Jangan tengok Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri!

by - March 09, 2021


Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

Jangan tengok Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini memang tengah hot dan di tayangkan di TV3. Dan buat mereka yang tertanya-tanya, Drama aku yang kau gelar isteri hari apa? Jawapannya adalah setiap hari isnin sampai hari khamis. Pukul berapa tu aku tak tahu tapi lewat malam sedikit.

Baik, yang pertamanya, aku memang tak tengok pun drama ini dan tak tahu pun aku yang kau gelar isteri ini ada berapa episod. Macamana aku boleh tahu wujudnya cerita ini? Dari wife aku! awal-awal dia dah beritahu:

Saya taknak miss 1 episod pun. Kiranya nak tengok drama aku yang kau gelar isteri ni full!

Aku yang dengar ni memang pelik lah! Wah! Tak ada kerja lain ke nak mengadap TV sahaja? Apa yang menarik sangat drama ni sampai tak mahu lepas 1 episod langsung? Lalu membawa aku kepada sinopsis drama aku yang kau gelar isteri ni.

Daripada pembacaan aku, apa yang aku boleh rumuskan adalah, drama ini mengisarkan seorang isteri yang dah bomohkan suami dia. Kiranya dalam kita orang melayu, dia guna ilmu penunduk, untuk buat suami dia tunduk pada setiap kata-kata dia. Sehinggakan sanggup buat apa sahaja yang di arahkan oleh si isteri ini. Kiranya macam pak turut la.

Jangan tengok Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri!

Jadinya, macam-macam jalan cerita yang di olah bagi menunjukkan betapa “hebat”nya ilmu penunduk ini dalam drama aku yang kau gelar isteri ini. Mungkin atas sebab itu, ramai yang tertarik dengan drama ini kerana nak tahu apa yang jadi dan jadi.

Daripada pemerhatian aku pula, aku awal-awal dah tak izinkan anak-anak aku tonton drama aku yang kau gelar isteri ni. Kerana apa? Kerana banyak adegan-adegan yang pada mata aku, tidak sesuai di tonton oleh mereka. Dan pada diri aku sendiri, drama ini sebenarnya mengajar masyarakat kita mengenai ilmu-ilmu penunduk ini.

Orang melayu sememangnya kaya dengan pelbagai ilmu!

Tidak aku nafikan, kalau tak tengok drama aku yang kau gelar isteri yang berceritakan mengenai susuk pun ramai yang dah buat. Kerana sememangnya orang kita ini penuh dengan ilmu. Ada kalanya, kita yang mendengar ini pun rasa macam tak masuk dek akal. Tapi itulah hakikatnya.

Bercerita bab ilmu penunduk ni, ada macam-macam, ada yang sekadar baca ayat penunduk isteri/suami lah, ada yang buat amalan penunduk istri lah, dan yang lebih teruk, baca mantra atau jampi bagi menundukkan isteri/suami. Samalah macam drama aku yang kau gelar isteri ni.

Banyak juga jalan cerita yang ditunjukkan dalam drama ini adalah kejadian “sebenar”. Sama yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Dan apa yang merisaukan aku, kalau-kalau jenis mereka yang mudah terpengaruh tu. Tak semua, tapi ada segelintir. lepas tengok, baru tahu wujudnya ilmu macam ini dan terus nak mencuba!

Tak aku nafikan, tak tengok drama pasal ilmu penunduk ni pun ramailah yang buat, itu tak aku nafikan. Cuma perhatian aku adalah kepada mereka yang baru tahu perkara ini. Perlu ingat ya saudara-saudaraku sekalian, tidak selamanya kita kekal dalam dunia, akhirat kelaklah kehidupan abadi kita.

Apa pun, melihat kepada positifnya drama aku yang kau gelar isteri ini, banyak pengajaran yang diterapkan. Ambil yang positif itu sahaja, bagaimana ilmu Allah itu mengatasi segalanya. Tiada yang dapat melawan kuasa Allah. Sehebat mana pun ilmu manusia itu, tetap Allah yang maha berkuasa.



You May Also Like

0 Comments