Kerajaan mula benarkan pergerakan rentas daerah! | MrEjoy

Kerajaan mula benarkan pergerakan rentas daerah!

 

Kerajaan mula benarkan pergerakan rentas daerah

Kerajaan mula benarkan pergerakan rentas daerah! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya ramai yang menunggu pengumuman kerajaan atau lebih tepatnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai kebenaran pergerakan rentas daerah. Bagi aku yang tinggal dalam daerah luar ni, memang nak sangat dengar keputusan ini. Yelah, tengok rakan-rakan yang pusing-pusing dalam daerah Melaka tengah, jadi stress aku dibuatnya. Hahaha.

Melihat kepada situasi semasa covid-19 di dalam negara kita kita, boleh nampak sedikit penurunan daripada segi kes aktif manakala kadar sembuh pula semakin bertambah. Ini dikuatkan lagi dengan usaha pihak kerajaan Malaysia memberikan vaksin percuma kepada barisan hadapan seterusnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bercerita mengenai pergerakan rentas daerah, ini pada aku akan memberi “sinar” baharu kepada peniaga-peniaga. Walaupun negeri Melaka ini, boleh aku katakan lebih banyak mengharap kepada pengunjung daripada luar, tetapi langkah kerajaan yang membenarkan pergerakan rentas daerah juga mampu memberikan pendapatan kepada peniaga.

Bila dengar sahaja, rentas daerah dah dibenarkan, memang ada macam-macam benda aku nak buat. Ya! Walaupun negeri Melaka ini kecil, namun pada aku, hampir kebanyakkan urusan aku adalah di Melaka tengah. Yang mana sebelum ini, tak boleh nak masuk pun.

Bukan aku tak minta surat pelepasan, ada. Cuma leceh lah! Nak ke balai polis, nak beratur, nak tunjuk sebab, macam-macam kan? Dan bila tiada lagi halangan pergerakan itu, makanya semua ini dah jadi mudah. Hehehe.

Apa pun, kebenaran ini berkuatkuasa pada esok hari ya, iaitu 05 march 2021. Jadinya, korang semua jangan bersesak-sesak hari ini tau, esok, esok baru boleh rentas daerah. Dan harapan aku agar, marilah kita bersama-sama membantu perniaga yang berada di kawasan masing-masing agar ekonomi kita juga berjalan lancar insyaAllah, aminnn.

Share:

0 comments