Kenapa ramai yang mencari alasan tidak masuk kerja?
Kenapa ramai yang mencari alasan
tidak masuk kerja? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, aku
ternampak 1 artikel yang dicari dan masuk ke dalam blog mrejoy.com iaitu alasan tidak masuk kerja. Hmm, terfikir
juga aku, kenapa orang tiba-tiba cari artikel ini? Adakah kerana isinar dah
mula bersinar di dalam akaun masing-masing? Hahahaha. Jangan begitu adik kakak
abang semua.
Sebetulnya, aku memang pernah menulis tentang Senarai alasan yang digunakan bila tak nak
pergi kerja. Itu pun selepas aku kumpul segala macam alasan yang aku pernah
terima dan juga aku terbaca pelbagai lagi perkongsian daripada orang lain.
Bila bercerita bab alasan
tidak masuk kerja agar bos tidak marah ni, memang kelakar betul. Kadang ada
alasan yang tak logik pun ada, contohnya tak boleh pergi kerja sebab isteri tak
bagi. Ini pada aku satu alasan yang kelakar. Kita faham “pengantin baharu”
memang ada pelbagai “alasan”. Namun alasan ini memang tak boleh diterima sama
sekali.
Kalau alasan tidak masuk kerja yg masuk akal
macam demam yang teruk (buat masa sekarang, segala bentuk demam memang tidak
dibenarkan masuk kerja ya), anak isteri sakit, terlibat dengan kemalangan
sewaktu atau selepas pulang dari kerja,keluarga terdekat meninggal dunia dan
sebagainya, ini boleh diterima.
Tapi kalau bagi alasan tidak masuk kerja yang tak masuk
akal, contohnya macam saya malas nak kerja bos! Sebab itu saya tak datang! Atau,
saya nak kemas rumah bos, sebab saya pening tengok rumah bersepah! Atau yang
paling tak boleh terima dek akal, saya bangun lewat semalam bos sebab tengok
bola, jadi hari ini saya tak masuk kerja. Huh? Ini memang alasan yang bila
dengar atau baca sahaja, boleh mendatangkan kemarahan.
Tapi yelah, dah orang
mencari alasan tidak masuk kerja dalam blog
kita kan, jadinya, kita kongsilah barang sedikit contoh alasan tidak masuk
kerja. Tapi aku bukan nak mengajar korang ponteng kerja ya! Aku Cuma kongsikan
sahaja. Jangan nanti korang salahkan aku pulak. Segala macam perkara yang
berlaku, aku tak mahu masuk campur ya.
7 Senarai alasan tidak masuk kerja yang paling masuk akal!
#1. Sakit beserta surat MC.
Ini alasan yang paling
kukuh pada aku. Bila mana kita beritahu majikan kita tak dapat datang kerja dan
tunjukkan sekali surat MC, ini adalah alasan yang paling kukuh. Dalam 1 kes di
tempat kerja aku, seorang pekerja ini sertakan surat MC daripada hospital
kerajaan. Benar, sejarah kedatangannya ke tempat kerja “menyakitkan” mata
majikan, namun, surat MC daripada hospital merupakan “benteng” kepada pekerja
tersebut.
#2. Kematian keluarga terdekat.
Alasan tidak masuk kerja kerana kematian juga merupakan alasan yang paling kuat untuk korang tak masuk kerja. Lebih-lebih
lagi jika ianya melibatkan orang terdekat seperti ibu,ayah,adik beradik,isteri
dan anak-anak.
Kebiasaannya, pihak
syarikat dah menyediakan cuti kematian buat pekerja yang kehilangan orang
terdekat ini. Dan ada sesetengah syarikat yang membenarkan cuti panjang buat
pekerja mereka.
Bila masuk bab
kematian ini, yang sedang bekerja pun akan disuruh pulang segera. Ini menunjukkan
alasan kedua ini tak siapa boleh menghalang.
#3. Bencana.
