikat pembinaan Orbital Assembly Corporation. Syarikat ini digambarkan sebagai syarikat pembinaan ruang angkasa lepas berskala besar yang pertama di dunia.
Projek Voyager Station dikhabarkan akan bermula pada tahun
2026 dan perancangan awalnya adalah, ianya akan mula dibuka kepada orang ramai
bermula tahun 2027. Ini bermakna projek ini hanya akan bermula 5 tahun daripada
sekarang.
Voyager Station adalah seluas lebih kurang 50,000 meter
persegi dan hotel ini akan dibina secara berputar dengan kapasiti bilik
maksimum sehingga 440 orang. Rupa bentuk hotel ini dibina berbentuk cincin yang
akan berputar yang mana ianya akan memberi graviti yang sama seperti bumi.
Percutian ke angkasa lepas sememangnya sesuatu yang ditunggu ramai orang. Namun, kos keseluruhan projek ini buat masa sekarang adalah terlalu tinggi, maka hanya mereka yang benar-benar kaya sahaja boleh melancong ke angkasa lepas
Hotel angkasa lepas yang pertama di dunia ini juga tidak ada
bezanya dengan hotel sedia ada di persekitaran kita. Yang mana hotel ini akan
dilengkapi dengan segala kelengkapan seperti restoran, bar,gym, bilik VIP dan
bilik biasa.
Dan apa yang perlu semua orang tahu adalah, percutian disini
pastinya tidak sama kerana ianya hanya menawarkan percutian selama seminggu,
sebulan atau terus kekal di hotel ini buat selama-lamanya. Jadinya, kalau nak
ambil cuti kerana nak bercuti di hotel angkasa lepas ini, kenalah ambil cuti
lama sikit ya!
Walau apa pun, masih lama lagi perancangan ini. Ada banyak yang perlu difikirkan oleh syarikat ini dan salah satunya adalah meteor. Cuba bayangkan, sedang asyik anda bercuti, meteor lalu disebelah. Mana nak lari kan? Hehe. Apa pun, semoga wabak covid segera selesai dan hilang daripada muka bumi ini. Aminn.
0 Comments