Baik, selain alasan tidak masuk kerja kerana sakit,
alasan bencana juga merupakan alasan yang paling kukuh. Bayangkan kalau rumah
kita kena banjir, macamana nak masuk kerja kan? Nak keluar rumah pun tak boleh.
Macam kes banjir besar
di Pahang baru-baru ini, tak kan lah majikan nak paksa juga pekerja datang
kerja kan? Kereta tak boleh nak bergerak, tak kan nak suruh pekerja berenang
pergi kerja. Jika ada majikan yang minta datang kerja juga, bukan kamu yang
sakit, tapi majikan yang sakit!
#4. Keluarga terdekat sakit.
Aku bila masuk bab
anak sakit, isteri sakit, memang tak ada persoalan. Macamana kita nak bekerja
dengan baik kalau anak isteri kita sakit kan? Memang tak boleh nak buat kerja
apa dah. Jadi alasan yang keempat ini juga merupakan alasan tidak masuk kerja paling ampuh pada aku.
Namun suka aku
ingatkan, kalau dalam sebulan, ada 4 minggu, dan setiap minggu alasan yang sama
korang gunakan, itu bukanlah alasan yang terbaik. Jika benar anak isteri korang
sakit teruk, itu kita faham. Namun jika alasannya tidak kukuh, itu korang yang
sakit sebenarnya.
#5. Ada rusuhan.
Ini merupakan alasan
yang paling jarang pekerja gunakan. Tak boleh
datang kerja sebab ada rusuhan besar. Kita bernasib baik dan bersyukur
kerana Malaysia sentiasa aman damai. Namun melihat kepada situasi negara jiran
kita, alasan ini merupakan alasan yang terbaik.
Bayangkan laluan
perjalanan kita ke tempat kerja dipenuhi dengan penunjuk perasaan. Memang kita
tak mahu terlibat, tapi boleh jadi kita menjadi sebab kemarahan mereka. Tahu tahu
terjebak sama nanti.
Tapi harus diingatkan
sekali lagi, laluan perjalanan ke tempat kerja dipenuhi dengan penunjuk
perasaan. Bukan korang yang terlibat dengan penunjuk perasaan itu. Jadi gunakan
alasan tak boleh masuk kerja. Ahha! Tak boleh di terima ya!
#6. Sakit gigi.
Alasan ini merupakan
alasan yang kerap juga aku terima. Alasan
tidak dapat masuk kerja kerana sakit gigi. Aduhai, jangan buat main dengan
orang yang sakit gigi ni, boleh buat gaduh oo! Lagi-lagi gigi geraham bawah,
aduhai! Ngilu oi!
Aku pernah cabut gigi
geraham atas, itu pun sakit juga, tapi tak boleh lawan mereka yang cabut gigi
geraham bawah ni. Ish, malas lah nak tulis bab sakit gigi ni, ngilu pulak rasa
dia.
#7. Terlibat dengan kemalangan
Dalam perjalanan ke
tempat kerja, terlibat dengan kemalangan. Kita dah pandu dengan berhati-hati,
namun orang lain cuai, kita terlibat sama. Alasan ini juga merupakan alasan terbaik untuk tak masuk kerja.
Dia akan jadi pelik
bilamana majikan dah tahu kita terlibat dalam kemalangan dan minta kita masuk
juga kerja.
Selain daripada
terlibat dengan kemalangan, alasan kereta rosak atau motor rosak juga merupakan
alasan yang paling kerap orang guna untuk tak masuk kerja ya!
Oklah, rasanya cukup
setakat ini sahaja perkongsian aku mengenai Senarai alasan tidak masuk kerja yang paling masuk akal! Kang nanti
aku kongsikan banyak-banyak, macam nak ajar orang ponteng kerja pula kan. Apa pun,
jika benar ada masalah, itu memang kita tak boleh nak elak. Namun kalau nak
ponteng kerja itu, beringatlah.
Dalam situasi ekonomi yang tak berapa baik ini, banyak yang dah kehilangan pekerjaan. Jadi kita yang ada kerja ni, jagalah elok-elok. Sebab bukan senang nak cari kerja sekarang ini. Okey!
0 Comments